Syarikat Utiliti Tenaga Vermont Bekerjasama Dengan Firma Blockchain Untuk Penjualan Tenaga Solar
Beberapa isi rumah Vermont kini boleh menjual lebihan tenaga boleh diperbaharui mereka kepada perniagaan melalui platform ‘startup’ tenaga berasaskan blockchain BL3. Syarikat utiliti tenaga Vermont, Green Mountain Power dan LO3 bersama-sama melancarkan projek perintis yang membolehkan pemilik rumah dengan panel solar untuk menjual lebihan kuasa untuk perniagaan yang diselenggarakan oleh syarikat utiliti tenaga tersebut.
Projek itu dipanggil Vermont Green dan akan bermula pada bulan Disember, dengan objektif awal untuk memperolehi 50 perniagaan dan 150 isi rumah. Rakan kongsi menjangkakan program ini akan menghasilkan kira-kira 500 MWh dalam perdagangan tenaga setiap tahun. LO3 dan Green Mountain Power bertujuan untuk memajukan pasaran tenaga tempatan, dengan platform ini mewujudkan “tulang belakang” bagi urus niaga tempatan, yang juga melibatkan penyimpanan kuasa, pengecasan kenderaan elektrik, dan beban yang dikawal thermostat atau pengurangan perlepasan karbon.
Dalam pemfailan kepada pengawal selia negeri, Green Mountain menyatakan, “LO3 sedang membangunkan ciri-ciri yang membolehkan pembeli menentukan bandar atau bahkan penjual yang tepat untuk pembelian, dan ini akan membantu memperkuat hubungan dan aktiviti ekonomi dalam masyarakat setempat.”
Rujukan:
https://microgridknowledge.com/local-energy-lo3-green-mountain-power/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!