Default – Above Header Ads

Dulu Komuniti Bitcoin, Kini Bitcoin Cash Pula

Jika anda sudah menyertai dunia matawang kripto sejak dari tahun lalu, anda pasti sudah melalui peristiwa hard fork Bitcoin yang pertama, iaitu Bitcoin Cash. Siapa yang terlepas, mari penulis ringkaskan cerita.

Bitcoin Cash tercipta apabila terdapat perpecahan dalam komuniti Bitcoin yang ketika itu sedang dalam proses implementasi Segwit2x, yang kononnya akan menyelesaikan isu skalabiliti Bitcoin. Namun begitu, segelintir daripada komuniti Bitcoin (terutama miners) tidak bersetuju dengan Segwit2x dan akhirnya membuat keputusan untuk mencipta matawang kripto baru, Bitcoin Cash daripada hard fork Bitcoin.

Perkembangan Bitcoin Cash

Pada awalnya, macam biasalah semua hype yang mengelilingi Bitcoin Cash menyebabkan harganya di awal pelancaran hampir $600 tetapi dalam masa beberapa minggu harganya jatuh ke dalam lingkungan $300. Harga tertinggi Bitcoin Cash mencecah $4,000 sebelum menjunam jatuh seperti semua matawang kripto lain, dan kini ianya berada dalam lingkungan $500.

Persoalan yang selalu ditujukan adalah adakah Bitcoin Cash lebih baik daripada Bitcoin? Jika kita lihat dari segi pasaran modal, tentunya tidak. Bitcoin masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai matawang dominan di pasaran.

Dan dengan hype tentang hard fork akan datang, harga Bitcoin Cash melonjak naik setinggi USD$634 sebelum jatuh balik ke USD$512 sehari sebelum hard fork

Sensasi Bitcoin Cash : Hard Fork akan datang

Bitcoin Cash akan melalui satu hard fork yang akan memisahkan Blockchain Bitcoin Cash kepada dua, sekaligus mewujudkan satu lagi matawang kripto baru. Seperti yang kita tahu, Bitcoin Cash wujud daripada hard fork Bitcoin, dan pada 15 November 2018, Blockchain Bitcoin Cash akan melalui peristiwa yang sama.

Sebenarnya Bitcoin Cash akan menjalani hard fork untuk mengemaskini protokol Blockchain Bitcoin Cash dua kali setahun. Dan hard fork ini tidak diketahui umum kerana ia umpama kemaskini yang sudah dalam perancangan developers Bitcoin Cash. Tetapi hard fork kali ini gagal mendapat konsensus daripada komuniti Bitcoin Cash, dan Blockchain Bitcoin Cash akan berpecah kepada dua : Blockchain Bitcoin ABC dan Blockchain Bitcoin SV.

Kenapa ia berlaku?

Bitcoin ABC

Pada bulan Julai 2018, developer Bitcoin ABC, Amaury Sechet telah mencadangkan satu penyelesaian untuk mempercepatkan transaksi Bitcoin Cash, iaitu pre-consensus. Salah satu kelebihan Bitcoin Cash adalah “0-conf”, iaitu penghantaran transaksi serta-merta tanpa memerlukan pengesahan dan ia menjadikan Bitcoin Cash pilihan untuk beli jual barangan. Namun bagi Sechet ianya tidak mencukupi, kerana ia meningkatkan risiko untuk double-spend Bitcoin Cash.

Menurut Sechet, Bitcoin Cash mempunyai ciri-ciri yang ditentukan oleh pasaran dengan cara memilih limit yang lebih daripada permintaan pasaran. Contohnya untuk saiz blok. Bitcoin Cash membolehkan miner memilih untuk membentuk saiz blok yang mereka rasa sesuai. Ciri inilah yang membolehkan transaksi Bitcoin Cash disahkan dengan pantas.

Pre consensus pula merujuk kepada implementasi beberapa teknologi dalam Blockchain Bitcoin Cash yang membolehkan nod-nod bersetuju dengan bagaimana blok seterusnya akan dibentuk. Jika ia diimplementasi dengan baik, pengesahan boleh dilakukan sebelum blok baru dibentuk.

Bitcoin SV

Bitcoin SV, atau Bitcoin ‘Satoshi Vision’ diketuai oleh Craig Wright, Ketua Saintis di Nchain pula menolak cadangan Sechet itu dan mengatakan ianya adalah idea sampah. Kenyataan Craig Wright di Twitter menyebabkan komuniti Bitcoin Cash berpecah belah.

Wright juga telah mengeluarkan kertas cadangannya sendiri yang dinamakan “Satoshi Vision” yang mencadangkan saiz blok dibesarkan kepada 128MB.

Reaksi Komuniti

Kalau kita lihat gambar di atas daripada coindance, Bitcoin ABC mendapat sokongan sebanyak 37 peratus, manakala Bitcoin SV hanya mendapat 18.5 peratus sokongan sahaja. Antara yang menyokong idea pre consensus termasuk developer Bitcoin Unlimited, platform pertukaran Bitmex, Bittrex, Coinbase, dan mining pool gergasi Bitmain.

Bitcoin SV pula mendapat sokongan daripada CoinGeek, satu lagi mining pool gergasi yang lebih terlibat dalam komuniti Bitcoin Cash. Satu lagi syarikat besar yang menyokong cadangan Craig Wright adalah SBI Holdings. Dan dalam satu kenyataan media, kumpulan Bitcoin SV menyatakan bahawa ia akan melancarkan mining pool yang baru, yang berdasarkan protokol baru itu nanti.

Apa Anda Patut Lakukan?

Macam biasa tak perlu buat apa-apa lagi. Pastikan anda simpan Bitcoin Cash anda di tempat yang selamat. Hard fork dianggap peristiwa yang mempunyai risiko yang tinggi, kerana pada waktu itulah para scammer akan cuba untuk menipu pengguna menggunakan taktik yang berbeza, contohnya phishing scam. Ingat tak hard fork Bitcoin Gold bulan Oktober 2017 dulu? Sebanyak USD$3 juta berjaya dicuri melalui laman web phishing.

Jadi, antara langkah-langkah yang anda boleh ambil jika anda ingin mendapatkan matawang kripto baru nanti adalah:

  1. Simpan baki Bitcoin Cash anda di wallet yang baru dan dapat matawang kripto baru (jangan simpan di platform pertukaran tau!).
  2. Tunggu hard fork berlaku dan pindahkan kesemua baki Bitcoin Cash anda kembali ke wallet asal anda. Akhir sekali, export private key anda dari wallet baru ke wallet asal untuk mendapatkan matawang kripto baru (periksa kembali arahan daripada wallet provider).

Pastikan anda memegang private key anda sendiri, kerana jika anda tidak mempunyai private key, anda tidak akan dapat claim matawang kripto baru anda. Dan yang lebih penting, periksa dengan teliti setiap laman web yang anda buka. Ikuti akaun media developers Bitcoin Cash untuk maklumat lanjut dan kemaskini hard fork.

Selamat claim matawang kripto baru!

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads