Default – Above Header Ads

Pegawai Kerajaan China Menyokong Perlombongan Matawang Kripto Menggunakan Tenaga Boleh Diperbaharui

 

Pegawai kerajaan China dari bandar Ya’an di Sichuan telah mengeluarkan kenyataan untuk menyokong penggunaan tenaga hidroelektrik yang dihasilkan di sana untuk operasi perlombongan matawang kripto.

Pada 20 April, Biro Ekonomi dan Maklumat Perbandaran dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Ya’an mengumumkan pernyataan pendapat mengenai pelaksanaan perlombongan kripto tempatan. Dokumen tersebut mendorong penggunaan elektrik yang dihasilkan oleh tenaga hidro untuk operasi perlombongan.

Dokumen tersebut menyatakan bahawa perbandaran akan membangun “zon demonstrasi penggunaan tenaga hidro” dan “kawasan pengumpulan industri data raya.” Pegawai tersebut percaya bahawa wilayah itu akan menarik pelaburan dan pengembangan dalam syarikat blockchain.

China terkenal sebagai pemain utama dalam industri perlombongan matawang kripto. Menurut laporan yang dikeluarkan pada akhir tahun 2019, pelombong Bitcoin China pada masa itu bertanggungjawab sebanyak 66% dari kadar hash global, dengan 54% berasal dari daerah Sichuan.

Rujukan:

http://www.yaan.gov.cn/xinwen/show/54b82e7b-8ed5-474f-b658-588a49cba587.html 

EXMO affiliate program

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads