Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tim Draper Menyertai Lembaga Pengarah MakeSense yang Berdasarkan EOS

Venture capitalist Tim Draper, pelabur awal dalam Tesla, Skype dan Baidu, telah menyetai lembaga pengarah MakeSense Labs, pembekal aplikasi permesejan yang dibina di atas blockchain EOS.

Diumumkan pada hari Isnin, pelantikan yang berikutan pelancaran startup Sense.Chat pada bulan Ogos di iOS dan Android.

Sejak 2014, Draper telah menjadi tajuk berita utama melalui pelaburan aktif dalam industri kripto, termasuk mengetuai pusingan pendanaan di Coinbase dan Ledger, dan membeli 30,000 Bitcoin di lelongan kerajaan. Pada bulan Oktober 2014, Draper menjangka Bitcoin akan naik dalam harga kepada $10,000 dalam masa tiga tahun.

“Kami sangat teruja untuk mendapatkan sokongan dan nasihat Tim. Dia sangat penting dan seorang tokoh yang berpengaruh dalam teknologi, dan baru-baru ini dalam blockchain. Dia adalah semuanya yang kami ingin masukkan ke dalam kepimpinan – dia kreatif, memberi sokongan dan bersemangat,” menurut Ben Sigman, CTO Sense.Chat.

Sense.Chat membolehkan akaun EOS untuk memberi mesej dan menghantar dana sesama sendiri di peranti mobile, tanpa memerlukan maklumat daripada pihak lain. Semua mesej akan kekal peribadi dan selamat melalui enkripsi public key.

“Dunia telah menjadi lebih desentralisasi. Saya sangat teruja untuk menyokong aplikasi hebat ini. Sense.Chat menambah baik hubungan manusia dengan membolehkan pembayaran dan permesejan yang peribadi dan lancar,” menurut Draper dalam pengumuman itu.

Draper sebelum ini meletakkan satu jumlah yang tidak didedahkan ke dalam syarikat induk Make.Sense Labs, Sensay, melalui firma venture capital Draper Associates.

Dia juga berkhidmat sebagai pengetua di University Draper, sebuah sekolah untuk keusahawanan.

Sumber:

https://www.coindesk.com/tim-draper-joins-board-of-eos-based-messaging-dapp-makesense

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads