Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ardor Berjaya Tangani Isu Skalabiliti Blockchain?

Ardor, Persaing sengit Ethereum

Sifat amanah merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam semua perkara terutamanya perniagaan. Hari ini bank adalah satu badan dipercayai untuk menyimpan wang. Begitu juga syarikat e-dagang yang diberi kepercayaan untuk menyampaikan barang pesanan yang dipesan tepat pada masanya. Sekarang, bagaimana jika sifat amanah ini diimplementasikan dalam teknologi canggih yang menyokong transaksi kompleks dan membantu dalam setiap aspek perniagaan?

Ardor telah berkembang dari NXT Foundation. Ardor merupakan salah satu penyelesaian baru yang direka khas untuk menyelesaikan semua masalah skalabiliti dan penyesuaian yang dihadapi oleh teknologi Blockchain legasi kini. Ardor telah menyelesaikan masalah ini dengan pelbagai cara yang telah terbukti dan diuji.

Kelebihan yang ada pada Ardor

Ardor sebenarnya bukan sekadar satu sistem Blockchain yang biasa dilakukan oleh Blockchain Ethereum dan Bitcoin. Ia menggunakan satu sistem baru dimana ia mempunyai satu rantaian induk dengan pelbagai rantai anak. Ardor sudah mempunyai rantai anak bernama Ignis. Ianya dicipta oleh pasukan pembangunan Jelurida B.V untuk membuktikan kelebihan yang ada dan menguji prestasi Ardor.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Ardor dibantu oleh cryptocurrency Nxt, yang sebelum ini dilancarkan pada tahun 2013 dan merupakan platform pertama yang berjaya melaksanakan algoritma PoS. Masalah utama Nxt adalah saiz Blokchainnya yang membuat setiap nada memuat turun jumlah data agak banyak. Ardor cuba memperbaiki masalah ini dengan pelaksanaan blockchain dinamik serta menggunakan sistem rantaian induk dan anak.

EXMO affiliate program

Token ARDR adalah token yang menggunakan konsensus Proof-of-Stake dan dengan ini ia dapat menyediakan keselamatan untuk semua rantai anak. Token rantaian anak digunakan sebagai unit urus niaga nilai dalam rantaian anak-anak sahaja.

Selain itu, platform Ardor menawarkan sistem pemesejan yang selamat. Seperti yang kita tahu hari ini, kebanyakan sistem pemesejan yang ada menjadi semakin tidak selamat kerana ia menyimpan data kita pada satu sistem sistem yang berpusat. Hal ini menjadi lagi serius apabila adanya pihak ketiga yang cuba membeli data peribadi kita dan menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik.

Jadi dengan adanya sistem pemesejan yang berteraskan blockchain ini, ia sudah pasti dapat menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini kerana sistem ini akan menghantar mesej dan fail yang disulitkan tanpa menggunakan sistem berpusat.

Seterusnya, CoinShuffle. Dalam bahasa mudah ia akan mencampurkan coin anda dengan coin lain dalam satu transaksi. Hal ini supaya ia dapat menambahkan lagi privasi coin anda. Pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan kelebihan ini atau tidak kerana ia mungkin akan mengenakan cas tertentu jika mereka menggunakan kelebihan ini.

Lebih menarik lagi, Ardor mempunya kelebihan untuk menggunakan plugin. Jadi pengguna dapat memasang plugin pada sistem ini bergantung kepada fungsi yang mereka inginkan. Perkara ini bakal membuka banyak kemungkinan yang akan terjadi pada masa hadapan.

Akhir sekali, Ardor marketplace. Ardor mempunyai satu sistem pasaran di mana sesiapa sahaja boleh membeli dan menjual barangan fizikal mahupun digital didalam pasaran tersebut. Perkara ini sudah pasti akan mendapat pelbagai komen yang negative mahupun positif dari kalangan masyarakat. Penulis yakin bahawa sistem pasaran ini pasti akan menjadi satu sistem pasaran yang hangat pada masa akn datang.

Saingan yang dihahdapi oleh Ardor

Ardor menawarkan antara interface yang mudah digunakan yang tidak memerlukan pengetahuan untuk coding. Ini mengurangkan lagi halangan untuk masuk dan membolehkan pengguna biasa untuk membuat cryptocurrency sendiri, aset digital atau transaksi pintar mereka sendiri. Ethereum pula menawarkan tahap penyesuaian yang lebih tinggi, tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan kod Solidity untuk dapat menggunakannya. Bahasa Solidity ini tidak banyak orang memahaminya. Perkara ini sudah mengurangkan jumlah pengguna untuk menggunakan Ethereum.

Ardor juga telah menjadikan dirinya lebih mudah untuk berskala, lebih cepat dan yang paling penting ia selamat. Selain itu, sekiranya Ignis digodam, hanya satu rantai yang akan dikompromikan dan bukan keseluruhan mata wang yang berada di Ardor.

Setiap smart contract Ethereum tunggal disimpan selama-lamanya pada rantaian yang sama. Rantaian Ethereum berkembang pesat dan mungkin akan menjejaskan kontrak tersebut. Rantai anak di Ardor tidak terlibat dalam menjaga keselamatan rangkaian, jadi mereka tidak perlu menyimpan keseluruhan transaksi. Urusniaga pada rantai anak akan dimusnahkan dan hanya hash urusniaga tersebut akan disimpan dalam rantai induk.

Roadmap serta Masa Depan Ardor

Ardor telah pesat berkembang pada tahun 2017. Dalam evolusi produk pertama mereka, mereka memulakan tahun ini dengan beberapa matlamat utama dalam pembangunan untuk melancarkan Ardor ke pasaran:

Dengan pelancaran Ardor secara terbuka pada tahun 2017, terdapat banyak kemas kini yang giat dilakukan oleh pasukan pembangunan. Malah, pada bulan November lepas, Ardor telah menambah aset dan pemisahan komposit yang telah mendorong mereka untuk berpindah ke blok genesis sepenuhnya.

Rumusan

Ardor adalah inovasi yang dicipta oleh developer Nxt, iaitu Jerulida yang bertindak untuk menangani isu-isu skalabiliti, kerahsiaan dan fleksibiliti. Walaupun ia berkongsi prinsip dengan banyak kriptografi, Ardor direka untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan yang pengguna tidak mungkin dapat dari blockchain lain. Makna utama yang tidak berubah walaupun dan menjadikannya sangat cenderung untuk meningkatkan ciptaan nilai kripto pada 2018.

 

Maklumat tentang Ardor

Nama coin : Ardor
Penanda token : ARDR
Umur :  2 tahun 8 bulan
Konsep : Blockchain yang boleh diskalakan berdasarkan PoS
Pencipta : Jelurida
Jumlah bekalan : 998,999,495 ARDR
Dalam edaran : 998,999,495 ARDR
Pre-mine : Ya
Kelajuan Transaksi : 1 blok seminit
Ganjaran Blok : bergantung (dokumentasi)
Protokol konsensus : PoS
Mining : Ya
Laman web : Ardor
Sumber Bacaan : Whitepaper

Nilai pada 12 Disember 2018
Modal pasaran (USD) : $49,951,728
Harga (USD) : $0.050002

Harga Tertinggi (USD) : $2.03
Harga Terendah (USD) : $0.009112
Nilai (BTC) : 0.00001445 BTC

Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/ardor/
Rank (coinmarketcap) : 69

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads