Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

GoChain Platform DApps 100x Lebih Baik dari Ethereum

GoChain adalah sebuah platform yang akan menjimatkan kos serta tenaga dalam mata wang krypto dan aplikasi desentralisasi pada masa akan datang. Platform ini dimaklumkan telah dibina daripada sumber kod Ethereum. Untuk menyelesaikan masalah desentralisasi, GoChain merancang untuk memperkenalkan algorithm yang dikenali sebagai Proof-of-Reputation (PoR). PoR adalah kemas kini yang lebih kukuh dan lebih selamat daripada mekanisme Proof-of-Authority (PoA). Menggunakan PoA, blok dan transaksi disahkan oleh individu yang diluluskan terlebih dahulu (dikenal sebagai pengesah) pengesah dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti identiti dan pemprosesan transaksi mereka di rangkaian.

Bagaimanapun dalam PoR, syarikat akan digunakan sebagai pengesah di tempat individu. Hal ini kerana sebuah syarikat dengan reputasi yang lebih banyak kehilangan berbanding individu. Untuk membuat model PoR berfungsi, GoChain merancang untuk menggunakan 50 syarikat permulaan yang disokong oleh VC di 50 negara yang berbeza sebagai pengesah. Mereka percaya bahawa ini akan membuat rangkaian sukar dikompromi kerana tiada kerajaan boleh masuk dan mengawal rangkaian.

Pada masa sekarang, Bitcoin hanya dapat memproses hanya sekitar 7 transaksi per saat (tps) dan Ethereum pula hanya dapat memproses sekitar 13 transaksi per saat (tps). GoChain  telah  memaklumkan bahawa platform mereka dapat memproses sekitar 1300 transaksi per saat (tps). Hal ini demikian kerana Gochain dibina untuk bekerja dengan penyelesaian rantaian seperti Raiden atau Plasma, platform GoChain mungkin dapat memproses transaksi dengan lebih cepat berbanding platform-platform yang sedia ada.

Kelebihan pada Gochain

Seperti yang telah diperkatakan di atas, platform Gochain dapat memproses sebanyak 1300 tps. Perkara ini sahaja telah membuat individu di dalam dunia kripto menjadi rambang mata. Selain itu, platform ini juga akan mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk memproses blok-blok. Menurut pasukan mereka, platform ini menawarkan 1,000 ke 10,000 kali lebih mesra alam berbanding platform yang lain.

Di samping itu, platform ini juga telah merancang untuk melancarkan sistem smart contract yang baru di mana ianya membolehkan parti untuk menaik tarafkan kontrak, mengubah terma/syarat tertentu dan membetulkan bug didalam kod kontrak. Smart Contract ini juga boleh dihentikan buat sementara atau dihapuskan.

Token Gochain (GOC) juga dijangkan akan mematuhi ERC20 dan dijangka akan digunakan untuk yuran atau untuk menjalankan smart contract serta DApps di platform tersebut. Hal ini telah dapat meyakinkan lagi bahawa platform Gochain ini akan menjadi satu platform yang hangat pada masa akan datang.

Keputusan Testnet Gochain

Testnet Gochain telah dilancarkan pada 19 Mac 2018 dan telah mengikut apa yang dijadualkan seperti di dalam pelan tindakan (roadmap). Platform tersebut telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan pada awalnya iaitu 1300 transaksi per saat, 100 kali lebih daripada Ethereum. Perkara ini telah menunjukkan bahawa Gochain bakal mendahului platform sedia ada. Hal ini kerana kebanyakan masalah yang dihadapi sekarang adalah transaksi yang lambat ketika rangkaian sibuk. Masalah tersebut mungkin dapat diselesaikan melalui platform ini.

Roadmap

Siapakah dibelakang team Gochain?

Gochain dikata mempunyai team yang sangat mengagumkan. Antaranya ialah Travis Reeder (Chief Software Architec) yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun membina sistem berskala besar dan cloud infrastructure services. Travis adalah pengasas 4 syarikat-syarikat teknologi yang berjaya. Baru-baru ini beliau telah menubuhkan Iron.io di mana mereka mempelopori serverless cloud computing dan meraih $ 17 juta dari firma VC Silicon Valley VC termasuk Bain Capital, Sapphire Ventures dan Venture Baseline.

Roman Kononov (Senior Software Engineer) berpengalaman selama 12 tahun dalam developing software dan salah seorang pasukan kejuruteraan terkemuka. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang sangat meluas dalam cyber security dan telah membantu beberapa syarikat lain dalam menghadapi ancaman siber.

Kesimpulan

Sejak GoChain ini diperkenalkan, ianya telah menjadi buah mulut di dalam forum-forum dunia krypto dan di saluran telegram di mana sesetengah individu menggelarkannya sebagai pembunuh Ethereum kerana Ethereum hanya dapat mencapai 13 tps berbanding Gochain yang mampu memproses 1300 tps. Platform ini juga akan menjadikan dunia krypto semakin hangat di mata dunia. Projek ini juga bermatlamat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam rangkaian Ethereum sekarang.

Gochain juga menghadapi beberapa saingan untuk meneruskan projek mereka seperti Kontrak pintar menjadi semakin sesak dengan projek-projek baru muncul seolah-olah keluar dari udara tipis pada masa-masa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Berita terkini tentang GoChain

  • Disenaraikan dalam platform pertukaran Bittrex
  • Menjadi penaja rasmi acara “Tokenizing Health Summit” di Nashville, Tennessee
  • Disenaraikan dalam matawang kripto yang disokong wallet Trezor
  • Minggu ke-empat Ogos 2018, harga GoChain naik sehingga 96 peratus dari $0.030 ke setinggi $0.072
  • Disenarai pendek untuk undian sebagai salah satu matawang kripto dalam platform pertukaran OKEx dan Binance.

 

Maklumat tentang GoChain

Nama token : GoChain
Penanda token : GO
Umur : 3 bulan
Konsep : Lebih bijak, lebih baik, lebih cepat, lebih hebat
Jumlah bekalan : 1,000,000,000 GO
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 504,689,203 GO
Pencipta : Jason Dekker
Kelajuan transaksi : 1300 transaksi setiap saat
Yuran transaksi : bergantung kepada harga semasa Ether gas
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : Proof-of-reputation
Mining : Ya (authorized signers)
Laman web : GoChain
Whitepaper : GoChain Whitepaper

Nilai pada 3 September 2018
Modal pasaran (USD) : $195,487,889
Harga (USD) : $0.068686 

Nilai (BTC) : 0.00000952 BTC

Rank (coinmarketcap) : 147

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.