Default – Above Header Ads

Pengendali Terminal Kanada Sertai Maersk Dan TradeLens IBM

Global Container Terminal (GCT), sebuah pengendali terminal kontena di Amerika Utara, telah menyertai TradeLens, alat penjejakan penghantaran perkapalan Maersk dan IBM. Sebagai sebahagian daripada inisiatif, GCT yang berpangkalan di Vancouver secara beransur-ansur melancarkan platform berasaskan blokchain di empat terminal yang dikendalikannya. GCT mahu menggunakan platform untuk meningkatkan pemantauannya pada rantaian bekalan kargo ke timur dan barat pantai Amerika Utara.

Platform ini akan mewujudkan jalinan maklumat yang selamat antara semua ahli rantaian bekalan, termasuk kapal laut, pemilik kargo serta kereta api. Sebagai tambahan kepada dua terminal Kanada, GCT Vanterm dan GCT Deltaport, yang dilaporkan terminal laut terbesar di Kanada, GCT juga mengendalikan GCT Bayonne di New Jersey dan GCT New York.

Dilancarkan pada musim panas 2018, TradeLens telah berkembang dengan lima daripada enam syarikat kapal laut teratas di dunia menggunakannya dan sepuluh pelanggan kapal laut GCT komited terhadap platform TradeLens. Sehingga September 2019, platform ini telah mengumpulkan lebih 100 organisasi dan 55 pelabuhan dan terminal, seperti yang dilaporkan secara rasmi oleh Maersk.

Rujukan:

https://globalterminals.com/gct-a-leader-in-container-terminal-innovation-joins-tradelens/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.