5 Sebab Tether Lebih Popular dari Stablecoin Lain
Data terbaru dari Stablecoins War, sebuah laman web pengumpulan data stablecoin, menunjukkan bahawa Tether menyumbang 96.7% dari semua jumlah stablecoin dan 80.2% dari keseluruhan permodalan pasaran stablecoin. Satu-satunya pesaing sebenar dengan jumlah signifikan ialah PAX, TUSD dan USDC dengan hanya PAX menyumbang lebih dari 1% daripada jumlah jumlah keseluruhan. Ini menimbulkan persoalan: Mengapa?
1. Kesan Rangkaian
Kesan rangkaian merujuk kepada peningkatan nilai barangan atau perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna yang semakin bertambah. Semua aset kripto tertakluk kepada kuasa ini, dan stablecoin tidak terkecuali.
Sebaik sahaja ramai pengguna mula menggunakan sesuatu aset, penggunaan cenderung meningkat dengan cara eksponen atau tidak linear. Inilah yang berlaku kepada Tether. Dilancarkan pada tahun 2014, penggunaan Tether tidak mula meletup hingga 2017. Projek ini mendapat manfaat daripada pasaran bull yang semakin berkembang dan kekurangan persaingan, menjadikannya satu-satunya saluran tunggal bagi semua pedagang yang menginginkan kestabilan harga.
Hampir semua pesaing Tether muncul pada tahun 2018, yang mana pada waktu itu Tether telah terlibat secara mendalam ke pasaran. Kemungkinan untuk mengatasi dominasi Tether pada waktu ini memerlukan sesuatu yang besar berlaku, seperti penyitaan dana oleh agensi kerajaan atau pelanggaran amanah yang serius oleh Omni Layer Tether.
Secara keseluruhannya, kesan rangkaian yang semakin meningkat telah menyebabkan peningkatan kecairan dan ketidaktentuan yang berkurang, seterusnya membuatnya lebih diingini untuk pedagang. Kesannya, ia bertahan dengan sendirinya. Inilah sebab utama mengapa, walaupun terdapat beberapa kegagalan, Tether terus menguasai pasaran.
2. Agnostisisme Blockchain
Tether meningkatkan momentumnya dengan menggunakan blokchain lain selain Bitcoin. Sebelum ini, hampir semua Tether beroperasi di blockchain Bitcoin melalui Omni Layer. Menyedari kesesakan rangkaian Bitcoin, seperti yang berlaku pada Disember 2017, Tether memperkenalkan sistem sokongan melalui EOS, Tron dan Lightning Network.
Dengan beralih ke arah agnostisisme blockchain, Tether mengukuhkan keunggulannya dan mencegah kesesakan rangkaian Bitcoin daripada menghalang prestasinya. Usaha kearah ini mungkin disebabkan oleh tekanan daripada pesaing-pesaingnya. Walaupun projek ini mungkin tidak bersedia untuk menawarkan tahap ketelusan yang dikehendaki oleh beberapa pihak, namun peningkatan interoperabiliti ini akan mengimbangi keseluruhan rangkaian Tether.
3. Kecairan dan Ketidaktentuan
Sebagai penggerak utama dan hasil dari kesan rangkaian, Tether telah memperoleh kecairan yang sangat besar dan ketidaktentuan yang rendah (nilai yang kekal pada USD1). Pedagang dan institusi yang lebih besar bergantung kepada kecairan yang tinggi untuk masuk dan keluar dari kedudukan tanpa mengalami kerugian.
Oleh sebab itu, Tether masih kekal sebagai stablecoin yang paling menarik untuk pemain yang besar, yang tidak memerlukan pematuhan peraturan atau yang tidak bimbang dengan isu lain Tether. Kelebihan penggerak pertama telah terbukti tidak ternilai, seperti yang dikatakan oleh Villaverde:
“Sebab aset ini telah berjaya adalah tidak lain daripada fakta ia adalah yang pertama. Kedudukannya lebih rendah daripada pesaingnya dalam setiap aspek yang lain, tetapi ia mengekalkan kedudukan utama yang mantap ke atas semua stablecoin lain. “
4. Permintaan Asia Timur
Penggunaan Tether banyak tertumpu pada permintaan daripada Asia Timur. Pesaing seperti USDC, TUSD, dan PAX telah mendapat tarikan yang ketara di pasaran A.S. dan pasaran Barat yang lain, tetapi penggunaan Tether dikuasai oleh popularitinya di sebelah Timur. Pedagang kripto Alex Krüger berkata “Tether terus menguasai pasaran stablecoin kerana permintaan daripada Asia.”
Penyelidikan dari Diar, syarikat akhbar kripto, baru-baru ini menunjukkan bahawa bursa China bertanggungjawab untuk 60% daripada jumlah perdagangan USDT. Sementara bursa ini telah menyumbang $10 bilion dalam perdagangan USDT setakat ini pada tahun 2019, bursa A.S. pula hanya menyumbang $450 juta.
Kuantiti selebihnya adalah dari Binance dan Bitfinex, yang mana keduanya melayani pedagang-pedagang Asia Timur. Diar menegaskan bahawa angka-angka ini adalah tepat dan tidak mewakili jumlah palsu.
Keadaan ini amak pelik memandangkan Tether didenominasikan dalam USD. Mungkin sebahagian daripada sebabnya ialah kekurangan pengawasan dan ketelusan yang mungkin menarik kepada pelabur dan pedagang Asia yang ingin mengelakkan pengawasan dan tindakan dari kerajaan masing-masing. Ini ditambah lagi dengan ketiadaan stablecoin yang sangat cair atau berdaya maju dalam mata wang Yuan China, Yen Jepun atau Won Korea.
5. Kesediaan Pengganti Stablecoin
Kita mungkin tidak tahu kesediaan USDC, TUSD, PAX dan lain-lain sehingga sesuatu situasi terjadi terhadap mereka. Walau bagaimanapun, ia agak mudah bagi pelabur untuk menukar USD mereka kepada stablecoin lain. Meskipun perlu melakukan KYC dan semakan Anti-Money Laundering, tidak ada yang menghalang para pelabur untuk menggunakan stablecoin-stablecoin ini.
Dalam keadaan krisis, jika Tether secara teori jatuh dalam masa beberapa hari, ia akan menjadi persoalan sama ada projek-projek ini mempunyai sistem – teknikal dan sebaliknya – untuk menyokong aliran masuk mata wang fiat yang besar yang akan berlaku. Cascarilla dari Paxos memberitahu bahawa PAX boleh menguruskan masalah ini dengan mudah jika berlaku, dengan berkata:
“Sejak melancarkan PAX pada September 2018, kami telah meningkatkan kecairan dan dapat mencipta dan menebus PAX dengan mudah. Pada masa ini, lebih daripada $1 bilion transaksi dalam PAX diurus setiap minggu, dan tidak ada yang mengehadkan keupayaan kami untuk menjadi 10x saiz itu.”
Kemungkinan peristiwa seperti itu mungkin hanya menghasilkan lonjakan harga Bitcoin, seperti yang dikatakan oleh Villaverde, di mana pemegang USDT lebih suka untuk berdagang BTC daripada stablecoin yang kurang kecairan. Dia berkata lagi, “Duit bergerak ke Bitcoin dan tinggal di pasaran kripto, tanpa mengira turun naik jangka pendek yang mungkin dialami.”
Bukti jelas menunjukkan bahawa ia adalah sejarah yang lebih lama dan kesan rangkaian yang menjadikan Tether sebagai penggerak utama di kalangan stablecoin. Kesan rangkaian yang berterusan, yang baru-baru ini disokong oleh permintaan Asia Timur, telah meningkatkan tahap kecairan yang tinggi dan ketidaktentuan yang rendah yang diinginkan oleh peniaga dan pelabur menyebabkan Tether lebih popular dari stablecoin yang lain.
Penulis: Akif Akmal