Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa itu WaltonChain?

Walton adalah akronim dari Wisdom Alters Label, Trade, Organization, and Network. Menurut whitepaper Waltonchain, ianya adalah sebuah projek yang akan menggabungkan teknologi RFID bersama teknologi blockchain untuk menambahbaik pengurusan rantaian bekalan (supply chain). Waltonchain juga bermatlamat untuk menggabungkan teknologi blockchain dan IoT untuk menghasilkan ekosistem yang desentralisasi yang dikenali sebagai Walton ecosystem dimana Waltonchain merujuk sebagai Value Internet of Things (VIoT).

Waltoncoins atau lebih mudah dikenali sebagai WTC adalah mata wang utama yang digunakan di dalam Walton ekosistem.100 juta WTC telah dikeluarkan dengan blok genesis dan tidak akan dibuat atau dikeluarkan lagi. Daripada 100 juta itu, kini terdapat bekalan sebanyak 70 juta, dan baki sebanyak 30 juta coin tersebut akan dilombong dalam beberapa tahun akan datang.

Bagaimana WaltonChain berfungsi?

Waltonchain telah menggunakan konsep Value Internet of Things (VIoT) untuk membantu menerangkan cara menggabungkan teknologi RFID bersama teknologi blockchain. Penggabungan itu membolehkan blockchain untuk menyimpan data barangan fizikal di dalam chain melalui tag RFID.

Label RFID menggunakan medan elektromagnet untuk mengenal pasti objek dan mengimbas tag RFID sekaligus menyediakan pengguna dengan semua maklumat yang disimpan. Maklumat ini boleh merangkumi lokasi produk dihasilkan, di mana produk berada sekarang, dan siapa yang mengendalikannya serta data-data penting yang lain.

Label RFID boleh dilampirkan pada apa-apa objek, dan berfungsi dengan lebih cekap daripada barcode kerana ia boleh dibaca oleh mesin tanpa perlu mengimbas kod secara langsung. RFID boleh digunakan dalam pengurusan inventori / bagasi, tol, sistem perpustakaan, dan pengesahan dokumen perjalanan (passport).

Selain itu, untuk mengelakkan dari masalah skalabiliti yang sedang di hadapi oleh Ethereum sekarang, Waltonchain mengatasi masalah tersebut dengan membina child chain yang boleh diubahsuai mengikut keperluan busines/perniagaan mereka tanpa sebarang masalah atau kehilangan kelebihan yang ditawarkan di dalam Waltonchain. Perkara ini telah mengukuhkan lagi bahawa Waltonchain akan memudahkan lagi pengurusan data di industri-industri swasta mahupun industri kerajaan.

Default – Inside Post Ads

Adakah Projek ini akan memudahkan syarikat besar diluar?

Projek ini sudah pasti akan memudahkan banyak syarikat yang perlu mengendalikan inventori atau data yang banyak. Hal ini kerana ianya sangat mudah untuk digunakan serta lebih effisen dalam mengendalikan data. Tambahan pula, tag RFID berharga sekitar $ 0.1 per unit. Ini membuktikan lagi bahawa teknologi RFID perlu digunakan dengan sebaiknya.

Wal-Mart sudah mula mengimplementasi teknologi ini ke dalam supply chain pada 2003. Jabatan Pertahanan US juga telah menggunakan tag RFID sejak 2005. Kerajaan US juga telah mencadankan kepada hospital-hospital di negaranya untuk menggunakan teknologi ini dalam mengendalikan ubat supaya tidak digunakan secara berlebihan.

Waltonchain juga bertindak sebagai platform supply chain dan teknologi yang membolehkan sesiapa sahaja membuat sub-chain mereka sendiri. Waltonchain adalah projek popular yang berpotensi untuk mengubah bagaimana industry kini mengendalikan perniagaan mereka.

Sistem Value internet of Things WaltonChain mempunyai beberapa manfaat yang sangat jelas, seperti :

  • Anti-pemalsuan yang boleh dipercayai melalui pengenalan RFID
  • Mengesan dan mengesahkan produk dengan tepat
  • Mekanisme desentralisasi dipercayai

Prestasi WaltonChain

Baru-baru ini di sebalik penurunan pasaran matawang kripto, WaltonChain adalah antara matawang kripto yang mengekalkan kenaikannya. WaltonChain mungkin tidak begitu popular seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple dan sebagainya, namun dalam negara China WaltonChain sudah meraih sokongan daripada syarikat gergasi Alibaba, Accenture, China Mobile IoT Alliance, China Telecom, Korean IoT Research Center, Mobius, Morpheus Network, Skynovo, dan banyak lagi syarikat lain.

WaltonChain mengambil langkah yang amat strategik dengan projek RFID mereka yang mempunyai kos lebih rendah berbanding teknologi lain. Kos RFID kini hanyalah $0.05 setiap cip. Malah pada awal tahn 2018, WaltonChain mengumumkan bahawa mereka sedang dalam proses memohon lebih 20 paten untuk teknologi mereka.

Konklusinya

Waltonchain bukan sekadar syarikat rantaian bekalan yang fokus kepada blockchain. Mereka sedang berusaha untuk mewujudkan penyelesaian IoT peringkat perusahaan yang menyeluruh, terdesentralisasi. Syarikat ini bermula dengan beberapa industri tertentu sebagai roti dan mentega untuk membuktikan cadangan nilai dan memperbaiki produknya.

Waltochain juga adalah salah satu projek yang mantap dan komprehensif di pasaran, ia juga mempunyai kajian yang kukuh dan menggabungkan teknologi terkini untuk mengganggu beberapa industri utama.

 

Maklumat tentang WaltonChain

Nama token : WaltonChain
Penanda token : WTC
Umur : 1 tahun
Konsep : Membina ekosistem bisnes melalui integrasi IOT dan Blockchain
Jumlah bekalan : 100,000,000 WTC
Untuk awam : 70,000,000 WTC
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 40,144,099 WTC
Pencipta : Do Sanghyuk (Korea) dan Xu Fangcheng (China)
Kelajuan transaksi : ~24 saat (bergantung kepada jumlah transaksi di Ethereum)
Yuran transaksi : bergantung kepada harga semasa Ether gas
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : Hibrid PoW dan PoS
Mining : Ya
Laman web : WaltonChain
Whitepaper : WaltonChain Whitepaper

Nilai pada 5 September 2018
Modal pasaran (USD) : $201,835,074
Harga (USD) : $5.03 

Nilai (BTC) : 0.00068222 BTC

Nilai (ETH) : 0.01765816 ETH
Rank (coinmarketcap) : 47

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.