Default – Above Header Ads

Bank Utama Sepanyol Laksanakan Usaha Terbaru Untuk Membawa Blockchain Ke Dunia Kewangan Eropah

Pada 3 Jan, CaixaBank yang berpangkalan di Sepanyol menambah We.trade, platform pembiayaan dikuasakan dengan teknologi blockchain kepada senarai perkhidmatannya. CaixaBank kini telah menjadi salah satu bank pertama di Eropah untuk menyediakan akses pelanggan kepada teknologi blockchain.

Dilancarkan pada 2017, We.trade adalah platform kewangan yang dikuasai oleh teknologi blockchain IBM. Ia dibangunkan oleh konsortium 15 institusi kewangan dari seluruh Eropah, seperti UBS dan Societe Generale, dan ia berfungsi untuk menyediakan perniagaan dengan platform digital untuk mengesahkan maklumat kewangan. Senibina API terbuka We.trade membolehkan ia mengesan dan menjejaki barangan yang dihantar oleh mana-mana 400 syarikat logistik di seluruh Eropah yang juga menggunakan platform.

We.trade menggunakan teknologi blockchain untuk memudahkan proses transaksi untuk pembekal dan pembeli di satu platform yang sama. We.trade menjana kontrak pintar yang mengaitkan operasi dagangan dengan pembiayaan atau pembayaran yang menghalang sebarang risiko lalai bagi syarikat, yang dapat meningkatkan globalisasi perniagaan. Walaupun CaixaBank baru menyertai konsortium We.trade pada bulan Oktober 2018, bank terkemuka Sepanyol memberikan 15.8 juta pelanggan akses kepada We.trade untuk tujuan membuat transaksi dunia lebih mudah dikesan dan terjamin.

IBM juga menyatakan di dalam penulisan blog syarikat bahawa bank yang meneyertai rangkaian We.trade sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tertentu, yang memberikan akses usaha kecil dan menengah ke pembiayaan perdagangan. Ini akan membolehkan syarikat-syarikat ini mengembangkan perniagaan mereka, berkembang ke pasaran baru dan menjalin perkongsian perdagangan baru.

IBM mencatatkan bahawa We.trade mematuhi keperluan setiap bank di pelbagai negara tersebut, serta Kesatuan Eropah. We.trade juga beroperasi dalam konteks keperluan pengawalseliaan global yang rumit termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum EU (GDPR), dan dalam keperluan individu masing-masing ahli bank.

Rujukan:

https://www.finextra.com/pressarticle/81035/caixabank-implements-wetrade-blockchain-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads