Microsoft Azure, Gergasi Teknologi Awan Merangkul Blockchain Komersial
Lition, blockchain komersil, mengumumkan pada 18 Feb bahawa Microsoft telah secara rasmi membawa penyelesaian blockchain Lition ke pasaran teknologi awan Azure. Ini menjadikan Lition salah satu daripada beberapa blockchain awam / swasta yang kini disokong oleh pembekal awan utama seperti Microsoft. Microsoft juga menjadi yang pertama untuk membawa blockchain ke awan dan terus kekal menggunakan teknologi blockchain tercanggih.
Mengintegrasikan blockchain Lition ke Azure membolehkan pelanggan Microsoft Azure di seluruh dunia membangun, menguji dan menggunakan sidechain dan aplikasi Lition dengan satu klik butang pada platformnya, menurut pengumuman itu. Dr. Richard Lohwasser, Ketua Pegawai Eksekutif Lition menambah bahawa: “Lition adalah komited untuk menyediakan jambatan kepada teknologi blockchainnya yang boleh diakses untuk semua organisasi. Kami percaya bahawa menjadikan integrasi sebaik mungkin adalah penting untuk merapatkan jurang kepada pengunaan teknologi blockchain. Azure akan menjadi aset yang luar biasa untuk pelanggan kami.”
Pengurus pemasaran Lition, Benni Woerpel memberitahu bahawa sinergi antara syarikat-syarikat besar dan syarikat permulaan adalah penting untuk industri blockchain dan perniagaan sebenar: “Meluruskan proses untuk penggunaan teknologi blockchain melalui Microsoft Azure memberikan kelebihan hebat ketika mendekati perniagaan. Cabarannya adalah untuk memberikan penyelesaian mudah untuk sistem korporat yang kompleks. Saya percaya bahawa Lition berkembang dalam arah yang betul untuk menangani cabaran ini.”
Rujukan:
https://medium.com/lition-blog/microsoft-welcomes-lition-to-the-azure-baas-ecosystem-622c13628d4d
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!