Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

10 Salah Faham tentang XRP dan Ripple

Bila bercakap tentang Ripple dan token XRP, komuniti kripto mempunyai pelbagai pendapat dan pendirian. Ada yang mengatakan Ripple satu entiti berpusat, antitesis kepada matawang kripto walaupun ia mempunyai matawang kripto sendiri, ada yang mengatakan ia adalah visi sebenar matawang kripto dalam sistem kewangan sedia ada, dan macam-macam lagi.

Ada juga yang mempersoalkan nilai XRP di pasaran, memandangkan ia tidak mempunyai utiliti dalam dunia sebenar. Betulkah kenyataan ini?

Jadi yang mana satu adalah kenyataan dan yang mana satu adalah salah faham? Dalam artikel mari kita rungkai 10 salah faham tentang XRP dan Ripple.

1. XRP tidak diperlukan

Kita semua sedia tahu Ripple menawarkan produk dan perkhidmatan kepada bank, khususnya dalam penghantaran wang merentasi sempadan. Apa peranan XRP dalam sistem ini?

Ripple menawarkan dua produk untuk perkhidmatan ini: xCurrent dan xRapid. xCurrent merupakan produk utama dan paling awal Ripple, jadi tidak hairan jugalah jika ianya yang paling digunakan. xCurrent adalah sistem penyelesaian real-time yang membolehkan peserta menghantar mesej dan menyelesaikan transaksi dalam kadar masa yang sangat cepat; dan sistem ini telah pun berjaya mengatasi produk sedia ada seperti SWIFT yang menyelesaikan transaksi dalam masa beberapa hari.

Ramai yang menganggap penyelesaian transaksi ini berlaku dari fiat-ke-fiat, bermakna XRP tidak memainkan peranan dalam sistem xCurrent. Tetapi kenyataan itu tidak benar kerana Ripple menggunakan XRP untuk menyelesaikan transaksi menggunakan produknya, xRapid. Jika dua bank mempunyai perjanjian nostro/vostro, bermakna Bank A mempunyai akaun di Bank B (dipanggil “nostro”) dan dari pandangan Bank B, yang menyimpan deposit Bank A (dipanggil “vostro”), xCurrent boleh menukar matawang asing dalam real-time kerana ia dibina di atas protokol Interledger.

EXMO affiliate program

Dan pengguna xCurrent boleh menggunakan produk Ripple, xRapid, yang membuang keperluan akaun ini. xRapid mendapatkan kecairan daripada pasaran, membeli XRP daripada FIAT di satu penghujung transaksi, dan menjualnya untuk FIAT di penghujung lagi satu untuk menyelesaikan transaksi itu.

Jadi, ternyata XRP sebenarnya mempunyai utilti sendiri dalam sistem yang ditubuhkan oleh Ripple.

2. XRP bukan matawang kripto sebenar

Hujah ini adalah hujah paling tidak logik kerana secara teknikal, XRP mempunyai segala ciri-ciri matawang kripto. Sebelum itu, mari kita memberi definisi kepada matawang kripto terlebih dahulu.

Menurut Oxford Dictionary: Suatu matawang digital di mana teknik enkripsi digunakan untuk mengawal selia penjanaan unit matawang dan mengesahkan pemindahan dana, beroperasi secara bebas dari kawalan bank pusat.

Menurut Merriam-Webster: Apa sahaja bentuk matawang yang hanya wujud secara digital, yang selalunya tidak dikeluarkan atau mempunyai kawalan berpusat tetapi menggunakan sistem desentralisasi untuk merekod transaksi dan menguruskan pengeluaran unit baru, dan bergantung kepada kriptografi untuk menghalang pemalsuan dan transaksi penipuan.

Ringkasan definisi-definisi di atas adalah:

  1. Penggunaan teknik enkripsi (kriptografi) untuk mengesahkan transaksi
  2. Sistem desentralisasi
  3. Tiada kawalan atau pengeluaran dari kuasa berpusat

Menurut daripada definisi matawang kripto, XRP menepati ciri-ciri yang menjadikan ia satu matawang kripto.

3. Lejar XRP tidak desentralisasi

Antara sebab ramai mengatakan XRP bukan matawang kripto adalah kerana mereka menganggap sistem lejar XRP tidak desentralisasi, memandangkan ia tiada pelombong mahupun insentif daripada penjanaan blok. Jadi bagaimana XRP diklasifikasi sebagai matawang kripto jika begitu?

Apa yang kita perlu tahu tentang elemen yang menjadikan satu matawang kripto atau lebih tepat lagi blockchain desentralisasi adalah mekanisme konsensus yang digunakan. Protokol yang biasa diimplementasi kebanyakan matawang kripto adalah Proof-of-Work (PoW) atau Proof-of-Stake (PoS) yang bergantung kepada pengiraan hash untuk mengesahkan transaksi dan mendapatkan ganjaran blok.

Dalam kes di atas, elemen desentralisasi adalah di dalam insentif ekonomi dan juga kadar kesukaran yang berubah mengikut jumlah nod dalam blockchain.

XRP pula tidak menggunakan sistem blockchain, tetapi ini tidak bermakna ia tidak desentralisasi. Setiap nod yang memasuki rangkaian XRP perlu percaya kepada beberapa pengesah dalam rangkaian itu untuk memastikan mekanisme konsensus XRP berfungsi dengan efisyen, dan semua nod mempunyai Unique Node List (UNL). Insentif dalam lejar XRP bukanlah ganjaran blok tetapi satu sistem yang boleh dipercayai untuk menjalankan transaksi.

4. Ripple mengawal rangkaian XRP; jadi terdapat kuasa berpusat

Ada yang mengatakan Ripple sebenarnya mengawal rangkaian XRP memandangkan dalam mekanisme konsensus XRP, Ripple akan mengeluarkan Unique Node List (UNL) yang ia rekomen. Dan UNL ini akan dikemas kini secara berkala untuk memasukkan nod pengesah baru yang dijalankan oleh industri, Ripple dan juga komuniti XRP yang lain.

Walaupun setiap nod yang menyertai rangkaian boleh memilih untuk menukar nod pengesah kepada pilihan mereka sendiri, kebanyakkannya akan mengekalkan senarai UNL yang dikeluarkan Ripple. Disebabkan itulah ramai yang salah faham bahawa memandangkan Ripple menentukan nod pengesah mana yang disertakan bermakna mereka mengawal rangkaian.

Hakikatnya, walaupun Ripple menggunakan UNL yang ia rekomen, semua nod pengesah dalam UNL itu dijalankan oleh entiti yang di luar kawalan Ripple sendiri dan tiada kena mengena sesama sendiri. Tujuan Ripple merekomen UNL adalah kerana untuk memastikan sistem lejar XRP berjalan dengan lancar dan kekal desentralisasi.

5. Ripple mengawal harga pasaran XRP

Memandangkan Ripple memegang 60% daripada jumlah keseluruhan bekalan Ripple, iaitu 60 billion XRP daripada 100 billion XRP, ada yang mengatakan jumlah ini membolehkan Ripple mengawal harga XRP di pasaran.

Hakikatnya, walaupun Ripple memegang majoriti XRP, ianya tidak boleh diakses oleh syarikat itu kerana ia dikunci dalam escrow dan hanya 1 billion XRP sahaja boleh dikeluarkan setiap bulan. Pada bulan May 2017, sebanyak 55 billion XRP telah dipindahkan ke dalam escrow dengan janji bahawa ia tidak akan di dump di pasaran tetapi di jual secara berprogram kepada bursa pertukaran dalam peratusan yang kecil, penjualan OTC kepada pelabur institusi sebagai insentif untuk menyertai ekosistem XRP, dan mengembalikan dana yang tidak digunakan setiap bulan kepada escrow.

XRP juga mengeluarkan laporan pasaran setiap suku tahun untuk menunjukkan jumlah yang telah dibelanjakan daripada escrow, untuk tujuan apa, dan jumlah yang dikembalikan ke escrow.

Dan disebabkan akses yang terhad kepada escrow itu jugalah ianya tidak logik bahawa Ripple boleh mengawal harga XRP di pasaran. Ini adalah kerana ia tidak mungkin dapat menjalankan skim pump and dump untuk manipulasi harga XRP.

6. XRP menjana pendapatan untuk Ripple

Seperti yang diterangkan di atas mustahil model pendapatan Ripple adalah dengan pump XRP ke pasaran dan kemudiannya dump kerana had escrow dan juga klaus penjualan XRP kepada bursa pertukaran. Ironinya, jika Ripple bergantung kepada harga XRP untuk meningkat di pasaran, ia perlu mempunyai produk yang berfungsi untuk membolehkan harga XRP meningkat di pasaran kerana utiltinya.

Oleh sebab itu, model pendapatan Ripple adalah daripada penggunaannya produk-produknya oleh institusi kewangan. Dan itulah model perniagaan firma-firma besar seluruh dunia: produk mereka. Semakin banyak klien menyertai rangkaian Ripple, semakin banyak pendapatan yang dijana.

Kita boleh menyamakan XRP kepada saham syarikat di bursa saham. Ianya naik apabila prestasi syarikat baik dan jatuh apabila prestasi syarikat tidak baik.

7. Bank tidak memegang XRP kerana ia tidak stabil

Ini adalah salah faham yang muncul kerana produk Ripple yang dikatakan tidak memerlukan XRP dan memandangkan pasaran matawang kripto tidak stabil, bank tidak mahu menyimpannya. Tetapi dari segi teknikal, matawang fiat juga sebenarnya tidak stabil dalam jangka masa panjang. Dalam urusan akaun nostro/vostro, bank terdedah kepada ketidakstabilan kadar pertukaran matawang asing dalam jangka masa panjang, dan dalam sesetengah kes, risikonya terlalu tinggi untuk bank memasuki urusan itu.

Sebenarnya, bank tidak perlu memegang XRP untuk menggunakan produk xRapid tetapi ia perlu membelinya. Sistem xRapid membeli dan menjual XRP dalam masa yang sangat singkat untuk menyelesaikan transaksi, dan kerana itu volatility XRP sangat minima. Satu-satunya sebab bank untuk memegang XRP adalah untuk menjadi perkhidmatan pertukaran antara XRP ke Fiat.

8. Ripple boleh menambah bekalan XRP

Seperti Bitcoin, Ether dan banyak matawang kripto lain, XRP juga mempunyai bekalan yang terhad yang sudah di pre-mine, iaitu sebanyak 100 billion XRP. Sejak penubuhan pada tahun 2013, sebanyak 45 juta XRP telah diedarkan.

Tiada langkah mahupun fungsi lain untuk menambah bekalan XRP ke dalam kod itu, dan seperti blockchain desentralisasi lain, ianya mustahil melainkan kod asal XRP diubah.

9. Stablecoins akan menggantikan Ripple

Ada yang berpendapat bahawa stablecoin yang disandarkan kepada matawang fiat adalah penyelesaian yang lebih  baik daripada Ripple memandangkan ia lebih stabil dari matawang kripto lain. Namun begitu, perbezaannya adalah matawang kripto memindahkan nilai intrinsik yang terdapat dalam matawang kripto itu sendiri, tetapi stablecoin pula tidak memindahkan nilai, hanya perlambangan nilai memandangkan ia disandarkan kepada fiat.

Seperti dalam point 7, matawang fiat juga tidak stabil dalam jangka masa panjang. Dan penguncian 55 bilion XRP dalam escrow juga adalah untuk mengawal kestabilan harganya. Kestabilan suatu matawang itu amat penting untuk membolehkan bank membuat transaksi merentasi sempadan, kerana jika terdapat risiko harga matawang jatuh mendadak, sudah tentu bank tidak mahu berurusan dalam matawang itu.

Oleh itu, salah faham bahawa stablecoin boleh menggantikan sistem Ripple untuk bank boleh dikatakan separa benar. Namun begitu, Ripple mempunyai beberapa kelebihan daripada stablecoin termasuk produknya yang menjadikan transaksi merentasi sempadan cepat dan efisyen, manakala utilti stablecoin hanya sebagai perlindungan daripada ketidakstabilan pasaran matawang kripto.

10. XRP akan jatuh walaupun Ripple berkembang

Akhir sekali adalah salah faham bahawa lambat laun nilai XRP akan jatuh walaupun Ripple semakin berkembang. Ramai yang menganggap memandangkan peserta rangkaian Ripple tidak memegang XRP, nilai XRP akan semakin jatuh memandangkan ia tidak mempunyai utiliti seperti Bitcoin atau Ether dan komuniti XRP lain hanya memegangnya sebagai pelaburan berdasarkan spekulasi.

Hakikatnya, nilai XRP adalah pada utilitinya, di mana ia digunakan dalam transaksi merentasi sempadan dan selagi ia mempunyai utiliti, ia adalah keutamaan bagi Ripple untuk memastikan XRP kekal sebagai token pilihan institusi kewangan. Dan secara tidak langsung ini memastikan nilai XRP kekal di pasaran.

Persoalannya adalah sama ada nilai XRP akan meningkat pada kadar yang sama dengan Ripple. Apa pendapat anda?

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads