Rantaian Kedai Utama Korea Selatan Menyokong Aplikasi Pembayaran Blockchain
Aplikasi pembayaran mudah alih CHAI melancarkan pembayaran berdasarkan blockchain mudah alih di 13,500 kedai serbaneka CU di Korea Selatan. CHAI – yang beroperasi menggunakan blockchain Terra – kini akan diterima sebagai cara pembayaran di rantaian kedai serbaneka utama tersebut.
Sokongan aplikasi akan ditambah pada CU menjelang akhir tahun 2019 berikutan perkongsian di antara CHAI dan operator kedai BGF Retail, yang memiliki rantaian kedai serbanek CU. Menurut laporan itu juga, CHAI akan menawarkan yuran urus niaga yang rendah kepada peniaga dan diskaun 5-10% yang berterusan kepada pembeli. Pengumuman itu juga mendakwa bahawa aplikasi itu “disepadukan dengan tujuh platform eCommerce arus perdana, dengan pangkalan penggunanya melebihi 450,000.”
Akhirnya, syarikat itu mendakwa telah memperolehi kata putus berkenaan perkongsian dengan BC Card yang merupakan pemproses pembayaran terbesar Korea Selatan, untuk melancarkan kad debit prabayar pada awal tahun 2020.
Rujukan:
https://cointelegraph.com/news/major-south-korean-store-chain-supports-blockchain-payments-app
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!