Protokol Perkongsian Fail Terdesentralisasi BitTorrent BTFS Lancarkan Mainnet
Protokol perkongsian fail terdesentralisasi BitTorrent File System (BTFS) telah melancarkan mainnetnya. Projek ini bertujuan untuk menjadi peneraju utama “sistem simpanan terdesentralisasi yang terbesar dan pertama di dunia.”
Menurut catatan blog yang diterbitkan pada 1 Oktober, BTFS menawarkan pelbagai ciri baru dan 3,000 nod baru telah dilancarkan. “Oktober ini, dengan BTFS diintegrasikan ke dalam rangkaian P2P terbesar di dunia, BitTorrent, BTFS telah melancarkan mainnet, mewakili titik permulaan baru untuk BTFS dan langkah besar ke arah proses integrasi ekosistem BitTorrent.”
BitTorrent mengumumkan BTFS pada akhir bulan Mei – sejurus sebelum ia diperolehi oleh Tron. Menjelaskan rancangan jangka pendek untuk protokol itu, catatan blog itu turut menambah: “Integrasi ini dijangka siap pada tahun 2020. Sementara itu, BTFS juga akan diintegrasikan dengan BitTorrent untuk memberi manfaat kepada lebih 100 juta pengguna dengan rangkaian perkhidmatannya.”
Rujukan:
https://medium.com/@Tronfoundation/btfs-mainnet-officially-launched-q3-plan-completed-4f7cb465340c
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!