Blockchain Huobi Chain Selesai Menjadikan Kodnya Sebagai Sumber Terbuka
Bursa perdagangan kripto, Huobi telah menjadikan kod perisian blockchain Huobi Chain sebagai sumber terbuka, syarikat itu telah mengesahkan. Dalam kenyataan akhbar, Huobi berkata bahawa Huobi Chain, yang dilancarkan pada bulan Jun, kini tersedia untuk mana-mana pemaju di GitHub. Tujuannya, ia menerangkan, adalah untuk meninggkatkan interaksi selanjutnya antara pemaju dan pengawal selia, khalayak sasaran Huobi Chain.
“Sejak bermulanya projek ini, matlamat kami adalah untuk mewujudkan ekosistem yang inklusif di mana semua pihak berkepentingan dari pemaju kepada pengawal selia boleh bekerjasama dan memanfaatkan potensi sepenuhnya teknologi blockchain,” kata Leon Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Huobi, dalam kenyataan media. Li berkata: “Dalam berpegang pada visi itu, kami kini membuka kod dan mengundang komuniti blockchain yang lebih besar untuk membantu kami membentuk dan membina masa depan kewangan yang terdesentralisasi.”
Huobi Chain bertujuan untuk menyediakan persekitaran inkubator yang sesuai untuk pelbagai projek blockchain, termasuk stablecoin, aplikasi desentralisasi (DApps), dan bursa yang terdesentralisasi(DEX). Platform tersebut masih dalam peringkat perancangan, dengan pelancaran testnet akan berlaku pada Q1 2020 dan mainnet pada suku berikut.
Rujukan:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!