Ups Dan Syarikat Teknologi Agro Gunakan Blockchain Untuk Mengesahkan Penghantaran Daging Lembu Dari AS Ke Jepun
Syarikat logistik gergasi Amerika, UPS telah berjaya menyampaikan penghantaran daging lembu yang disahkan menggunakan blockchain dari Amerika Syarikat ke Jepun. Syarikat itu bekerjasama dengan firma teknologi agro HerdX untuk menggabungkan teknologi pembungkusannya ke rangkaian blockchain untuk mengesan perjalanan daging lembu dari Kansas ke Jepun.
Seperti yang diumumkan oleh UPS, penghantaran bersama-sama itu melibatkan rangkaian rakan kongsi blockchain yang dibangunkan oleh HerdX. Sementara itu, UPS menyediakan alat pengawasan yang mengintegrasikan teknologi blockchain HerdX dan merekodkan kemas kini data secara langsung, mendaftarkan butiran maklumat sepanjang perjalanan.
Projek perintis ini disokong oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Jepun dan diumumkan pada majlis makan malam khas di Tokyo, UPS menyatakan. Daging lembu itu dilaporkan meninggalkan Kansas pada 4 November, selepas itu tiba di sebuah kedai ‘steak’ di Tokyo di mana tetamunya termasuk Kedutaan A.S. dan pegawai Jepun dapat mengimbas kod QR untuk mengakses data mengenai perjalanan makanan tersebut.
Rujukan:
https://edition.cnn.com/business/newsfeeds/prnewswire/201911110811PR_NEWS_USPR_____DA32524.html
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!