Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Permohonan Untuk ETF Blockchain Pertama China Telah Difailkan Kepada Pengawal Selia

Permohonan bagi amanah saham yang diperdagangkan di bursa saham (ETF) yang tertumpu di blokchain telah difailkan dengan pengawal selia sekuriti China, menurut pendedahan dari Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China.

Cadangan tersebut, yang difailkan pada 24 Disember oleh pengurus aset yang bertapak di Shenzhen, Penghua Fund, adalah untuk ETF yang akan menjejaki prestasi sekumpulan saham tersenarai awam daripada perniagaan di sektor blockchain. Sekiranya diluluskan, dana itu akan menjadi ETF yang bertemakan blockchain pertama China, menurut laporan berita pada 26 Disember 2019.

Pada hari yang sama cadangan Penghua Fund telah dikemukakan, Bursa Saham Shenzhen mengumumkan “Indeks Blockchain 50”. Indeks itu terdiri daripada 50 firma blockchain yang disenaraikan berdasarkan permodalan pasaran mereka. Senarai itu dilaporkan termasuk Ping An Bank, Midea Group dan Zixin Pharmaceutical, antara lain.

Firma dalam indeks baru itu mencerminkan keratan rentas luas industri, dengan pengkhususan yang termasuk pembangunan perkakasan, teknologi dan perkhidmatan, dan aplikasi blockchain. Menurut laporan itu, penganalisis percaya bahawa jika cadangan Penghua Fund berjaya, ramai pengurus aset lain mungkin mengikuti langkah tersebut dan memfailkan cadangan dana mereka sendiri.

Walaupun sektor blockchain masih di peringkat awal, laporan itu menyatakan bahawa kejelasan bimbingan dasar dan peningkatan bilangan firma matang dalam industri dapat melihat populariti ETF yang bertemakan blockchain domestik akan melambung nilainya.

Rujukan:

https://archive.is/dbKj3#selection-1007.2-1019.215

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.