Burger King Venezuela Kini Menerima Pembayaran Bitcoin Di 40 Kedai
Bitcoin (BTC) kini akan dimanfaatkan oleh Burger King di Venezuela setelah perkongsian baru membuka pembayaran matawang kripto di rantaian makanan segera tersebut. Disahkan dalam tweet pada 30 Disember, satu cawangan Burger King di kawasan Sambil, Caracas kini menerima Bitcoin, bersama-sama dengan Ether (ETH), Litecoin (LTC), Binance Coin (BNB), Dash (DASH) dan stabilcoin Tether (USDT).
Sebanyak 40 lokasi akan mengikutinya pada tahun 2020, menurut penulisan blog dari eksekutif Dash mengenai langkah itu. Cryptobuyer adalah syarikat permulaan pembayaran matawang kripto yang berpangkalan di Panama yang juga turut mengoperasikan ATM Bitcoin. Ia menawarkan penukaran dana matawang kripto untuk perniagaan, yang kemudiannya membayarnya kepada perniagaan dalam mata wang fiat. “Kami dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama komersial kami dengan @BurgerKingVE,” menurut sebahagian daripada tweet syarikat itu.
Venezuela terus mengalami kemelut ekonomi utama, yang menimbulkan usaha untuk meningkatkan penggunaan matawang kripto. Kerajaan telah mengingkari kaedah pembayaran merentasi sempadan, mengenakan sekatan berat terhadap akses mata wang asing. Sebaliknya, Petro, matawang kripto yang disokong oleh negara yang sangat kontroversi, adalah senjata rasmi pilihan untuk memerangi krisis ekonomi tersebut.
Rujukan:
https://twitter.com/cryptobuyer/status/1211724797870252033
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!