Default – Above Header Ads

“Validator” Ethereum 2.0 Mampu Meraih Sehingga 10% Setiap Tahun Untuk “Staking”

‘Validator’ Ethereum 2.0 boleh mengharapkan untuk memperolehi dari 4.6% hingga 10.3% sebagai ganjaran ‘staking’ setiap tahun, menurut senior eksekutif kanan ConsenSys. Colin Myers, ketua strategi produk global di firma blockchain ConsenSys, dilaporkan mendakwa bahawa untuk menjadi ‘validator’ pada blockchain Ethereum 2.0, seseorang dikehendaki mengekalkan jumlah minimum 32 Ether (ETH), yang bernilai $ 5,760 pada masa penulisan. Myers mendedahkan berita tersebut pada acara blockchain baru-baru ini iaitu Devcon 5.

Ethereum 2.0 adalah peningkatan rangkaian utama blockchain Ethereum yang bersedia untuk mengalihkan dari algoritma Proof-of-Work semasa ke Proof-of-Stake, mengubah fungsi pengesahan block dari pelombong kepada ‘validator’. Seperti yang telah dipersetujui oleh pemaju teras Ethereum, peringkat pertama peralihan Ethereum ke Ethereum 2.0 dijangka berlaku pada 3 Jan, 2020.

Pada acara yang sama, Myers juga mendedahkan alat yang membolehkan ‘validator’ untuk mengira pulangan kasar dan bersih tahunan, dengan mengambil kira perkakasan dan kos tenaga. Digelar ETH 2.0 Calculator, aplikasi web baru itu dirancang untuk dilancarkan sempena Ethereum 2.0, kata Myers.

Rujukan:

https://www.coindesk.com/3-ways-staking-will-upend-the-economics-of-ethereum

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads