Negeri Ke 10 Terbesar Di India Akan Lancarkan Dasar Untuk Blockchain Dan AI
Negeri Tamil Nadu di India dilaporkan sedang bekerja pada dasar peringkat negeri untuk teknologi blockchain dan kecerdasan buatan (AI). Tamil Nadu, negari ke-10 terbesar di India, menjalankan dasar berasingan untuk blockchain dan AI yang akan dikeluarkan secepat 10 hari akan datang.
Dasar blockchain dan AI Tamil Nadu dijangka mewujudkan peraturan dasar bagaimana kerajaan negeri boleh menggunakan teknologi baru untuk penyampaian perkhidmatan dan menyelesaikan isu tadbir urus. Santosh Misra, Ketua Pegawai Eksekutif e-Governance Agency mengulas: “Kami sedang berusaha untuk mengendalikan polisi berasingan berkenaan blockchain dan AI. Dasar AI mungkin akan menjadi dasar pertama dunia yang menangani penggunaan yang selamat dan beretika untuk AI […] Tidak ada negara atau negari telah mengumumkan satu polisi tersendiri untuk menangani keselamatan dan etika yang berkaitan dengan AI.”
Tamil Nadu bukanlah negara India yang pertama untuk membentuk dasar dan inisiatif mengenai teknologi blockchain. Terdahulu tahun ini, negeri Telangana di Selatan India mengeluarkan inisiatif dasar draf blockchain, yang bertujuan untuk menubuhkan ekosistem untuk syarikat permulaan blockchain dan institut penyelidikan.
Rujukan:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!