Default – Above Header Ads

Apa yang Hebat tentang Ontology?

Sejarah dan tujuan penciptaan Ontology

Ontology merupakan projek matawang kripto yang berasal dari Shanghai. Matlamat utama yang ingin dicapai oleh Ontology ialah untuk mecipta sebuah ekosistem yang mempunyai pelbagai jenis blockchain yang dapat memenuhi keperluan pihak kerajaan dan pihak pengurusan bisnes. Skop projek Ontology adalah besar dan dengan tujuan penciptaan ekosistem Blockchain utama, akan terdapat banyak private chain dan consortium chain yang akan berhubung sekali dengan menggunakan Ontology public chain di masa hadapan.

Secara amnya, Ontology  bertindak seperti penghubung yang menghubungkan antara pihak kerajaan, bisnes dan individu-individu kepada sebuah hub utama ekonomi digital, iaitu NEO. Antara sebab yang membawa kepada penciptaan projek Ontology ialah kesan penerimaan yang teramat kecil dari pihak perusahaan bisnes swasta dan juga kerajaan terhadap teknologi Blockchain.

Projek Ontology dan NEO merupakan salah sebuah projek yang berada dibawah syarikat Onchain. Onchain merupakan sebuah syarikat persendirian yang diasaskan oleh Da HongFei dan Erik Zhang dimana pada masa yang sama merupakan pengasas Antshares yang telah dijenamakan semula sebagai NEO. Antara sumbangan terbesar Onchain aialah pembangunan standard terbuka yang membolehkan pembinaan modular public, private dan consortium chain beroperasi antara satu sama lain.

Ciri-ciri dan fungsi-fungsi tyang terdapat didalam rangkaian Ontology

Fokus projek Ontology dari segi teknologi adalah untuk mencipta sebuah rangkaian peer-to-peer (p2p) yang boleh digunapakai oleh berlainan sistem, industri, peranti, applikasi dan blockchain. Dalam erti kata lain, Ontology cuba untuk menukar dan menginovasikan proses untuk mewujudkan rangkaian amanah yang digunakan ketika ini kepada yang lebih canggih, selamat dan desentralisasi.

Antara fungsi-fungsi Ontology ialah ianya boleh digunakan sebagai sistem untuk menguruskan identiti peribadi dan menghubungkan bisnes dan kerajaan kepada ekonomi pintar baharu. Pengurusan identiti didalam Ontology bersifat lebih tepat, mudah dan selamat, dimana dengan menggunakan pelbagai sumber data seperti TheKEY, NEO ID dan blockchain kerajaan ketepatan identiti setiap individu boleh disahkan.

Sistem yang digunapakai juga membolehkan setiap individu menguruskan indentiti masing-masing dan membolehkan hanya orang-orang dan organisasi-organisasi yang dipercayai untuk mengakses mana-mana bahagian data mereka. Sistem pengurusan identiti ini amat penting kerana ianya berupaya untuk menyimpan data-data kesihatan, data-data perbankan dan maklumat peribadi.

Fungsi-fungsi penggunaan Ontology dari segi perusahaan dan kerajaan pula ialah ianya dapat menghubungkan mereka dengan ekonomi pintar sambil menyimpan data-data sensitif mereka secara selamat. Hal ini adalah penting kerana setiap perusahaan dan kerjaan mempunyai maklumat-maklumat sensitif yang tidak ingin dikongsi di public chain. Maklumat dan data-data ini biasanya disimpan didalam private dan consortium chain mereka yang tersendiri.

Usaha sama dengan projek NEO

Pada peringkat awal, ramai diantara pengguna dan pelabur-pelabur matawang kripto yang berpendapat bahawa projek Ontology dan projek NEO merupakan saingan antara satu sama lain. Pendapat ini tercetus kerana keduadua projek tersebut berasal daripada China dan kedua-duanya menyediakan kebolehan untuk mencipta dan menggunakan kontrak pintar dan aplikasi desentralisasi.

Namun begitu, pendapat ini adalah tidak tepat, malah, kedua-dua projek ini bekerjasama dan membantu satu sama lain. Melihat pada asas projek Ontology, ianya dapat meningkatkan penggunaan NEO dengan membenarkan mana-mana individu yang mempunyai data-data sensitif untuk menyimpan data mereka pada private sidechain tetapi dalam masa yang sama dapat berinteraksi dengan ekonomi pintar.

Selain itu, pada bulan Mei 2018, kedua-dua projek ini juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan mengetengahkan usahasama mereka dalam 4 perkara iaitu identiti digital dan penukaran data, piawaian terbuka kontrak pintar, integrasi data dan penyelidikan rangkaian silang (cross chain) supaya boleh beroperasi secara penuh dan lengkap. Infrastruktur Ontology yang lengkap membolehkan rangkaian utama Ontology boleh berinteraksi dan bekerjasama dengan bukan sahaja NEO tetapi juga projek-projek Blockchain lain.

Risiko Ontology

Kejayaan projek Ontology boleh dilihat terikat dengan kejayaan ekosistem NEO. Namun begitu, ketika ini kerajaan China dan banyak perusahaan-perusahaan besar yang melabur secara besaran dengan projek NEO. Ini membuat kebarangkalian untuk keseluruhan projek untuk gagal adalah teramat tipis. Selain itu, kumpulan Onchain juga telah banyak mengimplementasikan private dan consortium chain kepada pelangan perusahaan antaranya ialah projek platform aset digital enterprise, projek rangkain pengenalan, projek pengesahan data elektronik dan platform ekuiti crowdfunding.

Harga pasaran ontology

Ketika ini, Ontology (ONT) boleh dijual beli dengan harga USD 1.92 di beberapa pertukaran perdagangan seperti Binance, DigiFinex, Huobi dan Gate.io. Penukaran pasangan matawang dengan Ontology terbesar adalah USDT dengan peratus volum yang lebih daripada 76%. Menurut coinmarketcap, sepanjang penyenaraian ONT sejak awal bulan Mac 2018, harga tertinggi jualan pada pasaran yang pernah direkodkan adalah sebanyak USD 10.71 pada 4 Mei 2018 dan harga terendah jualan pada pasaran adalah sebanyak USD 1.07 pada 19 Mac 2018.

 

Maklumat tentang Ontology

Nama token : Ontology
Penanda token : ONT
Umur : 5 tahun
Konsep : Implementasi Blockchain dalam Perniagaan
Pencipta : Da HongFei dan Eric Zhang
Jumlah bekalan : 1,000,000,000 ONT
Dalam edaran : 207,016,949 ONT
Pre-mine : Ya
Masa Blok : N/A
Ganjaran Blok : N/A
Algorithm : N/A
Protokol konsensus : Verifiable Byzantine Fault Tolerance (VBFT)
Mining : Tidak
Laman web : Ontology

Nilai pada 24 Oktober 2018
Modal pasaran (USD) : $368,424,129
Harga (USD) : $1.78

Nilai (BTC) : 0.00027471 BTC

Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/monacoin/
Rank (coinmarketcap) : 28

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.