Default – Above Header Ads

DigixDao Masa Depan Pelaburan Emas?

Kenapa Emas?

Untuk mengetahui tentang DigixDao, mari melihat kembali keseluruhan pasaran emas. Pada saat penulisan artikel ini, nilai keseluruhan emas semasa adalah 8 trilion USD. Sekiranya kita membandingkan antara emas dan matawang kripto, kedua-duanya saling berkait kerana ia mempunyai jumlah sumber atau token yang sangat banyak. Walaupun zaman kegemilangan emas telah lama berlalu, kita tahu harga emas telah menjadi sangat stabil dan ianya antara pelaburan yang boleh dipercayai.

Masalah dalam pelaburan emas adalah pulangan yang tidak seberapa (disebabkan harga yang stabil) boleh menjadi sangat membosankan, dan pembeliannya agak berisiko. Terdapat pelbagai cara untuk kehilangan wang atau emas anda tidak kiralah melalui yuran dan penipuan pihak ketiga ataupun kecurian dan rompakan. Anda hanya boleh menyimpan emas di rumah anda, ataupun bilik kebal yang disewakan dan kebanyakan bilik kebal hanya akan menerima pelabur jika mereka mempunyai lebih daripada jumlah tertentu untuk melabur, jika tidak anda boleh ditolak atau membayar yuran yang tinggi.

Apa Kaitan Emas dan DigixDao?

Digix adalah platform digital di mana pengguna boleh membeli emas. Ini bermakna selagi bilangan token DigixDAO tetap sama, nilai setiap token ini akan tetap sama dengan nilai emas.

DAO bermaksud Distributed Autonomous Organisation dan pada dasarnya ia merujuk kepada platform digital di mana dagangan kripto berlaku. Semua rekod dan peraturan dagangan ini disimpan dengan selamat di blockchainBlockchain merupakan lejar akaun digital dan disulitkan dengan selamat tetapi mengandungi semua maklumat mengenai perdagangan dan peraturan perdagangan untuk kriptografi khusus mereka.

DigixDao dibahagikan kepada dua token iaitu DGX dan DGD. Kedua-duanya mempunyai penggunaan yang berbeza dan melaksanakan pelbagai fungsi yang berbeza. Untuk menjelaskan projek ini dengan lebih mendalam, saya akan memberi tumpuan kepada DGX terlebih dahulu kerana ia merupakan bahagian utama projek.

Token DGX (Digix Gold)

Platform ini menggunakan token ERC20 iaitu DGX bagi pengguna untuk membeli emas. Pada asalnya token DGX adalah untuk mengikat harga barangan yang sudah stabil seperti emas. Ini akan menjadikan harga token stabil secara otomatik. Bagi setiap DGX yang dimiliki, mereka akan memiliki 1 gram 99.9% emas LBMC yang diluluskan dan disimpan di dalam peti besi di Singapura. Ini bermakna DGX benar-benar stabil dan tidak akan bergerak melainkan jika harga emas itu bergerak kerana 1 DGX dihadkan kepada harga 1 gram emas! Jadi, jika seseorang mempunyai 200 token DGX mereka akan dapat menebusnya untuk bar emas 200 gram.

Token DGD ( Digix DAO)

Token DGD yang dibuat tidak menfokuskan kepada mata wang sepenuhnya kerana kedua-duanya adalah hak suara dan kepentingan saham dalam token DGX yang akan datang. Memiliki token DGD memberi anda sesuatu yang serupa dengan keistimewaan pemegang saham apabila anda memiliki stok syarikat. Sebagai pemegang token DGD anda boleh mengundi mengenai cadangan pembangunan dan membantu membimbing arah tuju DigixDAO. Pemegang juga berhak mendapat diskaun dan rebat.

Terdapat banyak kekeliruan terhadap penggunaan sebenar sistem ganjaran DGX. Team DigixDAO telah keluar mengatakan bahawa memegang token DGD bukan satu cara untuk mencipta pendapatan pasif.

Menurut DigixDAO, memegang DGD tidak akan memberi anda hak kepada sebahagian daripada DGX yang dicipta seperti cara pemegang NEO berhak kepada GAS. Sebaliknya ganjaran akan datang daripada bayaran yang dikenakan untuk urus niaga dalam platform DigixDAO. Token DGD didagangkan secara bebas. Ianya boleh ditukarkan kepada token DGX selepas bayaran telah ditolak. Walau bagaimanapun, kedua-dua token ini diperlukan untuk membina sebahagian besar platform DigixDAO.

Sistem menggunakan dua token agak mengelirukan dan mengambil sedikit masa untuk difahamkan. Selain itu, kejayaan token DGX amat bergantung pada token DGD yang dilaburkan dan / atau yang didagangkan. Ini mungkin kelemahan terbesar bagi platform ini.

Proof of Provenance (PoP)

Mekanisme konsensus yang digunakan bagi token DGX adalah sistem Proof of Provenance (PoP). Dalam sistem ini setiap bar emas akan mempunyai maklumat dan maklumat tersebut akan disimpan di dalam blok Ethereum. Maklumat itu termasuk masa ia dicipta, nombor siri, sejarah penjagaannya serta yuran yang berkaitan dengannya.

Pada mulanya ia dipanggil Proof of Asset (PoA), namun pasukan Digix memutuskan untuk menukarkan kepada PoP untuk mengelakkan kekeliruan dengan mekanisme Proof of Authority (PoA) apabila menggunakan akronim “PoA”.

Proses ini melibatkan Asset Card, yang akan disahkan melalui tandatangan digital daripada setiap entiti yang telah dipilih untuk menyimpannya. Entiti ini terdiri daripada Vendor, Custodian dan Author yang akan melalui proses pengesahan seterusnya melalui proof of purchase dan resit deposit yang telah direkodkan.

Vendor adalah syarikat bulion emas ValueMax Singapore, Custodian adalah tempat penyimpanan emas di Singapura, The Safe House, dan Auditor adalah Bureau Veritas Inspectorate yang akan memeriksa kualiti dan kuantiti emas.

Saingan yang dihadapi DigixDAO

Pada masa yang sama, DigixDAO bukanlah satu-satunya platform yang cuba menawarkan matawang kripto yang disokong oleh emas atau aset-aset lain. GoldMoney juga merupakan salah satu projek yang bersandarkan emas. Ia menawarkan token digital yang disokong oleh emas yang bernilai $ 2 bilion yang dimiliki oleh mereka sendiri. Mereka telah menjadikan token mereka lebih berguna dengan menyediakan pemegang token tersebut dengan kad debit yang membolehkan pengguna benar-benar menggunakan emas mereka.

Selain itu, stablecoin juga menjadi saingan matawang kripto yang bersandarkan emas, contohnya Tether. Token ini bersandarkan nilai USD/EUR dan telah ada perancangan untuk menyandarkan Tether kepada matawang Yen pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, terdapat pertanyaan mengenai ketelusan syarikat yang mengeluarkan Tether dan mereka sedang menghadapi dakwaan dari Suruhanjaya Perdagangan Niaga Masa Hadapan A.S (U.S. Commodity Futures Trading Commission) untuk membuktikan aset rizab mereka.

Secara Keseluruhannya

Walaupun emas adalah aset yang amat bernilai, terdapat beberapa kesukaran untuk membeli dan menjualnya sebagai komoditi. Ia sangat berat dan memerlukan penyimpanan yang sangat selamat. Ia juga terdedah kepada yuran yang tinggi untuk insurans dan terdapat banyak middlemen yang akan cuba meningkatkan yuran mereka untuk memaksimumkan keuntungan mereka pada kos pembelian pengguna.

Dagangan emas digital adalah penyelesaian yang terbaik untuk perdagangan emas. Tambahan lagi, emas DigixDao ini disimpan dengan selamat di Singapura serta pada masa yang sama anda boleh berdagang di seluruh dunia tanpa perlu risau tentang aset anda. DigixDAO berjanji untuk mengekalkan harga dagangan emas mereka serendah mungkin dan menjadikan mereka prospek yang sangat menarik jika perdagangan emas adalah sesuatu yang anda berminat.

Seperti biasa, pengguna perlu berhati-hati ketika melabur dalam pasaran saham kerana walau dalam bentuk apa pun pengguna boleh kehilangan wang atau membuat keuntungan yang baik. Pastikan anda tidak melabur lebih banyak daripada yang anda mampu untuk kehilangan, tidak kira betapa pasti kepastian pelaburan anda yang dipilih.

Sumber: coinmarketcap.com

Maklumat tentang DigixDAO

Nama token : DigixDAO
Penanda token : DGD
Umur : 4 tahun
Konsep : Pemilikan Smart Gold Hari ini
Jumlah bekalan : 2,000,000 DGD (bergantung kepada permintaan emas dan saiz vault emas)
Untuk developer: 15% (300,000 DGD)
Pre-mine : Tidak
Dalam edaran : Tidak diketahui
Yuran transaksi : 0.13%
Pencipta : Kai C. Chng, Anthony Eufemio dan Shaun Djie

Nilai pada 5 October 2018
Modal pasaran (USD) : $76,098,812
Harga (USD) : $38.05 

Nilai (BTC) : 0.00581456 BTC

Nilai (ETH) : 0.17197130 ETH
Rank (coinmarketcap) : 83

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads