Default – Above Header Ads

KB Kookmin Bank Gunakan Blockchain Untuk Tambahbaik Proses Dalaman

Bank Korea Selatan, KB Kookmin Bank merancang untuk mengintegrasikan teknologi blockchain ke dalam proses dalamannya. Institusi tersebut mengatakan teknologi blockchain dapat menawarkan banyak manfaat kepada industri kewangan, termasuk pengeluaran token digital, pembiayaan, perkhidmatan penjagaan dan perdagangan. Bank itu berhasrat untuk menggunakan teknologi lejar teragih untuk melawan pengubahan wang haram, meningkatkan perkhidmatan pengesahan, perkhidmatan penjagaan dan penawaran token.

Pegawai maklumat Lee Woo-yeol, Lee Kookmin, berkata bank itu perlu mengambil pendekatan proaktif terhadap blockchain, sambil menambah: “Kita melihat blockchain sebagai gelombang besar yang akan mengubah dunia kewangan pada masa depan. Kita perlu bersedia untuk masa ini apabila pelbagai jenis aset berubah menjadi token, walaupun kita tidak tahu bila ianya akan berlaku.”

Pada bulan Jun, KB Kookmin menandatangani memorandum persefahaman dengan firma teknologi blockchain Atomrigs Lab untuk bersama-sama membangunkan perkhidmatan pengurusan aset digital yang menggunakan teknologi Atomrigs Lab dan infrastruktur kawalan dalaman dan teknologi perlindungan KB Kookmin.

Rujukan:

http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/Article.aspx?aid=3068759

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads