Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

5 Sebab Mengapa TRON Mampu Mengatasi Ethereum

Seperti yang kita tahu, dalam persaingan untuk mendahului dalam pembangunan aplikasi desentralisasi, atau DApps, terdapat tiga pesaing yang sedang berebut tempat teratas: Ethereum, TRON dan EOS. Dan dengan CEO TRON, Justin Sun, disambut sebagai selebriti dalam dunia matawang kripto, ramai dalam komuniti kripto beranggapan tidak lama lagi TRON akan dapat mengatasi Ethereum.

Betul ke?

Sebagai platform paling awal dan yang masih kekal paling bernilai untuk aplikasi desentralisasi, Ethereum masih lagi mendahului persaingan itu, tetapi secara perlahan TRON dianggap sebagai “pembunuh Ethereum”.

Ringkas tentang Ethereum dan TRON

Kita semua tahu bahawa Ethereum adalah sebuah platform desentralisasi berdasarkan blockchain, di mana pembangun boleh membina dan melancarkan aplikasi desentralisasi (DApps). Ia mempunyai token Ether untuk bayaran yuran transaksi dan juga yuran “gas” untuk menggunakan sumber di atas platform itu.

TRON juga seperti Ethereum adalah platform desentralisasi berdasarkan blockchain dengan fungsi yang sama. Ia juga mempunyai matawang kripto sendiri, Tronix (TRX). Tujuan utama TRON diasaskan adalah untuk menjadi alternatif kepada platform media sosial yang berpusat seperti YouTube, Facebook dan WhatsApp, di mana pencipta kandungan bukan sahaja boleh berkongsi ciptaan mereka, tetapi juga menjana pendapatan daripadanya.

Jadi, TRON bukan sahaja fokus kepada hanya menjadi platform untuk membina DApps dan smart contract, tetapi juga menyediakan satu rangkaian blockchain yang desentralisasi untuk pencipta kandungan menjana pendapatan.

Apa yang membuatkan TRON berpotensi mengatasi Ethereum? Dalam artikel ini penulis akan bercakap tentang 5 sebab mengapa TRON mampu mengatasi Ethereum.

Pemasaran yang Agresif dan Hype

Jika kita bandingkan CEO TRON, Justin Sun, dan pengasas Ethereum, Vitalik Buterin, kita boleh nampak bahawa Justin Sun lebih aktif dalam mempromosi platform TRON. Vitalik pula fokus kepada perkembangan teknikal Ethereum bersama-sama pembangun Ethereum yang lain.

Gaya pemasaran Justin yang lebih agresif telah membawa banyak hype kepada TRON. Dia sangat aktif dalam laman media sosial dan telah berjaya melonjakkan nilai token TRON di pasaran dalam beberapa bulan sahaja dan dia juga popular dalam kalangan komuniti matawang kripto.

Baru-baru ini berita tentang Justin Sun memenangi bidaan untuk makan tengah hari bersama Warren Buffet telah menarik perhatian lebih ramai orang kepada matawang kripto, khususnya TRON. Nilai token itu telah melonjak dengan signifikan. Walaupun baru-baru ini Justin mengumumkan bahawa makan tengah hari itu ditunda, TRON tetap berada di bawah spotlight walaupun dengan sentimen negatif.

Seperti yang kita tahu, memandangkan terdapat beribu-ribu token dan matawang kripto, setiap token perlu kekal relevan dalam laman berita supaya sentiasa mendapat pengguna baru. Sama ada nilai token itu akan jatuh atau naik pada masa akan datang adalah sesuatu yang hanya masa boleh tentukan, tetapi dari segi ini, ternyata TRON lebih proaktif berbanding Ethereum.

Skalabiliti

Platform TRON kini memproses dalam 1500 transaksi setiap saat (TPS) berbanding Ethereum yang hanya boleh memproses 15 TPS walaupun fasa Ethereum seterusnya akan menambah baiknya kepada 100,000 TPS dengan implementasi sharding. Namun begitu, TRON juga dibina untuk diintegrasi dengan side chain, menjadikan ia berpotensi untuk mempunyai skalabiliti yang tidak terhad.

Mempunyai 100 pembangun dan jurutera Blockchain

CTO TRON, Zhiqiang Chen mengetuai pembangun-pembangun TRON dan dia mempunyai pengalaman dalam AI, machine learning dan sistem pengiklanan. Dia juga pernah bekerja untuk syarikat besar termasuk Alibaba, Qihoo 360 dan Tencent. Selain itu, TRON juga mempunyai jumlah business developer, pakar strategi dan marketing team yang berbakat.

Pemerolehan BitTorrent

BitTorrent adalah aset paling bernilai TRON. TRON bukan sahaja memperoleh platform itu tetapi juga pengkalan pengguna berjumlah lebih 100 juta. 100 juta pengguna yang menggunakan token BitTorrent (BTT) yang dijalankan di atas platform TRON. TRON mempunyai perancangan yang besar untuk BitTorrent dari segi tempat penyimpanan data, proksi dan juga streaming.

Tidak mustahil TRON akan menggunakan platform BitTorrent untuk mencipta satu rangkaian media desentralisasi yang baru, dan ini akan menambah pengkalan pengguna BitTorrent dan juga TRON dalam jangka masa panjang.

Perancangan yang besar

Selain daripada pemasaran yang agresif, Justin Sun telah mendapatkan kerjasama daripada beberapa syarikat besar seperti Game.com dan Gifto dalam industri gaming, yang merupakan niche yang boleh menjana keuntungan yang besar buat TRON. Selain itu, TRON mempunyai beberapa perancangan lain yang akan menambah baik platform itu dan membawa lebih banyak trafik pengguna ke dalam TRON.

Antaranya adalah menambah protokol zk-SNARKS ke dalam ekosistem TRON dan menjadikan token di platform itu privacy coin, pelancaran multi-sig wallet di platform BitTorrent dan juga USDT-TRON yang telah dilancarkan pada bulan April 2019.

Selain itu, BitTorrent Speed, variasi kepada protokol FileSytem (IPFS) akan dilancarkan pada 8 Julai ini. Ia akan menguasakan semua aplikasi desentralisasi (DApps) TRON yang memerlukan rangkaian penyimpanan desentralisasi. Perkembangan ini adalah milestone yang penting dalam roadmap TRON.

Berdasarkan sebab-sebab di atas, ternyata TRON mempunyai potensi untuk menjadi pesaing yang serius buat Ethereum. Walaupun sehingga kini Ethereum masih lagi memegang takhta itu kerana kelebihan first-mover advantage, perkembangan TRON yang pantas dan strategi pemasarannya boleh menjadikan TRON mampu untuk mengatasi Ethereum dalam perlumbaan platform DApps.