Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Chainlink Pemain Besar Baru Kripto?

Chainlink adalah rangkaian oracle desentralisasi yang menghubungkan kontrak pintar kepada data dunia nyata. Infrastruktur selamat Chainlink ini membolehkan kontrak pintar dihubungkan dengan API (Application programming interface) untuk berkomunikasi dan memperoleh data dari sumber luaran. Chainlink adalah antara projek crypto terbaik yang dilaksanakan setakat ini. Chainlink ICO telah tamat pada September 2017. Pada 30 Jun 2019, jumlah dagangan harian Chainlink mencapai $ 930 juta iaitu paras tertinggi sepanjang masa pada harga $ 3.85 iaitu 30x lebih tinggi dari harga ICO. Pada masa penulisan, harga semasa Chainlink ialah $ 1.80.

Konsep

Kontrak pintar adalah kontrak digital yang menyediakan mekanisme untuk dilaksanakan mengikut pra syarat atau parameter yang ditentukan. Kontrak pintar memerlukan data untuk menentukan sama ada, atau bagaimana, ia perlu dilaksanakan. Walaupun kontrak pintar selamat, ianya juga bergantung kepada keselamatan data input. Kontrak pintar tidak dapat berhubung dengan data dunia sebenar dan ia tidak dapat memastikan sama ada data tersebut diberikan dengan betul.

Oleh itu, interaksi yang betul antara kontrak pintar dan data dunia nyata adalah sangat penting. Data input yang betul adalah titik utama di sini. Untuk menjadi benar-benar berguna, kontrak pintar memerlukan banyak data input, serta pelbagai output untuk berinteraksi dengan sistem luar.

Kontrak pintar boleh disambungkan kepada data input melalui nod tunggal. Walau bagaimanapun, ia menjadikan keseluruhan kontrak pintar boleh dipercayai seperti nod. Ini bermakna kegagalan dalam satu proses nod tunggal akan menjejaskan keseluruhan sistem. Ini adalah pendekatan berpusat yang berbeza dengan idea blockchain.

Itulah sebabnya Chainlink dibangunkan untuk menjadi rangkaian oracle desentralisasi. Rangkaian oracle Chainlink menjadikan proses data input selamat. Mekanisme ini didasarkan pada pelbagai Chainlink mengesahkan data yang sama.

Default – Inside Post Ads

Rangkaian Chainlink menyediakan input dan output yang boleh dipercayai dan tidak boleh diganggu untuk kontrak pintar

Keselamatan dicapai sebagai hasil daripada desentralisasi. Pelbagai oracle mengesahkan data input. Ini menjadikan keseluruhan kontrak pintar lebih terjamin dan boleh dipercayai dengan menghapuskan keperluan untuk bergantung kepada satu nod tunggal.

Penggunaan kontrak pintar dengan lebih luas tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, isu oracle adalah sangat rumit dan ia merupakan satu masalah perdebatan. Konsep oracle adalah berpusat atau desentralisasi adalah perkara yang samar kerana pelbagai jenis oracle memiliki kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.

Sebagai kesimpulan, idea utama di sebalik Chainlink ialah membangunkan oracle desentralisasi pertama untuk menyediakan kontrak pintar dengan data yang boleh dipercayai dan menjadikannya lebih berguna untuk dunia nyata.

Pasukan Chainlink

Chainlink direka oleh SmartContract.com, syarikat yang terletak di San Francisco Bay Area. Laman web Chainlink menunjukkan 11 ahli pasukan dan 8 penasihat. Antara ahli-ahlinya ialah:

  1. Sergey Nazarov, Pengasas bersama, dan Ketua Pegawai Eksekutif. Sebelum SmartContract.com, beliau mengasaskan Secure Asset Exchange dan CryptoMail.
  2. Steve Ellis, Pengasas bersama, dan CTO. Jurutera perisian profesional dan Pengasas Bersama Secure Asset Exchange.
  3. Dan Kochis, Ketua Pembangunan Perniagaan & Perkongsian Global. Mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan perniagaan, pembangunan korporat, perkongsian strategik, pengurusan hubungan akaun, dan pengurusan produk.

ChainLink mempunyai lembaga penasihat yang hebat, termasuk Andrew Miller – Profesor Madya Sains Komputer di University of Illinois dan penasihat Tezos dan Zcash, Hudson Jameson – pakar blockchain dan penyumbang Ethereum, dan Evan Cheng – Pengarah Kejuruteraan di Facebook dan penasihat kepada Zilliqa.

Komunikasi

Walaupun ada kesedaran yang ketara tentang kewujudan Chainlink di dalam komuniti kripto global, saluran media sosial hanya mempunyai saiz yang sederhana, dengan 5k di Telegram dan 32k di Twitter.

Laman web Chainlink penuh dengan maklumat. Terdapat dokumentasi teknikal untuk pemaju dengan panduan dan penjelasan. Walaubagaimanapun beberapa prinsip teras masih sukar difahami tanpa pengetahuan teknikal tertentu. Maklumat undang-undang ada di laman web juga.

Bagi perkongsian dan kerjasama, senarai kerjasama termasuk pelbagai syarikat dan organisasi antaranya Brave New Coin, Morpheus.Network, Wanchain, Data Sports Group, Celer, Hedera Hashgraph. Sebagai contoh, kerjasama dengan Hedera Hashgraph mempunyai matlamat untuk menyediakan rangkaian oracle desentralisasi untuk lejar awam yang diedarkan oleh Hedera.

Produk

Chainlink menggunakan token LINK, yang dibina di atas platform Ethereum. LINK adalah token ERC-20.

Penggunaan token LINK berfungsi sebagai kaedah pembayaran platform Chainlink. Ia digunakan untuk membayar pengendali nod untuk pengambilan data. Oleh kerana LINK adalah sebahagian daripada platform, nilai LINK dijangka berkembang dengan pertumbuhan keseluruhan platform.

Rangkaian Chainlink adalah rangkaian Chainlink nod. Nod membenarkan pemberikan data luaran terus kepada kontrak pintar. Data luaran mungkin mewakili API, blockchain, rangkaian, dan sebagainya. Nod dijalankan oleh pengendali nod. Menjalankan nod Chainlink tidak memerlukan token LINK.

Walaubagaimanapun, nod tersebut mungkin tidak dapat menyertai permintaan yang memerlukan deposit LINK. Pemohon boleh menentukan jumlah LINK yang semua nod mesti mendepositkan sebagai bayaran penalti jika nod tidak memenuhi permintaan tersebut. Walau bagaimanapun, bayaran penalti adalah pilihan, tidak semua permintaan akan memerlukannya.

Reka bentuk Rangkaian Chainlink mempunyai dua komponen: on-chain dan off-chain. Rangkaian on-chain terdiri daripada tiga kontrak utama: kontrak reputasi, kontrak padanan pesanan, dan kontrak agregat. Kontrak reputasi menjejaki metrik prestasi penyedia perkhidmatan oracle. Kontrak padanan pesanan mengambil perjanjian tingkat perkhidmatan yang dicadangkan, log parameter SLA, dan mengumpulkan tawaran dari penyedia oracle.

Aliran kerja di on-chain mempunyai tiga langkah. Pertama, oracle dipilih. Kedua, data dilaporkan. Akhirnya, keputusannya diagregatkan.

Bahagian off-chain dari rangkaian pula terdiri daripada nod Chainlink, disambungkan ke rangkaian Ethereum. Nod off-chain boleh menyediakan rangkaian Chainlink dengan maklumat yang relevan dalam industri yang berkaitan dengannya. Contohnya, nod yang dikendalikan oleh perkhidmatan pos boleh memberikan maklumat tentang data perkapalan.

Secara mudahnya, Chainlink adalah perisian perantara blockchain desentralisasi dan immutable, yang menghubungkan kontrak pintar dengan sumber data luaran dan API. Rangkaian Chainlink mempunyai token LINK yang berfungsi sebagai matawang kripto.

Ringkasan Chainlink
  • Rangkaian oracle desentralisasi.
  • Matlamat utama adalah hubungan kontrak pintar dan data dunia nyata.
  • Mewujudkan rangkaian, yang membolehkan kontrak pintar disambungkan dengan acara luar, API, atau kaedah pembayaran yang berkaitan.
  • Pasukan dan advisor yang kuat.
  • Tahap penyampaian maklumat teknikal yang baik.
  • Banyak rakan kongsi, termasuk Brave New Coin, Wanchain, Data Sports Groups, Celer, Hedera Hashgraph.
Kesimpulan dan Penilaian Chainlink

Chainlink adalah alat baru untuk memastikan kontrak pintar mempunyai input / output data yang boleh dipercayai. Inilah langkah penting ke arah hubungan yang lebih baik dengan kontrak pintar dan ekonomi dunia.

Kejayaan Chainlink akan bergantung kepada tiga faktor utama:

1. Penggunaan global kontrak pintar.

2. Permintaan oracle desentralisasi untuk kontrak pintar.

3. Keupayaan Chainlink berkembang menjadi oracle desentralisasi yang selamat dan boleh dipercayai.

Untuk mempunyai ketiga-tiga faktor ini bersama-sama adalah sangat mencabar, namun semuanya penting bagi kejayaan jangka panjang Chainlink. Chainlink adalah sebuah projek infrastruktur untuk industri blockchain yang memberikan potensi yang luar biasa.

Secara keseluruhannya, Chainlink merupakan sebuah projek dengan idea yang sangat bagus. Konsep dan penyelesaian teknikal yang dibawa oleh Chainlink membuatkannya sangat unik.

Penulis: Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.