Default – Above Header Ads

Pembayaran Kripto Dalam Pasaran Darknet Meningkat Dua Kali Ganda Untuk Kali Pertama Sejak 2015

Jumlah aliran matawang kripto yang memasuki ke dalam pasaran darknet telah meningkat dua kali ganda buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, satu kajian baru mengatakan. Di dalam laporan Critic Crypto Crime 2020 yang diterbitkan pada 28 Januari, Chainalysis – sebuah firma analitik blockchain yang berpangkalan di New York – mendapati bahawa pasaran gelap mempunyai peningkatan yang ketara dalam jumlah urus niaga kripto yang masuk pada tahun 2019, dua kali ganda daripada 0.04% pada 2018 kepada 0.08 %.

Menurut kajian itu, jumlah jualan pasaran dalam kripto meningkat 70% pada 2019 yang menyumbang lebih daripada $ 790 juta matawang kripto setelah melihat penurunan kecil pada tahun 2018. Ini adalah kali pertama apabila jualan melepasi $ 600 juta, Chainalysis berkata.

Walaupun jumlah pembayaran kripto dalam pasaran darknet agak rendah, pertumbuhan jumlah baru-baru ini menunjukkan daya tahan pasaran gelap dari kesan peningkatan pengawasan undang-undang daripada pengawal selia global, Chainalysis percaya. Mengikut firma itu, jumlah pasaran darknet kekal stabil pada tahun-tahun kebelakangan walaupun peningkatan penguatkuasaan undang-undang.

Khususnya, kajian ini mencadangkan bahawa apabila beberapa pasaran darknet ditutup, yang lain masih dapat mengisi jurang dan memenuhi permintaan pelanggan. Ketika lapan pasaran aktif di darknet pada 2018 ditutup pada 2019, lapan yang baru dibuka pada tahun yang sama, mengekalkan jumlah pasaran aktif di seluruh dunia pada tahap yang stabil iaitu 49.

Menurut Chainlysis, peningkatan dalam penguasaan pasaran matawang kripto yang datang ke pasaran darknet dijangkakan disebabkan oleh pelaksanaan teknologi baru, yang menjadikan proses operasi lebih terdesentralisasi. Untuk mengelakkan penutupan oleh penguatkuasaan undang-undang, sesetengah pasaran darknet mengguna pakai infrastruktur baru yang mempunyai struktur yang sepenuhnya berpusat, yang serupa dengan penyemak imbas web Tor atau “kepada blockchain itu sendiri,” kata Chainalysis.

Rujukan:

https://blog.chainalysis.com/reports/darknet-markets-cryptocurrency-2019

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads