Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Negeri Terbesar India Akan Laksanakan Projek Perintis Perdagangan Tenaga Solar Berasaskan Teknologi Blockchain

Uttar Pradesh (UP) akan mengetuai projek dagangan tenaga surya peer-to-peer (P2P) dengan kerjasama syarikat tenaga Australia berasaskan blockchain, Power Ledger. Utiliti kuasa negeri UP Power Corporation Limited dan UP New and Renewable Energy Development Agency telah bekerjasama dengan Power Ledger untuk melancarkan percubaan perdagangan tenaga solar P2P untuk memeriksa kebolehlaksanaannya. Fasa pertama projek itu akan siap pada Mac 2020. Semasa percubaan ini, Power Ledger akan mengintegrasikan platform berasaskan blockchain dengan sistem meter pintar untuk membolehkan penduduk dengan infrastruktur solar di bumbung menetapkan harga, menjejaki dagangan tenaga dan menyelesaikan urus niaga lebihan tenaga solar melalui kontrak pintar.

Salah satu masalah utama yang dihadapi sumber tenaga boleh diperbaharui ialah menyimpan lebihan tenaga apabila unsur-unsur yang tidak dapat diramalkan seperti angin dan matahari menghasilkan lebih banyak kuasa daripada yang diperlukan. Oleh itu, projek itu bertujuan untuk memudahkan pengeluar kecil mencari pengguna untuk mendapatkan lebihan tenaga tersebut dan menjadikan sumber yang boleh diperbaharui itu lebih berdaya maju.

Setelah projek perintis ini selesai, Power Ledger akan memeriksa hasilnya dan bekerja dengan pihka berkuasa tempatan untuk menyesuaikan peraturan-peraturan bagi membolehkan perdagangan tenaga P2P. Kapasiti solar di Uttar Pradesh – negeri terbesar di India dengan penduduk hampir 200 juta – dijangka berkembang untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat.

Rujukan:

https://bit.ly/2L8CnUt

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads