Skim Pyramid Kripto Di Uganda Mencuri Wang Pekerjanya Dan Menutup Operasi
Skim piramid matawang kripto di Uganda dituduh telah melarikan diri setelah menipu berpuluh-puluh mangsa yang melabur dan bekerja untuk skim itu. Dunamiscoins Resources Limited dibuka di Masaka bulan lepas dan mula mengundang individu untuk melabur dan menjadi sebahagian daripada “rangkaian matawang digital” mereka. Pejabat firma itu ditutup secara rahsia hanya sebulan selepas dibuka, dengan pekerja dilaporkan datang ke pejabat namun ia kosong.
Seorang ahli perniagaan yang bekerja di sebelah pejabat Dunamiscoins dilaporkan berkata Dunamiscoins meyakinkan orang ramai untuk bergabung dengan firmanya dengan menjanjikan pulangan 40% atas pelaburan tunai. Menurut saksi, firma itu nampaknya bekerja dengan syarikat pemindahan wang di bandar untuk merekrut orang baru ke skim itu.
Di samping itu, Dunamiscoins didakwa meminta setiap pemohon membayar 20,000 Uganda shillings ($ 5) untuk mendaftar dengan syarikat itu. Menurut seorang jurujual Dunamiscoins, firma itu menjanjikan pulangan yang tinggi ke atas pelaburan tetapi turut menipu yuran pendaftaran pekerjanya itu.
Rujukan:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!