Skip to main content
Live
  • BTCRM 308,244-4.50%
  • ETHRM 9,097-6.09%
  • USDTRM 4.05+0.25%
  • BNBRM 2,825-1.91%
  • XRPRM 4.82-9.00%
  • USDCRM 4.06+0.27%
  • SOLRM 366.63-5.12%
  • TRXRM 1.29+0.37%
  • FIGR_HELOCRM 4.20-0.72%
  • ZECRM 5,363+1.06%
  • HYPERM 319.37-3.70%
  • XMRRM 2,523-2.14%
  • DOGERM 0.2939-4.55%
  • USDSRM 4.06+0.29%
  • WBTRM 296.45-4.93%
Advertise

Hartawan Hartanah Jual Condo New York Dengan Harga $ 15.3 juta Menggunakan Bitcoin

Coin.my2 min read407 views
Hartawan Hartanah Jual Condo New York Dengan Harga $ 15.3 juta Menggunakan Bitcoin

Hartawan hartanah Ben Shaoul telah menjual kondominium di Upper East Side, Kawasan yang berprestij di Manhattan dengan nilai $ 15.3 juta menggunakan Bitcoin (BTC). Shaoul – yang merupakan presiden Kumpulan Real Estate Magnum – menjual harta tanah seluas 11,400 kaki persegi itu kepada entiti berpangkalan di Taiwan “Affluent International LCC”.

Sementara Shaoul sendiri dilaporkan tidak memberikan sebarang komen, Eric Hedvat – broker dengan Jet Real Estate, yang mewakili Magnum dalam perjanjian itu – mensifatkan transaksi itu sebagai “proses yang berjalan lancar.” Magnum dilaporkan terlibat dalam kontrak dengan dua pembeli lain di bangunan yang sama menggunakan Bitcoin pada tahun 2018 – satu untuk studio  seluas 624 kaki persegi dengan harga yang diminta $ 875,000 dan satu lagi bilik tidur seluas 989 kaki persegi pada $ 1.48 juta.

Satu lagi kediaman Shaoul telah disenaraikan dengan pilihan untuk membeli menggunakan Bitcoin tetapi akhirnya dijual secara tunai kepada pelabur yang berpangkalan di Bronx Martin Shapiro tahun lepas untuk $ 82 juta. Beyond Magnum, Real Deal mencatat bahwa syarikat pengurusan sewa Brooklyn mengumumkan pada tahun 2018 bahawa ia akan menerima matawang kripto sebagai bentuk pembayaran. Penyenaraian semasa untuk $ 29 juta harta di Upper East Side, yang dipasarkan oleh Corocan, menyatakan penjual akan “menerima bayaran dalam Bitcoin, Ethereum, atau Ripple.”

Rujukan:

https://blog.coinbase.com/eos-enters-congestion-mode-due-to-eidos-airdrop-3d3f82081074?gi=3a9dea9a106b

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!