Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

8 Wakil Kongres AS Hantar Surat ke IRS Supaya Tambah Baik Penjelasan Berkenaan Cukai Kripto

Lapan anggota Kongres Amerika Syarikat (A.S.) menghantar satu surat kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) yang menggesa agensi itu untuk memberikan penjelasan tambahan mengenai undang-undang cukai matawang kripto.

Surat bertarikh 20 Disember, ditandatangani oleh lapan ahli Kongres AS, menyatakan: “Kami menulis pada bulan April tahun ini mendesak penerbitan panduan untuk pembayar cukai yang menggunakan matawang kripto dan kami dengan senang hati melihat bahawa anda telah mengeluarkan panduan dan menangani banyak pertanyaan yang disoal kepada kami. Walau bagaimanapun, kami bimbang bahawa panduan baru-baru ini mewujudkan banyak persoalan baru yang berkaitan dengan topik yang ingin ditangani, iaitu ‘fork’ dan ‘airdrop’.”

IRS pada asalnya mengeluarkan keputusan rasmi mengenai cukai matawang kripto pada 9 Oktober 2019. Keputusan rasmi ini menyatakan beberapa perkara cukai, termasuk cukai ke atas pemegang sekiranya berlaku ‘fork’ matawang kripto atau ‘airdrop’, tanpa mengambil kira pengetahuan pemiliknya berkenaan tindakan ‘airdrop’ tersebut, atau pergerakan harga berikutan ‘airdrop’.

Surat 20 Dis ini secara terperinci menyatakan bahawa ketetapan pada awal Okt. 9 IRS hanya menggunakan contoh hipotetikal untuk rujukan, yang tidak benar-benar diguna atau munasabah, dan oleh itu tidak jelas bagi warganegara yang membayar cukai.

Surat itu menyatakan “kekuasaan dan kawalan” yang berkaitan dengan ‘fork’ dan ‘airdrop’ pada keputusan 9 Okt IRS, meminta ketelusan mengenai perkara itu. Oleh kerana kekurangan kejelasan di berkenaan peristiwa yang boleh dikenakan cukai, penerima ‘fork’ atau ‘airdrop’ boleh dikenakan cukai tanpa pengetahuan tentang kejadian sedemikian.

Surat itu juga menunjukkan kekurangan panduan dalam peraturan IRS semasa mengenai pelbagai transaksi kewangan berasaskan kripto, termasuk perdagangan niaga hadapan dan faedah yang diperoleh daripada deposit aset digital, serta semua pendapatan berasaskan kripto. Selain itu, surat tersebut meminta tindakan tegas mengenai pelaporan cukai dan aspek penahanan cukai, serta mengenai topik penguatkuasaan retroaktif.

Rujukan:

https://coincenter.org/files/2019-12/letter-to-irs-dec-20.pdf

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.