Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bagaimana Dash Kekal Relevan Sehingga Kini?

 

Siapa kenal coin di atas? Siapa yang masih lagi menyimpannya?

Buat yang tidak tahu, coin di atas adalah Dash. Dash adalah matawang kripto sumber terbuka dan juga satu bentuk decentralized autonomous organisations (DAO) yang dijalankan oleh satu kumpulan pengguna yang dipanggil “masternodes”. Dash dianggap matawang kripto paling private dalam dunia matawang kripto kerana ia menggunakan protokol PrivateSend yang diadaptasi daripada CoinJoin.

Penulis pernah menulis artikel tentang Dash disini: Dash ingin Mengatasi Bitcoin untuk Menjadi Matawang Pilihan.

Kalau tengok tajuk di atas, sudah tentu Dash masih tidak mampu melawan Bitcoin, dari segi harga mahupun jumlah perdagangan harian. Namun begitu, salah satu kelebihan Dash daripada Bitcoin adalah dari segi penggunaannya yang lebih meluas, dan ini juga menjadi antara sebab Dash masih relevan sehingga hari ini.

Apa lagi sebab-sebab lain yang menjadikan Dash kekal relevan?

1. Visi Dash

Dash dicipta pada 18 Januari 2014 oleh Evan Duffield, seorang pembangun software. Pada awalnya, Dash dipromosi sebagai matawang kripto privasi, di mana transaksi antara pengguna tidak boleh dijejak langsung – tidak seperti Bitcoin. Tambahan lagi, menurut Evan Duffield, infrastruktur sedia ada Bitcoin tidak membolehkan ia diskala untuk transaksi yang lebih laju.

Evan memutuskan untuk mengambil kod teras Bitcoin dan membina matawang kriptonya sendiri yang lebih privasi dan lebih pantas – makal lahirlah matawang kripto Dash.

Maju ke hadapan lima tahun kemudian, pencipta Dash telah mengubah visinya untuk menjadi “Wang tunai Digital yang anda boleh belanjakan di mana sahaja”. Peralihan visi Dash telah menjadikan ia relevan sehingga hari ini terutamanya di negara-negara yang menghadapi krisis ekonomi seperti Venezuela.

2. Ciri-ciri privasi dan infrastruktur Dash

Dash dikenali sebagai salah satu matawang kripto pertama yang fokus kepada anonymity dan juga kepantasan transaksi. Dan ciri-ciri ini hanya boleh diimplementasi kerana rangkaian nod dalam blockchain Dash yang dikenali sebagai masternode.

Antara peranan masternode dalam blockchain Dash adalah pentadbiran pembangunan Dash, perbincangan bajet bulanan dan juga pengundian untuk projek baru. Masternodes diperlukan dalam infrastruktur Dash kerana mereka memastikan privasi dan kepantasan transaksi Dash tercapai.

3. Strategi Pemasaran

Dash mempunyai matlamat untuk menjadi medium untuk transaksi harian. Untuk mencapai matlamat itu, Dash telah memulakan inisiatif di negara-negara yang menghadapi krisis ekonomi untuk eksperimen dengan matawang kripto.

Dash menggunakan pendekatan menjalin hubungan dengan komuniti secara langsung untuk menggalakkan penggunaan meluas. Selain daripada menarik peniaga masuk ke dalam rangkaian Dash, Dash juga menjalankan inisiatif seperti kutipan derma dalam matawang kripto untuk membantu komuniti di negara-negara yang menghadapi kesusahan.

Dash kini diterima oleh lebih 4,000 peniaga dan 700 ATM di seluruh dunia. Selain itu Dash juga menjalankan kerjasama dengan rakan kongsi strategik seperti IQ CashNow, untuk menjadikan ia lebih mudah untuk menggunakan Dash di negara-negara seperti AS, Eropah, Austria, Greek, Sepanyol, Itali, Turki dan Ecuador.

4. Insentif Ekonomi

Sistem Dash berbeza daripada sistem tradisional yang menggunakan Proof-of-Work. Ini adalah kerana Dash menggunakan algoritma X11 yang diadaptasi daripada Proof-of-Stake. Transaksi dalam sistem PoW perlu disahkan oleh semua nod dalam rangkaian itu. Proses itu direka bentuk untuk memastikan konsensus tercapai tanpa kuasa pusat, namun begitu memerlukan pelaburan yang besar untuk menjalankan nod penuh atau nod untuk melombong.

Disebabkan proses yang mengambil masa dan tenaga yang banyak, Bitcoin dilihat tidak sesuai untuk transaksi harian yang besar tanpa perlu diskalakan.

Dash pula menggunakan insentif ekonomi melalui penubuhan sistem Masternodes untuk memudahkan proses pengesahan transaksi. Masternodes, iaitu nod penuh yang mempunyai stake dalam blockchain Dash menyelesaikan masalah skalabiliti untuk transaksi. Ini adalah kerana sistem Dash mengurangkan bilangan nod yang diperlukan untuk mengesahkan transaksi kepada jumlah yang boleh diuruskan dengan mudah.

Selain daripada itu, Dash juga telah membina model pendanaan sendiri melalui pembahagian ganjaran blok antara tiga pemegang kepentingan – Masternodes, Miners dan Treasury. Masternodes dan Miners mendapat 45% daripada ganjaran blok dan 10% yang akan pergi ke Treasury digunakan untuk membiayai projek pembangunan Dash di masa hadapan yang diundi Masternodes.

Sistem Dash yang menggabungkan insentif ekonomi dan self-governance telah memastikan Dash kekal desentralisasi dan pada masa yang sama setiap pemegang kepentingan mempunyai insentif untuk memastikan Dash kekal relevan di masa hadapan.

Kesimpulan

Jelas mengapa Dash masih kekal relevan sehingga hari ini. Tetapi kemungkinan besar kelebihan utama Dash, seperti Bitcoin, Litecoin dan Ether adalah first-mover advantage. Kesemuanya adalah antara matawang kripto pertama yang diperkenalkan di dunia. Jadi sudah tentu mereka akan kekal di tangga teratas pasaran matawang kripto.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads