Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Nippon Express Membangunkan Rangkaian Pengangkutan Blockchain

Sebuah syarikat logistik Jepun merancang untuk memasukkan rangkaian blockchain ke dalam sistem pengangkutan baru yang akan dibangunkan tahun depan. Menurut artikel dari akhbar Nikkei, Nippon Express merancang untuk melaburkan hingga 100 bilion yen – kira-kira satu bilion USD – ke dalam rangkaian pengangkutan berasaskan blokchain untuk sektor farmaseutikal. Syarikat yang berpangkalan di Tokyo ini bercadang untuk membangunkan ubat barunya sendiri bermula pada tahun 2021, yang memerlukan pengesanan masa nyata produk melalui gudang dan kemas kini status untuk pasukan kawalan kualiti.

Nippon Express akan bekerjasama dengan pihak lain di dalam dan di luar negara untuk membangunkan rangkaian farmaseutikal ini yang serasi dengan teknologi blockchain. Accenture akan membina sistem sensor untuk memeriksa suhu produk di dalam trak dan di gudang. Di samping itu, Intel Japan akan menyediakan tag pengenalan frekuensi radio (RFID) untuk mengesan lokasi setiap penghantaran. Digabungkan, sensor dan tag RFID ini akan membolehkan pengeluar, pemborong, dan institusi perubatan menjejaki proses pembangunan farmaseutikal secara masa nyata menggunakan blockchain.

Dari import bahan mentah dan produk ke penghantaran di institusi perubatan, sumbangan dari Intel dan Accenture akan dipasang di seluruh kilang, gudang, dan trak Nippon Express. Data pada setiap peringkat akan dimuat naik ke blockchain, menyediakan maklumat mengenai keadaan, kedudukan, dan status setiap penghantaran barang farmaseutikal.

Rujukan:

https://www.nikkei.com/article/DGXMZO56545270Y0A300C2MM8000/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads