Default – Above Header Ads

Pengawal Selia Bank Antarabangsa Kaji Keperluan Modal Pinjaman Kripto

Pengawalselia perbankan global, Basel Committee on Banking Supervision (BCBS) sedang berusaha untuk menetapkan berapa banyak peminjam modal yang harus dipegang untuk menampung risiko yang dihasilkan dengan berurusan dengan matawang kripto. Jawatankuasa Basel – yang merangkumi pengawal selia perbankan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun – bersetuju untuk menerbitkan sebuah laporan mengenai tindakan berhemah apabila berurusan dengan aset kripto.

Pada akhir mesyuarat dua hari di Madrid, jawatankuasa itu berkata bank perlu mengambil kira risiko mata wang kripto ketika mempertimbangkan pendedahan aset kripto: “Jawatankuasa mengulangi pandangan bahawa tindakan berhemah terhadap pendedahan aset kripto bank harus mencerminkan dengan sewajarnya tahap risiko aset kripto yang tinggi.”

Organisasi itu juga menyatakan bahawa – Mengambil inisiatif yang berterusan dalam industri kripto – ia akan mencari pandangan pihak berkepentingan mengenai tindakan berhemah terhadapa aset kripto. Jawatankuasa Basel juga mengumumkan bahawa ia akan melihat kebergantungan bank terhadap pihak ketiga yang tidak dikawal untuk perkhidmatan, seperti pengkomputeran awan dan data. Kertas rundingan akhir akan berkuatkuasa pada Januari 2022. BCBS adalah jawatankuasa pihak berkuasa penyeliaan perbankan yang ditubuhkan oleh gabenor bank pusat negara ‘Group of Ten’ pada tahun 1974.

Rujukan:

https://www.business-reporter.co.uk/2019/11/07/global-banking-watchdog-to-study-capital-requirements-for-crypto-assets/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads