Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Augur (REP Token) : Platform Ramalan Masa Hadapan

Apa itu pasaran ramalan?

Anda pernah dengar tentang pasaran ramalan (prediction market)? Senang cerita pasaran ramalan adalah pasaran yang dicipta dengan tujuan untuk jual beli (baca:bertaruh) ramalan tentang sesuatu peristiwa. Menarik bukan?

Konsep pertaruhan ramalan ini mula timbul sejak awal 1500 lagi dalam pertaruhan politik, di mana orang ramai bertaruh siapa yang akan menjadi pengganti seorang ketua. Contoh lain adalah pertaruhan tentang anugerah-anugerah untuk pelakon dan artis. Beberapa penyelidikan menemui bahawa keuntungan daripada pertaruhan tentang pilihan raya di Amerika Syarikat merangkumi 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan untuk kempen pilihan raya.

Di bawah adalah contoh bagaimana pasaran ramalan berfungsi:

Augur, platform ramalan masa depan

Augur ialah satu platform pasaran ramalan yang memberi ganjaran kepada pengguna yang dapat meramal dengan tepat keputusan akhir sesuatu acara, pertandingan atau program yang akan berlangsung. Augur ditubuhkan bertujuan untuk membuat ramalan yang lebih tepat oleh majoriti orang ramai dan bukan sekumpulan pakar kecil yang menentukan keputusan ramalan. Keputusan akhir sesuatu acara diramal menggunakan prinsip ‘kebijaksanaan orang ramai’ (‘wisdom of the crowd’). Dengan kaedah ini, maklumat yang dikumpul oleh orang ramai adalah purata kemungkinan yang paling realistik dan akan menghasilkan kemungkinan yang paling dipercayai. Pengguna yang meramal jangkaan yang tepat akan mendapat ganjaran manakala yang meramalkan jangkaan yang salah akan mengalami kerugian.

Augur adalah platform desentralisasi yang dibina di atas Ethereum Blockchain dan menggunakan smart contract pada tahun 2014. Augur membolehkan sesiapa sahaja untuk membuat, mamasarkan, atau memantau ramalan pada mana-mana topik. Dibina diatas rangkaian desentralisasi menjadikan ianya unik berbanding pasaran ramalan yang lain. Malah, Augur tidak boleh dihalang oleh mana-mana kerajaan yang menganggap pasaran ramalan sebagai perjudian kerana ianya desentralisasi. Tambahan pula, dengan Augur, ribuan laporan mengenai hasil pasaran ramalan akan di laporkan oleh pemegang token Reputation (REP), menjadikan ianya sumber yang boleh dipercayai. Ini kerana, dalam pasaran ramalan yang berpusat (centralization), seseorang yang menentukan keputusan pasaran akhir, berkemungkinan akan berlaku ketidakadilan dalam keputusan ramalan.

Apakah jenis ramalan yang boleh dibuat?

Dengan Augur, sesiapa sahaja walau dimana seseorang itu berada dapat membuat ramalan bertanyakan pelbagai soalan. Sebagai contoh, jika anda berpendapat Pakatan Harapan akan memenangi PRU ke-14, Lee Chong Wei dapat mengalahkan Lin Dan, atau harga Bitcoin akan mencecah RM100 ribu pada masa akan datang, maka anda perlu membeli saham dalam hasil yang anda ramalkan. Jika keputusan dari ramalan anda tepat, anda akan mendapat keuntungan.

Apa itu Reputation ($REP)?

Reputation ialah token yang digunakan bagi menjalankan platform Augur. Majoriti peserta Augur tidak akan menggunakan REP. Walau bagaimanapun, sangat penting untuk memahami bagaimana REP berfungsi. REP token dihadkan bekalannya kepada 11,000,000. Pemegang REP token perlu melaporkan dengan tepat mengenai hasil atau keputusan sesuatu acara yang diramal didalam Augur setiap beberapa minggu.

Jika pemegang REP token gagal untuk melaporkan keputusan acara tersebut dengan betul dan tepat, atau bertindak tidak jujur, augur akan mengambil REP token dari pemegang yang gagal melaporkan dengan betul dan memberikan REP token kepada pemegang yang berjaya melaporkan dengan betul.

Peserta Augur tidak perlu REP token untuk menggunakan Augur. REP token hanya digunakan oleh pemegang REP, lebih dikenali sebagai ‘reporter’ untuk melaporkan hasil/keputusan acara. Peserta yang membuat taruhan di platform Augur akan menggunakan ETH, atau mana-mana cryptocurrency Ethereum yang lain dan bukannya REP token.

Dengan memiliki REP, dan mengambil bahagian dalam memberi laporan yang tepat hasil dari sesebuah acara, pemegang REP layak menerima sebahagian daripada bayaran pasaran Augur. Semakin banyak REP yang dimiliki, dan dapat memberikan laporan yang betul, semakin banyak bayaran yang dapat dimiliki. Augur kini berada di tangga ke-40 dalam pasaran matawang kripto, dengan jumlah modal pasaran sebesar $1,197,592,000 dan nilainya kini adalah $108.87.

Untuk mendapatkan REP dan menjadi sebahagian dari ‘reporter’ yang melaporkan kesudahan sesuatu acara, anda boleh pergi ke laman web ini (https://buyingaugur.com/) dan mengikut langkah-langkah yang diterangkan. Namun, jika anda ingin membuat ramalan atau meneka ramalan yang ada, anda boleh pergi ke https://dev.augur.net

Kolaborasi

Pada may 2017, augur mengumumkan kolaborasi bersama IDEO. IDEO adalah syarikat reka bentuk global, melakukan inovasi dengan menumpukan kepada “design thinking” untuk mengubah sesuatu produk, servis, dan strategi perniagaan. Kerjasama antara IDEO dan Augur ini akan meneroka lebih mendalam tentang prinsip reka bentuk untuk aplikasi desentralisasi, serta menfokuskan pada ‘user interface’ bagi memudahkan pengguna.


 

Maklumat tentang Augur

Nama token : Augur
Penanda token : REP
Konsep : Platform Ramalan Masa Hadapan
Jumlah bekalan : 11,000,000 REP
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 11,000,000 REP
Pencipta : Jack Peterson dan Joey Krug
Kelajuan transaksi : ~ 24 saat (bergantung kepada kesibukan dalam rangkaian Ethereum)
Yuran transaksi : bergantung kepada harga semasa Ether gas
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : N/A
Mining : N/A
Laman web : http://www.augur.net/
Whitepaper : http://docs.augur.net/#local-ethereum-node

Nilai pada 26 Januari 2018
Modal pasaran (USD) : $851,871,900
Harga (USD) : $77.44 
Nilai (BTC) : 0.00744804

Nilai (ETH) : 0.07827230
Rank (coinmarketcap) : 36

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads