Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Einsteinium, Matawang Kripto untuk Sains?

Einsteinium, matawang kripto untuk Sains?

Kita selalu dengar tentang matawang kripto untuk kegunaan kewangan, smart contractsupercomputer, storage dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan industri kewangan atau teknologi. Kali ini, penulis akan bercerita tentang matawang kripto untuk sains pula, yang penulis rasa sangat menarik.

Dilancarkan pada tahun 2014, Einsteinium atau EMC2 adalah sebuah matawang kripto peer-to-peer (P2P) seperti Bitcoin tetapi apa yang membuatkan matawang ini berlainan adalah objektifnya yang dikatakan filantropi. Ia digunakan untuk mengumpul dana bagi penyelidikan saintifik, projek-projek IT dan matawang kripto.

Matawang ini berkait secara langsung dengan Yayasan Einsteinium (Einsteinium Foundation) yang dilancarkan pada 1 March 2017. Yayasan Einsteinium menyatakan ianya adalah sebuah crowdfunding platform yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada penyelidikan saintifik dan menyebarkan ilmu pengetahuan terhadap orang ramai mengenai teknologi blockchain. Yayasan ini telah menjadi organisasi non-profit yang pertama secara rasmi di dalam dunia matawang kripto dan mereka berharap untuk mendapatkan gran dan membina hubungan yang berkekalan dengan NPO (non-profit organisation) di seluruh dunia bagi menyokong segala projek-projek sains.

Amat mudah untuk memahami bagaimana proses pembiayaan dilakukan melalui Einsteinium. Ahli-ahli komuniti ini hanya perlu mengundi projek-projek yang layak untuk menerima dana dari Yayasan Einstenium. Dengan kata lain dan lebih tepat, proses ini dikenali sebagai mining. Dana akan dikumpulkan dalam kitaran Epoch, di mana kira-kira 25 hari diperlukan bagi miners membina 36,000 blocks ke lejar awam mereka. Pada penghujung setiap Epoch, miners berpeluang untuk mengundi dan menyokong projek-projek tersebut dengan dana yang terkumpul.

Einsteinium menggunakan pendekatan reduktif terhadap ganjaran mining. Ia dikatakan semakin banyak block mining, semakin kurang ganjaran seseorang miner. Matawang ini juga menggunakan pendekatan “Wormhole Event” dimana terdapat peristiwa rawak yang akan berlaku dalam setiap Epoch di mana seseorang miner akan menerima ganjaran yang lebih tinggi daripada ganjaran biasa. Walaubagaimanapun, ianya telah dimansuhkan selepas hard fork pada September 2017. Di samping itu, bekalan EMC2 juga telah dikurangkan sehingga 25% atas faktor untuk meningkatkan nilai matawang kripto ini.

Sedikit penjelasan pada bahagian teknikal Einstenium ialah ianya menggunakan konsep proof-of-work, sama sahaja seperti Bitcoin, dan ia mempunyai sejumlah 245 juta koin. 2.5% daripada setiap blok akan pergi ke Yayasan Einsteinium di mana 2% daripadanya akan diberikan kepada projek sains dan 0.5% pula untuk faucets, derma, dan kos marketing.

Pada waktu penulisan ini, Einstenium (EMC2) hanya berharga $0.92 USD atau RM3.01 MYR. Di sini kita boleh melihat matawang ini tidak terletak di mana-mana berhampiran dengan matawang kripto yang paling berharga seperti Bitcoin, Ethereum dan Ripple. Bagaimanapun, Einsteinium layak menerima pengiktirafan untuk kreativiti dan keunikannya. Jika anda seorang yang minat kepada sains dan penyelidikan, dan juga seorang yang bersifat memberi, anda boleh membeli matawang kripto ini di POLONIEX, BITTREX, CRYPTOPIA dan UPbit.


 

Maklumat tentang Einsteinium

Nama token : Einsteinium
Penanda token : EMC2
Konsep : Pembiayaan Penyelidikan Saintifik
Jumlah bekalan : 245,000,000 EMC2 (dikurangkan daripada 299,792,458 EMC2 selepas hard fork)
Peruntukan kepada pencipta : Tiada
Peruntukan untuk pembiayaan projek : 2% setiap blok
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 216,351,538 EMC2
Pencipta : Malden Trifunovic
Tempoh pembentukan blok : ~ 60 saat
Algorithm : Scrypt
Protokol konsensus : Proof-of-Work
Mining : Ya
Laman web : https://www.emc2.foundation//
Whitepaper : Tiada

Nilai pada 23 Januari 2018
Modal pasaran (USD) : $128,588,537
Harga (USD) : $0.594350 
Nilai (BTC) : 0.00005700
Rank (coinmarketcap) : 148

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads