Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa Jenis-jenis Piawaian Token ERC yang ada untuk Pembangun?

Tahukah anda token ERC-20 bukan satu-satunya token yang boleh dibangunkan di Ethereum?

ERC adalah singkatan kepada ‘Ethereum Request for Comments’. Ia adalah piawaian yang menentukan fungsi-fungsi yang diperlukan oleh sesuatu token, yang membolehkan aplikasi dan kontrak pintar berinteraksi dengan token. Terdapat banyak piawaian yang telah dicadangkan, tetapi 5 piawaian ini adalah yang paling popular.

ERC 20

ERC 20 adalah piawaian pertama yang dikeluarkan oleh Vitalik Buterin pada Jun 2015. Ia adalah piawaian token yang paling popular dan kebanyakan ICO yang mengeluarkan token menggunakan piawaian ini. Kelebihan utama yang diperkenalkan ialah apa-apa aplikasi atau kontrak pintar boleh berinteraksi dengan sesuatu token dengan cara yang sama tanpa perlu mengetahui butiran lanjut tentang token tersebut. Sebagai contoh, token yang baru dilancarkan boleh menggunakan wallet dan bursa desentralisasi yang sedia ada tanpa memerlukan integrasi khas daripada pembangun. 

ERC 223

Piawaian ini menggariskan jenis token yang sama seperti ERC-20 dengan fungsi tambahan. Jika token ERC-20 dihantar ke kontrak pintar yang tidak dibina untuk berinteraksi dengan piawaian ERC-20, token tersebut tidak dapat diakses untuk selamanya. Walaubagaimanapun pemindahan sebegini jarang berlaku. ERC-223 mempunyai kaedah yang dipanggil ‘tokenFallback’ yang memastikan token hanya dihantar kepada kontrak dengan fungsi yang sesuai.

ERC-721

Matlamat piawaian ini ialah untuk mencipta token tidak ‘fungible’. ‘Fungibility’ adalah ciri komoditi yang unit individunya sama dan boleh ditukar ganti. Sebagai contoh, duit kertas RM1 adalah ‘fungible’ kerana setiap wang kertas RM1 boleh digantikan dengan wang kertas lain dan kedua-duanya mewakili perkara yang sama.

ERC-20 token juga ‘fungible’. Piawaian ERC-721 diperkenalkan untuk membolehkan sesiapa sahaja mencipta token berasaskan Ethereum yang tidak sama antara satu sama lain. Tidak ada dua token ERC-721 yang sama, dan ia boleh dianggap sebagai koleksi yang unik.

ERC 621

ERC-621 adalah lanjutan daripada Piawaian ERC-20. Ia menambah dua fungsi, meningkatkan dan mengurangkan jumlah token. Ini boleh meningkatkan dan mengurangkan bekalan token dalam edaran. ERC-20 hanya membenarkan satu penerbitan token. Ini mengehadkan bekalan kepada jumlah tertentu yang tidak dapat diubah. ERC-621 mencadangkan jumlah bekalan boleh diubahsuai.

ERC 827

ERC-827 juga merupakan lanjutan dari piawaian ERC-20. Ia membolehkan pemindahan token dan membenarkan pemindahan diluluskan oleh pemegang untuk dibelanjakan oleh pihak ketiga. Ini sangat berguna untuk situasi yang memerlukan perbelanjaan dengan jumlah yang dinamik oleh pihak ketiga berdasarkan beberapa kriteria yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Paling penting, ia adalah lanjutan dari ERC-20, jadi ia juga bersesuaian dengan ERC-20.

Piawaian ERC lain

Lebih banyak cadangan piawaian yang diperlukan untuk menjadikan keseluruhan komuniti Ethereum lebih baik. Kini hanya menunggu masa untuk komuniti Ethreum bersetuju dan meluluskan piawaian piawaian yang baru serta menyesuaikannya supaya ia benar-benar boleh digunakan bersama piawaian ERC-20.

Penulis: Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.