Bank Of China Meneruskan Naratif Anti-Kripto Di WeChat
Pasaran kewangan menghadapi krisis terburuk sejak tahun 1929 dan orang ramai mencari alternatif untuk melindungi diri mereka daripada krisis itu. Satu penyelesaian tersebut adalah matawang kripto. Sebagai tindak balas, Bank of China meneruskan naratif anti-kripto dalam penulisan panjang bertajuk “3.15 Pelindungan Hak dan Kepentingan Penggunaan Kewangan”. Penulisan tersebut telah diterbitkan di akaun rasmi WeChat bank pada 22 Mac.
Dalam penulisan tersebut, pegawai bank memberi amaran kepada orang ramai tentang pelaburan matawang kripto, dengan mengambil contoh tiga penipuan utama yang dilihat di bursa kripto. Bank itu menyatakan: “Pertama sekali, jumlah transaksi penipuan dengan menggunakan bot adalah serius. Kadar perolehan purata tiga pertukaran mata wang kripto di luar negara teratas jauh lebih tinggi daripada bursa berlesen asing. Kedua, manipulasi pasaran wujud di bursa-bursa kripto yang mana perdagangan melebihi tahap yang sepatutnya akhirnya menyebabkan bursa-bursa kripto terdedah kepada kegagalan. Ketiga, pengubahan wang haram merupakan masalah besar. “
Penulisan Bank of China juga menunjukkan bahawa dakwaan Bitcoin adalah aset selamat adalah palsu, kerana pergerakan harganya terlalu tidak menentu. Bank menggesa orang ramai untuk melindungi diri daripada mengikuti orang ramai dengan menahan diri dari menyertai pelaburan kripto.
Rujukan:
https://mp.weixin.qq.com/s/td7269nfAF5kfXI89BPBtw
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!