Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

3 Sebab Mengapa BCH Masih Bertahan

Siapa yang masih mengikuti Bitcoin Cash di sini? Bitcoin Cash adalah matawang kripto yang lahir daripada fork Bitcoin yang berlaku pada 1 Ogos 2017. Kononnya ia adalah alternatif yang lebih murah dan hebat dari Bitcoin asal. Dan pada tahun 2018, Bitcoin Cash sekali lagi melalui hard fork dan berpecah kepada dua: Bitcoin Cash atau Bitcoin Cash ABC dan juga Bitcoin SV.

Persoalan sama ada pada hari ini Bitcoin Cash sudah berjaya melangkaui Bitcoin sudah tentu senang untuk dijawab. Menurut senarai CoinMarketCap, Bitcoin Cash kini berada di kedudukan nombor 4 dan berdagang pada harga $278 sewaktu penulisan. Kapital pasaran BCH adalah lebih kurang US$5 bilion.

Kalau ikutkan, dibandingkan dengan matawang kripto yang berada di kedudukan teratas CoinMarketCap, Bitcoin Cash seolah tidak membawa apa-apa kelebihan baru atau utiliti baru. Jika pergi ke laman webnya pun, Bitcoin Cash mengatakan ianya memenuhi janji asal Bitcoin sebagai “Wang Elektronik Peer-to-Peer“. Ia seolah-olah mengatakan Bitcoin pada hari ini sudah tidak memenuhi objektif asalnya.

Tetapi artikel ini bukan untuk membahaskan kelebihan atau kekurangan Bitcoin Cash berbanding Bitcoin. Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana Bitcoin Cash boleh kekal sehingga hari ini? Walaupun ia hanya spin-off kepada matawang kripto unggul dan terbesar di pasaran? Ataupun kerana itu ia masih kekal?

Survival Mode

Dalam dua tahun sejak kewujudan BCH, dan 100,000+ blok yang telah terbentuk, BCH telah berjaya mengekalkan relevan dan popularitinya dalam pasaran yang sengit, beberapa serangan teknikal dan juga pergaduhan besar antara rakan baik Roger Ver dan Craig Wright yang mengaku dirinya adalah Satoshi Nakamoto dan jutawan Calvin Ayre.

Boleh dikatakan prestasi BCH adalah sangat baik kerana dalam pergolakan dalam komuniti pun, ia telah melancarkan Simple Ledger Protocol, yang membolehkan penyoong Bitcoin Cash untuk mencipta token dalam beberapa minit sahaja menggunakan beta wallet Electron Cash SLP. Ianya berfungsi lebih kurang sama seperti Lightning Bitcoin dan Liquid Network Blockstream.

Dan di tempat seperti Jepun dan Hong Kong, nampaknya ia hampir sama atau lebih popular dari Bitcoin. Dalam kesibukan protes yang berlaku di Hong Kong, beberapa individu dan organisasi sedang menolak agenda penggunaan matawang kripto meluas di bandar itu. Genesis Block, yang dikenali di bandar itu dan juga merupakan salah satu entiti pertama yang melombong blok Bitcoin Cash pada tahun 2017, mempromosi BCH dengan mengedarkan botol air dengan logo BCH kepada pembantah yang juga mempunyai kod QR ke laman web Bch-hkg.com. Ia adalah laman web untuk memperkenalkan BCH dan mengajar orang ramai bagaimana untuk mendapatkan BCH.

Melihat kepada ini, tidak hairanlah jika grassroots movement adalah cara terbaik untuk meluaskan penggunaan matawang kripto seperti Bitcoin Cash. Tetapi adakah itu sahaja sebab mengapa Bitcoin Cash masih kekal dalam pasaran?

1. Populariti Roger Ver

Siapa Roger Ver? Dia adalah antara pelabur awal dalam Bitcoin dan banyak melabur dalam startup berkaitan Bitcoin. Dia telah melabur lebih berjuta dollar dalam organisasi seperti Ripple, Blockchain.info, Bitpay dan Kraken.

Dia juga adalah penyokong cadangan untuk membesarkan saiz blok Bitcoin untuk memproses lebih banyak transaksi. Roger Ver merupakan CEO Bitcoin.com sehingga 1 Ogos 2019 apabila dia meletak jawatan untuk menjadi Pengerusi Eksekutif.

Roger Ver, yang dipanggil “Bitcoin Jesus” kerana sokongannya untuk penggunaan meluas Bitcoin mula mempromosi Bitcoin Cash kerana menurutnya BCH memenuhi visi asal Bitcoin. Dan popularitinya dalam komuniti Bitcoin dan juga kripto telah menarik ramai untuk memberi perhatian kepada Bitcoin Cash.

Sehingga hari ini, Roger Ver adalah penyokong kuat Bitcoin Cash dan dia sentiasa mengeluarkan tweet menyokong matawang kripto itu.

2. Penggunaan berbanding tempat penyimpanan

Seperti yang kita tahu, visi Bitcoin adalah untuk menjadi matawang elektronik peer-to-peer yang menjadi alternatif kepada matawang fiat. Visinya adalah untuk menjadi matawang transaksi. Tetapi hakikatnya, ia dianggap sebagai instrumen pelaburan dan juga tempat penyimpanan nilai oleh kebanyakan pemiliknya. Seperti yang kita lihat apa yang berlaku kepada emas.

Roger Ver telah mengetuai komuniti Bitcoin ketika itu yang tidak puas hati dengan skalabiliti Bitcoin dan menganggap saiz blok 1MB tidak mencukupi untuk mencapai throughput berskala besar. Dan ramai dalam komuniti termasuk pembangun menyokong pendirian Roger Ver yang mendekati filosofi whitepaper Satoshi Nakamoto dan tidak lama selepas itu terlahirlah Bitcoin Cash.

Jadi betullah jika dikatakan Bitcoin sudah tidak memenuhi objektifnya untuk menjadi pengganti matawang fiat?

3. Visi asal masih penting dan dedikasi pembangun

“Jika Bitcoin sudah menjadi tempat penyimpanan nilai, perlu ada sesuatu yang lain untuk memenuhi jurang sebagai matawang transaski atau medium pertukaran.”

Itu adala kata-kata Vinny Lingham, CEO Civic yang juga merupakan penyokong Bitcoin Cash. Pembangun-pembangun disebalik Bitcoin Cash, termasuk Ryan X. Charles, Mark B. Lundeberg, Calin Culianu, Jonald Fyookball, James Cramer, Unwriter dan ramai lagi sedang berusaha keras untuk membawa Bitcoin Cash ke dunia mainstream. Pelbagai projek di bawah BCH telah dirancang dan dedikasi pembangun matawang kripto ini adalah umpama bukti bahawa matawang kripto ini masih lagi kekal relevan sehingga hari ini dan mempunyai visi untuk bertahan buat jangka masa yang panjang.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.