Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa sudah jadi dengan Pitis Coin?

Surat Terbuka Buat Pitis Coin

Pendahuluan :

Baru-baru ini saya mendapat berita yang Pitis Coin sudah berjaya menempatkan diri ke dalam listing Coin Market Cap. Ia merupakan berita gembira buat saya yang telah membeli Pitis Coin ketika ICO walaupun harganya belum meningkat naik. Jadi saya menulis artikel ini ke pihak Coin.my tentang pandangan dan cadangan saya secara terbuka terhadap pengurusan Pitis Coin.

Pitis Coin dikeluarkan oleh Koperasi Dinar Dirham atau Kodinar yang diketuai oleh Haji Wafa dan Dato Amat. Koperasi ini asalnya ditubuhkan mereka berdua untuk memberi sokongan kepada skim Dinar Dirham yang dimiliki oleh Dato Arai Ezzra. Itulah sebabnya nama koperasi mirip nama skim pelaburan Dinar Dirham.

Ketika sesi penerangan tentang Pitis Coin, Haji Wafa telah memberitahu yang mereka telah putus hubungan dengan Skim Dinar Dirham. Jadi Pitis Coin tiada kena mengena dengan skim Dinar Dirham. Menurut Haji Wafa, mereka telah diperalatkan dan dikhianati oleh Skim Dinar Dirham. Untuk pengetahuan, Haji Wafa merupakan “leader” Skim Dinar Dirham yang mempunyai downline dan network sebesar 40 ribu orang.

Tetapi kenyataan pihak koperasi secara rasmi tidak dapat dijumpai di mana-mana ruangan rasmi koperasi atau Pitis Coin. Yang ada hanyalah, kenyataan rasmi Skim Dinar Dirham yang menamatkan hubungan dengan koperasi. Begitu juga tidak terdapat kecaman daripada pihak Haji Wafa terhadap skim tersebut seolah-olah Haji Wafa menjadi prokai skim tersebut untuk “exit way” Skim Dinar Dirham melalui penjualan Pitis Coin.

Saya juga difahamkan yang yang Haji Wafa tidak berani menyerang Skim Dinar Dirham secara terbuka kerana sayangkan pendapatan yang dia masih perolehi dari “overrding” skim tersebut. Jadi saya katakan kekuatan 40 ribu ahli komuniti yang Haji Wafa gembar gemburkan selama ini sebenarnya jumlah “downline” dia sahaja kerana keahlian koperasi tidaklah seramai itu.

Masalah :

1. Masalah paling utama adalah Pitis Coin dianggap sebagai projek Skim Dinar Dirham.
2. Haji Wafa ialah frontline Skim Dinar Dirham.
3. Nama Haji Wafa sudah tidak cun kerana telah terlibat dengan beberapa Skol Ponzi yang telah tersontot sebelum ini.
4. Tiada pengumuman daripada pihak Pitis Coin mahupun koperasi tentang hubungan mereka.
5. Terlalu berdiam diri dan tidak responsif seoalah-olah segala dakwaan tersebut adalah benar.

Ketelusan :

1. Jumlah kutipan tidak diumumkan secara rasmi.
2. Tiada angka atau audit bagaimana dana yang dikumpul dibelanjakan.
3. Tiada laporan rasmi tentang aktiviti koperasi mengenai Pitis Coin.
4. Haji Wafa dan pasukan di dalam Pitis Coin secara tiba-tiba memiliki kereta mewah dan mahal.
5. Pitis Coin dibiarkan tiada harga dan tiada pengumuman tentang usaha menaikkan kembali harga Pitis Coin.

Cadangan dan nasihat :

1. Menyaman mana-mana pihak yang menuduh koperasi atau pitis coin adalah scam. Jadi agresif seperti coin.my yang menyaman sesiapa saja yang didapati memfitnah mereka.
2. Mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap Skim Dinar Dirham, Arai Ezzra dan mengecam aktiviti mereka secara terbuka.
3. Melakukan audit terhadap pengunaan dana Pitis Coin secara telus dan terbuka.
4. Melantik penasihat shariah untuk Pitis Coin dan koperasi.
5. Sedia keluar berdialog dengan sesiapa sahaja tentang Pitis Coin dan aktivitinya.

Sekian, terima kasih.

Penulis Hantu- Pembeli Pitis Coin Yang Sedang Rugi

[Disclaimer : Artikel ini ditulis oleh penulis hantu. Segala cadangan, kenyataan dan nasihat datang dari pihak penulis. Pihak Coin.My tidak terlibat atau bertanggungjawab terhadap kesalahan fakta yang dikeluarkan oleh penulis.]

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads