Default – Above Header Ads

HTC: Telefon Pintar Blockchain ‘Exodus’ Akan Dapat Melombong Monero

HTC, pengeluar telefon mudah alih HTC akan membolehkan pengguna untuk melombong matawang kripto Monero (XMR) melalui telefon bimbitnya, Exodus, menurut pengumuman yang dibuat pada 10 April. Pengumuman itu memberitahu bahawa hasil perkongsian dengan firma reka bentuk cip ASIC Midas Labs, syarikat Taiwan itu akan dapat melombong Monero melalui aplikasi telefon pintar yang dipanggil DeMiner, yang akan dapat dimuat turun pada Q2 2020.

Disebabkan kebimbangan yang semakin meningkat bahawa aktiviti perlombongan matawang kripto melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi, dan dengan itu kos yang tinggi, HTC memastikan bahawa tahap ini boleh dikurangkan dengan memindahkan kerja perlombongan ke peranti mudah alih. Aplikasi ini akan direka untuk mengaktifkan secara automatik perlombongan tanpa mengira sama ada telefon bimbit sedang digunakan atau apabila pengecas tidak dipasang.

Phil Chen, ketua pegawai desentralisasi di HTC, menambah: “Perlombongan di telefon bimbit merupakan topik penyelidikan penting dalam memahami perkembangan rangkaian kripto selamat. Bilangan telefon bimbit pada tahun 2020 sedang menghampiri 3.5 Bilion, yang akan menghalang dan mengedarkan kadar hash dan kuasa perlombongan rangkaian kripto tersebut.”

Eksekutif HTC itu juga mendakwa dunia kripto “terancam” dari dominasi kadar hash oleh kumpulan perlombongan gergasi, sehingga ia percaya demokrasi akses melalui telefon pintar merupakan salah satu cara untuk menghapuskan masalah itu. Mengenai aplikasi DeMiner, Dr. Jri Lee, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Midas Labs, mengulas seperti berikut: “Kami membangunkan aplikasi DeMiner supaya peranti pintar akan mempunyai kadar hash setanding dengan komputer, sambil menggunakan kuasa yang kurang. Ini membolehkan peranti mudah alih sesuai untuk perlombongan matawang kripto (dalam keadaan dipasang kepada plug) untuk kali pertama. Bermula daripada rangka kerja sumber terbuka, kami menyusun semula dan mengoptimumkan perlombongan untuk peranti mudah alih. “

Rujukan:

https://www.forbes.com/sites/darrynpollock/2020/04/10/htc-introduces-mobile-phone-monero-mining-to-decentralize-hash-rate/#44dc852e4018

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.