Default – Above Header Ads

Bytecoin, Pengasas Matawang Kripto ‘Anonymous’

Bytecoin adalah umpama bapa coin bagi matawang kripto seperti Monero dan Dash yang kini bernilai berbilion-bilion dolar. Mengapa saya mengatakan bapa? Hal ini kerana coin seperti Monero dan Dash sebenarnya adalah matawang kripto yang telah difork dari Bytecoin.

Bytecoin merupakan matawang kripto pertama yang menggunakan algoritma CryptoNote. CryptoNote telah memberikan ciri privasi kepada Bytecoin berdasarkan ciri ring signatures. Bytecoin ini begitu unik dan menarik sehinggakan banyak projek popular hari ini adalah fork dari Bytecoin.

Seperti Monero (XMR), ianya telah difork dari Bytecoin. Satu lagi blockchain yang sangat popular pada ketika ini adalah Dash. Tanpa kewujudan Bytecoin mungkin coin-coin ini tidak akan dicipta.

Kelebihan Utama Bytecoin

Bytecoin mengiklankan dirinya sebagai altcoin yang benar-benar anonymous. Mari kita lihat dengan lebih dekat beberapa ciri yang ditawarkan oleh Bytecoin :-

  • Transaksi tanpa caj :- Rangkaian Bytecoin berfungsi sepantas internet. Pembayaran anda akan mengambil sedikit masa untuk diproses. Hal ini kerana pembayaran memerlukan pengesahan kriptografi.
  • Keselamatan yang dijamin :- Pasukan Bytecoin telah memaklumkan bahawa Bytecoin akan melindungi wang pengguna dengan cara yang paling selamat dengan ciri-ciri keselamatan yang dikemas kini dan menggunakan algoritma kritografi yang moden. Mereka juga telah memaklumkan bahawa jika penggodam ingin menggodam coin ini, penggodam memerlukan kuasa pengkomputeran yang besar.
  • Data peribadi dijamin selamat: Bytecoin mendakwa bahawa agak mustahil untuk mendapatkan maklumat tentang transaksi kewangan dan baki dompet anda melainkan anda memilih untuk mendedahkan maklumat tersebut. Hanya anda yang mempunyai kebenaran untuk menguruskan maklumat anda dengan pihak ketiga.

Bagaimana Transaksi Bytecoin berjalan

Bytecoin berfungsi dengan cara yang sama seperti matawang kripto lain. Sebagai contoh, jika anda memesan Grab untuk ke suatu tempat. Setelah anda sampai ke destinasi anda, anda akan menerima bil 1 BCN yang berisi alamat dompet syarikat Grab tersebut. Untuk membayar bil tersebut, anda perlu menyiarkan arahan ‘hantar 1 BCN dari Alamat_Wallet_Anda ke Alamat_Wallet_Grab’ ke rangkaian Bitcoin.

Setiap komputer dalam rangkaian Bytecoin akan menerima arahan ini. Kemudian, komputer-komputer ini secara kolektif akan memeriksa sama ada 1 BCN yang anda cuba menghantar ini sebenarnya milik anda atau tidak.

Rangkaian BCN sebenarnya tidak tahu siapa yang memindahkan 1 BCN kepada anda. Sistem hanya akan memeriksa tandatangan anda dan tidak mempunyai akses kepada data peribadi anda.

Kemudian, setiap komputer dalam rangkaian mengendalikan transaksi yang perlu diproses menjadi satu blok. Setiap komputer dalam rangkaian mengira blok transaksi yang sesuai untuk melindungi rangkaian daripada pemalsuan transaksi. Akhirnya, satu komputer dalam rangkaian mendapati struktur blok yang betul, yang menambah blok lain pada blockchain.

Setiap blok mengambil masa 120 saat untuk disiapkan. Pada masa ini, sistem menyemak kesahihan urus niaga dan memprosesnya. Kemudian, pada penghujung 120 saat, syarikat Grab kini memiliki 1 BCN anda.

Bagaimana Perniagaan Berfungsi Di Rangkaian ini

Perniagaan juga dapat memperoleh banyak keuntungan dari rangkaian ini sebagai individu. Ia boleh dipercayai dan mudah untuk perniagaan yang menggunakan rangkaian digital dan juga membantu mereka yang bersedia memperbaharui visi barangan umum dalam ruang rangkaian ini. Walau bagaimanapun, perniagaan juga dapat memanfaatkan keselamatan perniagaan mereka daripada penggodam, perlindungan data dan pemindahan segera tanpa sebarang bayaran.

Ia juga membantu mengurangkan risiko perniagaan kerana ia berorientasikan perniagaan yang terbuka dan adil. Tidak akan ada risiko pulangan automatik sebarang bayaran sebaik sahaja urus niaga selesai dan wang dipindahkan. Untuk mendapatkan wang yang dihantar kembali, kedua-dua pihak perlu bersetuju dan melakukan transaksi itu.

Sistem ini juga menggabungkan alat yang membantu untuk menjadikannya lebih mudah untuk perniagaan. Anda hanya memerlukan sambungan internet untuk menyertai rangkaian terbuka ini. Anda boleh menerima Bytecoin tanpa perlu risau tentang ketidaksesuaian coin ini dengan wallet yang anda gunakan kerana team developer Bytecoin telah menyediakan cara setup dengan manual yang terperinci bagaimanan untuk menyimpan Bytecoin ini dengan wallet yang sedia ada. Walau bagaimanapun, ahli pasukan Bytecoin juga bersedia memberikan lebih banyak bantuan dan panduan, jika diperlukan.

Saingan dari pelbagai sudut – Bytecoin vs Bitcoin

Transaksi Bitcoin akan dimasukkan ke lejar awam yang memberikan anda keupayaan untuk mudah menjejaki pemindahan antara dompet. Satu-satunya cara untuk mengekalkan urus niaga anda tanpa nama ialah dengan menggunakan dompet pihak ketiga yang dipercayai untuk mencampur transaksi tersebut.

Bytecoin menggunakan teknologi CryptoNote untuk memastikan urus niaga anda tidak dapat dijejak dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana transaksi. Setiap transaksi menggunakan kunci awam yang berlainan walaupun terdapat banyak transaksi dengan penerima yang sama. Perkara ini telah mengatasi masalah penggunaan semula alamat dan mengurangkan kebolehlaksanaan transaksi.

Untuk menghapuskan hubungan antara transaksi dan individu dalam transaksi, Bytecoin menggunakan ring signature. Dalam ring signature itu, tandatangan anda untuk menghantar dana akan dicampurkan dengan akaun lain yang mungkin di rangkaian.

Proof-of-Work (PoW)

Algoritma konsensus PoW Bitcoin sangat mengutamakan pelombong yang menggunakan mesin GPU dan ASIC yang kuat berbanding mereka yang cuba untuk menggunakan CPU. Ini menyebabkan rangkaian memusatkan diri di sekitar pelombong yang lebih berkuasa. Bytecoin cuba untuk menutup jurang antara kedua-dua kelas pelombong ini dengan mengimplemenkan algoritma baru iaitu Egalitarian Proof-of-Work (PoW).

Egalitarian PoW menggunakan protokol proof-of-work versi Scrypt, yang serupa dengan fungsi hashcash yang digunakan oleh Bitcoin. Perbezaan antara keduanya adalah Scrypt yang tidak terikat. Fungsi Scrypt adalah untuk membantu mengimbangi kuasa dinamik kerana GPU yang mahal hanya boleh berfungsi secara linear lebih baik daripada CPU mereka.

Masa Hadapan Bytecoin yang menarik

Pelan hala tuju ini agak tepat dengan perkembangan penting dalam pemasaran dan pembangunan perniagaan. Mereka telah mencapai perkongsian baru dalam perniagaan dan menubuhkan saluran komunikasi yang lebih aktif.

Dengan fokus pada privasi pengguna, Bytecoin bersaing dengan coin privasi yang lain seperti Monero, ZCash dan Dash. Perkara ini telah menunjukkan seperti ayah bersaing dengan anaknya dalam satu acara kerana Monero dan Dash sebenarnya merupakan fork dari kod Bytecoin.

Penutup

Bytecoin adalah salah satu projek blockchain tertua dan projek pertama yang memberi tumpuan kepada privasi untuk pengguna.

Walaupun dengan matlamatnya untuk menambahbaik Bitcoin, team developer itu menyatakan dengan jelas di dalam whitepaper mereka bahawa mereka tidak menganggap Bytecoin sebagai pengganti Bitcoin. Sebaliknya, mereka merasakan bahawa mempunyai banyak matawang yang kuat adalah bermanfaat kepada semua orang yang terlibat.

 

Maklumat tentang Bytecoin

Nama token : Bytecoin
Penanda token : BCN
Umur : 5 tahun
Konsep : Langkah Jelas ke Arah Masa Depan Privasi Anda
Pencipta : Nicolas van Saberhagen
Jumlah bekalan : 184,470,000,000 BCN
Dalam edaran : 184,066,828,814 BCN
Pre-mine : Ya
Kelajuan transaksi : 120 saat setiap blok
Algorithm : CryptoNight
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ada
Laman web : Bytecoin
Whitepaper : Bytecoin Whitepaper

Nilai pada 11 Oktober 2018
Modal pasaran (USD) : $80,471,554
Harga (USD) : $0.001562 

Nilai (BTC) : 0.00000025 BTC

Nilai tertinggi : $0.012671 (10 Januari 2018)
Nilai terendah : $0.000025 (2 Oktober 2015)
Rank (coinmarketcap) : 30

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads