Default – Above Header Ads

Binance Coin, Matawang Kripto Bursa Pertukaran Terbesar Dunia

Binance Coin dan tujuan penciptaannya

Binance Coin (BNB) merupakan sebuah token ERC20 yang menggunapakai platform blockchain Ethereum. Menurut laman coinmarketcap, ketika ini, BNB merupakan token ke-14 dari segi ranking permodalan pasaran dan berada di belakang Dash. Token BNB dicipta oleh kumpulan Binance yang juga mencipta platform pertukaran perdagangan matawang kripto.

Tujuan asal penciptaan BNB adalah untuk membantu kepentingan platform pertukaran perdagangan Binance mereka dalam perdagangan dengan mengurangkan yuran perdagangan. Selain itu, BNB juga boleh digunakan untuk mengambil bahagian dalam ICO-ICO tertentu dalam program Binance Launchpad.

Pada tahun pertama, pelabur-pelabur BNB akan diberikan 50% diskaun di platform Binance apabila mereka mempunyai token BNB. Pada tahun ke-2, diskaun tersebut diturunkan kepada 25%, 12.5% pada tahun ke-3 dan 6.25% pada tahun ke-4. Selepas tahun ke-4, tiada diskaun akan diberikan.

Token BNB mempunyai jumlah tetap sebanyak 200 juta dan dijual dengan harga permulaan sebanyak 0.00005BTC. Menurut whitepaper Binance, mereka akan menggunakan 20% keuntungan mereka setiap suku tahunan untuk membeli dan membakar token BNB. Perkara ini dilakukan untuk memotong bekalan BNB dan mengatasi kesan penurunan permintaan menerusi pengurangan diskaun tahunan.

Binance juga telah mengumumkan kadar komisyen rujukan kepada pengguna-pengguna yang memegang lebih 500 BNB akan menjadi 40% daripada nilai asal sebanyak 20% pada 18 Mei 2018. Ini sekali lagi mewujudkan satu gelombang permintaan untuk BNB.

Sejarah platform pertukaran perdagangan Binance

Kadar permintaan dan pembelian BNB terikat dan bergantung dengan platform pertukaran perdagangan Binance. Oleh itu, pelabur-pelabur yang ingin membeli dan memegang token BNB harus memahami konsep dan bisnes platform Binance secara menyeluruh sebelum membeli token BNB.

Platform penukaran Binance merupakan sebuah platform yang menumpukan kepada pertukaran kripto kepada kripto berbeza berbanding sesetengah platform penukaran lain yang lebih menumpukan kepada pertukaran matawang fiat kepada kripto. Platform Binance menerima deposit melalui matawang kripto sahaja dan ketika ini, tiada sebarang yuran dikenakan pada deposit tetapi yuran akan dikenakan pada pengeluaran.

Binance dilancarkan pada 14 Julai 2017 setelah berjaya mengumpulkan USD15 juta dalam masa 2 minggu ketika ICO dijalankan. ICO tersebut telah menawarkan BNB kepada pelabur-pelabur kripto dengan tujuan utamanya untuk menurunkan yuran perdagangan. Semenjak pelancaran dan kejayaan Binance dan BNB, banyak syarikat-syarikat pertukaran perdagangan lain yang mengikut model perniagaan mereka. Binance berjaya menduduki tempat 3 teratas bagi platform pertukaran perdagangan setelah 156 hari pelancarannya dan menurut artikel medium sempena 1 tahun pelancarannya, Binance kini merupakan platform pertukaran matawang kripto nombor 1 di dunia.

Ciri-ciri di dalam platform pertukaran matawang kripto Binance

Semenjak pelancarannya, kumpulan Binance sangat komited untuk meningkatkan fungsi-fungsi platformnya dan sentiasa memberikan servis yang terbaik buat pelanggan-pelanggan yang menggunakan platformnya. Ketika ini, platform Binance boleh diakses dengan menggunakan aplikasi khas di kebanyakan sistem operasi seperti Windows, Mac OS, iOS dan Android.

Menurut rekod, semenjak pelancaran platformnya mereka memberikan khidmat pelanggan sepanjang masa kepada pengguna-pengguna mereka yang berada di serata dunia. Mereka juga telah menangani lebih 200 ribu permintaan sokongan oleh pengguna-penggunanya dan berjaya membantu pengguna menemui semula lebih 1.3 bilion token dan matawang-matawang yang hilang.

Komitmen mereka untuk mengekalkan kualiti platform mereka juga boleh dilihat dengan adanya penambahan matawang-penambahan kripto di platform mereka dari semasa ke semasa. Setelah setahun dilancarkan lebih 143 token dan matawang telah disokong di platform mereka. Selain daripada itu, Binance juga telah mengadakan beberapa pertandingan dan cabutan bertuah dimana hadiah-hadiah yang disediakan telah mencecah lebih daripada 4000 nilai BTC.

Dengan segala komitment dan sokongan yang mereka lakukan, tidak hairanlah Binance menjadi antara syarikat yang paling pantas melebihi USD 1bilion dalam penilaian di bawah jangka masa 6 bulan. Sepanjang kejayaan mereka, mereka juga telah berjaya menangani masalah-masalah penipuan, khabar angin dan rintangan yang berlaku di platform mereka dengan sangat baik dan efisyen. Melihat dari segi kejayaan platformnya, Binance Coin (BNB) sudah pasti akan terus berkembang dengan adanya  kualiti platform dan penanmbahan kes penggunaannya.

 

 

Maklumat tentang Binance Coin

Nama token : Binance Coin
Penanda token : BNB
Umur : 1 tahun 3 bulan
Konsep : Digunakan dalam Platform Pertukaran Binance
Pencipta : Changpeng Zhao
Jumlah bekalan : 200,000,000 BNB
Dalam edaran : 130,799,315 BNB
Pre-mine : Ya
Kelajuan Transaksi : 15 transaksi setiap saat
Ganjaran Blok : 3+0.05747+0.01298+0.3302 ETH ($700.6 USD)
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ada
Whitepaper : Binance Whitepaper
Laman web : Binance

Nilai pada 22 Oktober 2018
Modal pasaran (USD) : $1,265,030,342
Harga (USD) : $9.67

Nilai (BTC) : 0.00149899 BTC

Nilai (ETH) : 0.04730106 ETH
Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/binance-coin/
Rank (coinmarketcap) : 14

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads