Default – Above Header Ads

Docademic Bakal Merevolusikan Penjagaan Kesihatan

Doacademic dan matlamat untuk menginovasikan sistem kesihatan

Docacademic merupakan satu matawang kripto yang ingin menginovasikan sistem perubatan dunia. Docacademic menggunakan singkatan MTC (Medical Token Currency) di pasaran penukaran matawang kripto. Matlamat utama Docacademic adalah untuk memberikan platform penjagaan kesihatan percuma kepada masyarakat umum. Aplikasi Docacademic boleh di muat turun di Android Play Store dan juga AppStore iOS. Aplikasi tersebut telah merekodkan penggunaan di 20 buah negara dan pernah mencecah sehingga 7000 pengguna ketika waktu puncak. Tujuan asal pembinaan applikasi tersebut adalah untuk memberikan kemudahan akses maklumat kesihatan kepada masyarakat umum yang sukar untuk mendapatkannya.

 

Ciri-ciri utama dan kebaikan Aplikasi Docacademic

Docademic menggabungkan teknologi Blokckchain, AI dan smart contract untuk membolehkan orang ramai mendapat akses kepada kemudahan kesihatan yang ada. Dua kebolehan diagnosis utama aplikasi tersebut ialah Internal AI Diagnosis dan juga External Aggregated Medical Doctor Diagnosis.

Bagi Internal AI Diagnosis, pada peringkat utama, pengguna boleh mendapatkan nasihat dan maklumat kesihatan oleh AI yang telah dilatih oleh doktor-doktor untuk mengenal pasti simptom-simptom penyakit. AI tersebut menggunakan maklumat yang diperoleh daripada percakapan dan teks pengguna untuk mendapatkan diagnosis yang menyeluruh.

Pada masa yang sama aplikasi Docacademic juga mempunyai doktor-doktor yang berkhidmat untuk memberi maklumat tambahan kepada penggunanya jika perlu. Melalui External Aggregated Medical Doctor Diagnosis, sekumpulan doktor pakar akan menggunakan semua maklumat yang diperoleh oleh aplikasi Docademic untuk membuat keputusan tentang rawatan dan perubatan yang sesuai dengan pesakit.

Docademic menggunakan tiga asas teknologi yang memastikan sistem berjalan dengan lancar, iaitu:

  1. User-matching Engine (UME): boleh memproses berjuta transaksi setiap saat
  2. Cross diagnosis HUMAN-AI Engine (CDHAIE): membolehkan diagnosis pesakit dibuat dengan cepat dan efektif. Apabila proses diagnosis dimulakan, dan permintaan melalui Docademic tinggi, pakar kesihatan akan mendapat cadangan dan sokongan daripada AI untuk memberikan diagnosis yang lebih menyeluruh dan cepat kepada pesakit melalui panggilan Video Telemedicine.
  3. Smart patient Routing (SPR): menguruskan rujukan kepada insitusi kesihatan yang besar seluruh dunia di mana perkhidmatan itu diberikan melalui Docademic. Pengkalan data pesakit akan menunjukkan semua maklumat tentang institusi kesihatan yang memberi rawatan kepada pesakit tersebut.

 

Platform Docacademic untuk menjual beli data kesihatan secara private

Selain itu, pengguna-pengguna aplikasi Docacademic boleh memberikan data dan maklumat kesihatan mereka kepada institusi kesihatan. Maklumat dan data pengguna yang diberi adalah private kerana identiti pengguna dihubung bersama private key pengguna. Dengan itu pengguna-pengguna lain di blockchain MTC tidak akan melihat atau akses data tersebut. Docacademic memberi ganjaran kepada doktor dan pengguna-pengguna yang membantu dan berkongsi data. Pada masa yang sama, Docacademic mengenakan bayaran kepada pihak yang ingin mengakses data di dalam blockchain tersebut.

Pasaran utama platform dan aplikasi Docacademic

Pada ketika ini, pasaran utama platform Docacademic tertumpu di rantau Amerika Utara dan Amerika Selatan. Menurut roadmap di laman utama dan whitepaper Docacademic, platform Docacademic akan menembusi pasaran di Eropah pada Q4 2018 dan di rantau Asia pada Q2 2019.

Harga pasaran dan pertukaran perdagangan MTC

Mengikut coinmarketcap.com, sehingga kini harga tertinggi pernah direkodkan oleh matawang kripto MTC ialah 0.44 USD pada 18 Jun 2018 dan harga terendah ialah 0.017 USD pada 12 Mei 2018. Namun begitu matawang MTC dilihat sedang jatuh bermula di pertengahan bulan Jun 2018. Kemungkinan kejatuhan harga MTC juga disebabkan oleh penurunan harga matawang BTC dan matawang kripto utama lain. Penurunan tersebut dilihat memberi impak kepada pelabur-pelabur yang kemudian menarik duit mereka daripada terus melabur di dalam MTC.

MTC boleh didapati dibeberapa pertukaran perdagangan namun sebahagian besar volume yang digunakan untuk menjual beli berada di TOPBTC dengan penukaran antara MTC dan BTC sebanyak 86.19% volume. Selebihnya berada di trading exchange seperti Sistemkoin, IDEX, LATOKEN dan lain-lain.

Kesimpulan

Walaupun ICO Docademic telah berlangsung pada bulan April 2018, Docademic diasaskan seawal Jun 2012. Ia adalah aplikasi yang telah established dan pada hari ini aktif dalam 20+ negara di Latin Amerika, di mana pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk mendapat akses kepada doktor 24/7. Semua perkhidmatan dalam aplikasi Docademic sudah pun live dan digunakan oleh 5000+ pengguna.

 

Maklumat tentang MTC

Nama token : Medical Token Currency
Penanda token : MTC
Umur : 6 tahun 2 bulan
Konsep : Matawang Kripto yang menjadikan Akses Kesihatan percuma
Jumlah bekalan : 1,000,000,000 MTC
Untuk awam : 650,000,000 MTC
Untuk pencipta : 200,000,000 MTC
Untuk rakan strategik : 150,000,000 MTC
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 220,629,589 MTC
Pencipta : Charles Nader
Kelajuan transaksi : ~ 24 saat (bergantung kepada kesibukan dalam rangkaian Ethereum)
Yuran transaksi : bergantung kepada harga semasa Ether gas
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : Proof-of-stake
Mining : Ya
Laman web : Docademic
Whitepaper : Docademic Whitepaper

Nilai pada 21 Ogos 2018
Modal pasaran (USD) : $24,353,386
Harga (USD) : $0.110381

Nilai (BTC) : 0.00001720 BTC

Nilai (ETH) : 0.00039261 ETH
Rank (coinmarketcap) : 175

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads