Skip to main content
Live
  • BTCRM 308,244-4.50%
  • ETHRM 9,097-6.09%
  • USDTRM 4.05+0.25%
  • BNBRM 2,825-1.91%
  • XRPRM 4.82-9.00%
  • USDCRM 4.06+0.27%
  • SOLRM 366.63-5.12%
  • TRXRM 1.29+0.37%
  • FIGR_HELOCRM 4.20-0.72%
  • ZECRM 5,363+1.06%
  • HYPERM 319.37-3.70%
  • XMRRM 2,523-2.14%
  • DOGERM 0.2939-4.55%
  • USDSRM 4.06+0.29%
  • WBTRM 296.45-4.93%
Advertise

Bursa Perdagangan Kripto Upbit Sahkan Kecurian 342,000 Ether Yang Kini Bernilai $ 50M

Coin.my2 min read390 views
Bursa Perdagangan Kripto Upbit Sahkan Kecurian 342,000 Ether Yang Kini Bernilai $ 50M

Bursa perdagangan kripto utama Korea Selatan – yang dikendalikan oleh anak syarikat gergasi teknologi Korea Kakao – telah memberitahu pengguna bahawa mereka mengalami kecurian 342,000 Ether (ETH) dari “hot wallet” milik syarikat. Kejadian itu disahkan dalam satu kenyataan rasmi yang ditulis oleh Lee Seok-woo, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Upbit, Dunamu, pada 27 November.

Dalam kenyataannya, Lee Seok-woo mendedahkan bahawa: “Pada 1:06 pada 27 November 2019, 342,000 ETH (kira-kira 58 bilion won) dipindahkan dari Upbeat Ethereum Hot Wallet ke dompet yang tidak diketahui.” Memohon maaf kepada pengguna atas apa-apa “ketidakselesaan” yang berlaku, Ketua Pegawai Eksekutif menggariskan langkah-langkah yang dilakukan syarikat selepas ia mengesan kejadian itu.

Bursa pertukaran itu telah berjanji untuk melindungi aset pengguna, menyatakan bahawa 342,000 ETH (kira-kira $ 50 juta pada masa akhbar) akan dilindungi oleh aset korporat. Ia telah memindahkan semua aset kripto yang disimpan dalam “hot wallet” kepada “cold storage”. Deposit dan pengeluaran akan mengambil sekurang-kurangnya dua minggu untuk disambung semula, dengan Lee Seok-woo menjanjikan untuk memaklumkan pengguna sebaik sahaja mereka berfungsi seperti biasa.

Rujukan:

https://upbit.com/service_center/notice?id=1085

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!