Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Matawang Kripto Bersandarkan Emas akan Dilancarkan di UAE

Golden M Group, firma yang beroperasi di Emirati Arab Bersatu telah mengumumkan perancangan untuk melancarkan CoinM, matawang virtual yang dikuasakan oleh DLT dan disandarkan kepada emas yang akan membolehkan pelabur pendapatan tinggi dan pendapatan rendah untuk membeli aset kripto dan menambah pelaburan mereka dalam masa setahun, menurut laporan Arabian Business pada 9 September.

Menurut sumber berhampiran perkara itu satu matawang kripto patuh Sharia yang disandarkan pada emas dijadualkan akan dilancarkan di Timur Tengah sebelum penghujung 2019.

Golden M Group, firma yang membangunkan Coin M, telah menyatakan bahawa aset digital itu akan menjadi yang pertama dalam daerah itu dan akan menawarkan pemegang pulangan yang besar atas pelaburan mereka dalam masa setahun.

Kumpulan itu menyatakan bahawa projek Coin M menawarkan ekosistem terbuka yang inklusif keppada semua pelabur, kerana sesiapa sahaja boleh membeli Coin M pada harga serendah $100.

Kumpulan itu mendakwa bahawa Coin M akan disandarkan 1:1 dengan emas sebenar, dan kerana itu matawnag kripto ini akan kurang terpengaruh kepada ketidakstabilan harga yang dikaitkan dengan aset digital lain.

Memberi komen tentang pelancaran Coin M, Mustafaa Motiwala, pengasas dan CEO Golden M Group, mengulang kembali bahawa matawang kripto patuh Sharia itu adalah projek yang unik yang akan memberi kuasa kepada orang ramai dari seluruh dunia.

Katanya:

“Pelancaran Coin M akan datang akan mempunyai impak global kerana ia adalah satu skim unik yang akan memberi kuasa kepada kelas pekerja untuk melabur dengan selamat dalam matawang kripto patuh Sharia yang disandarkan pada emas. Tidak seperti kebanyakan peluang pelaburan, pelabur akan mendapat peluang untuk menambah pelaburan mereka dalam masa setahun.”

Walaupun kumpulan itu gagal untuk menyatakan sama ada Coin M akan dikawal selia atau jika pemegang akan boleh mengesahkan dengan mudah sama ada aset digital itu disandarkan kepada emas sebenar, ia menjanjikan pelabur pulangan yang dijamin ke atas pelaburan mereka.

Sumber:

https://btcmanager.com/gold-cryptocurrency-uae/?q=/gold-cryptocurrency-uae/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads