Default – Above Header Ads

ICON, Penghubung Blockchain Sedunia

Sejarah dan matlamat ICON

ICON (ICX) merupakan matawang kripto yang diasaskan oleh Dayli Financial Group, sebuah organisasi bernilai USD 4billion, pada tahun 2016. ICON juga  pernah digelar sebagai “Ethereum Korea”. Menurut ICON, dunia kini giat berkembang tetapi terpisah antara komuniti dan masyarakat.

Sektor-sektor seperti hospital, institusi pendidikan, bank, pembekal insurans merupakan antara contoh sektor yang amat bergantung antara satu sama lain untuk beroperasi dengan lebih mudah dan efisyen. Kualiti perkhidmatan yang boleh diberikan oleh sektor-sektor ini kepada pengguna akan semestinya meningkat dan menjadi lebih bak sekiranya setiap sektor ini mempunyai akses kepada keselamatan data pengguna oleh industri-industri lain berkaitan.

Oleh itu, ICON bertujuan untuk ‘hyperconnect’ atau menghubungkan dunia kini, seperti yang ditekankan dalam abstrak whitepaper mereka bahawa antara matlamat mereka adalah untuk mengatasi halangan dunia kini yang memerlukan penggunaan data2 dengan menggunakan teknologi blokchain.

Penggunaan platform ICON

Platform ICON boleh dianggap sebagai koleksi penghubungan antara blockchain. Rangkaian blok yang dikawal secara bebas oleh sektor-sektor awam, yang boleh berfungsi dengan peraturan mereka sendiri, boleh beroperasi dalam platform ICON untuk bekerja dengan satu sama lain. Semasa dalam Nexus ICON, mereka mesti mematuhi peraturan tertentu, tetapi mereka boleh mempunyai sistem tadbir urus atas platform Blockchain masing-masing. Teknologi Nexus dan loopchain yang digunakan oleh ICON adalah ruang di mana lejar berbeza boleh bercakap dan berhubung antara satu sama lain.

Bursa Desentralisasi yang ditawarkan oleh ICON akan membenarkan mereka berdagang antara satu sama lain melalui token utama, ICX. Setiap nod akan mempunyai hak yang sama dalam pelarasan yuran transaksi ICX. Sistem ini memberikan ICON potensi untuk menjadi salah satu blockchain terbesar dan paling berskala di dunia kerana membiarkan platform-platform Blockchain melakukan apa yang mereka mahu, namun dalam masa yang sama, memanfaatkan keupayaan Blockchain lain dalam satu platform penghubung utama.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Keunikan yang ada pada platform ICON

Hakikat realiti yang harus diterima oleh setiap projek matawang kripto ialah projek tersebut memerlukan sistem teknikal yang munasabah, logik dan boleh diimplementasikan di dunia sebenar, bukan hanya sekadar kata2. Projek ICON memang mempunyai banyak aspek-aspek teknikal yang menarik dan berkebolehan untuk diimplementasikan. Anatara projek-projek kecil yang berada dalam perancangan ICON ialah penggunaan DAVinCI AI, sistem loopchain dan Nexus, Bursa Desentralisasi,   dan juga sistem konsensus LFT.

Teknologi DAVinCI AI digunakan untuk polisi pengedaran dan memastikan bahawa setiap nod dalam rangkaian mendapat ganjaran yang cukup dan adil. Tekologi loopchain pula adalah Blockchain perusahaan, dengan keserasian kontrak pintar, yang boleh disesuaikan mengikut operasi dan keperluan untuk berhubung dengan rangkaian lejar lain.

Sistem teknologi Nexus pula merupakan salah satu teknologi utama ICON, diamana ianya akan membolehkan orang mengambil bahagian dalam transaksi ICX, dan mencipta dan menggunakan aplikasi desentralisasi seperti di dalam Ethereum. Di dalam Nexus, setiap Nexus boleh disambungkan kepada yang lain, dan membolehkan hubungan sesama sendiri (interconnection) yang kukuh dan hebat. Selain itu, ICON juga bertujuan membuat Bursa Desentralisasi mereka yang akan menghubungkan Blockchain-Blockchain yang dikawal secara bebas dan oleh pihak-pihak awam, menggunakan token ICX.

Kadar pertukaran akan ditentukan oleh Protokol Bancor. ICON juga mempunyai sistem konsensus mereka yang tersendiri iaitu Loop Fault Tolerance (LFT), yang juga menyokong Byzantine Fault Tolerance dan dalam masa yang sama meningkatkan prestasi dengan menyatukan mesej di seluruh rangkaian. LFT menggunakan teknik yang dipanggil “berputar” untuk memilih nod utama dengan lebih mudah. Ia mengurangkan bilangan nod yang terlibat dalam konsensus, sehingga menjadikan rangkaian lebih efisien dan berskala.

Rangkaian dan Perkongsian Kukuh oleh projek ICON

ICON adalah salah satu projek matawang kripto yang utama apabila ia melibatkan perkongsian dan perkembangan rangkaian. Antara perkongsian dan hubungan yang dibina yang boleh dilihat adalah seperti dengan syarikat-syarikat perbankan, makmal-makmal penyelidikan Blockchain, syarikat-syarikat multinasional besar Korea dan projek-projek Blockchain lain.

Hubungan dan perkongsian rangkaian yang terdapat pada projek ICON ini menandakan bahawa projek ICON adalah sebuah projek matawang kripto yang kukuh dan mempunyai matlamat besar. Ianya juga boleh menarik minat pengguna-pengguna dan pelabur-pelabur matawang kripto untuk melabur dalam matawang ICX dengan memberikan lebih keyakinan dan jaminan kepada mereka dengan segala usaha perkongsian dan hubungan projek ICON dengan syarikat-syarikat tersebut.

Harga pasaran semasa ICX

Menurut laman coinmarketcap, ketika ini, matawang ICX berada di ranking ke-32 dan dijual beli pada harga USD0.70 dimana ianya telah menurun lebih daripada 80% harga tertinggi jual-beli yang pernah direkodkan iaitu USD12.11 pada 9 Januari 2018. ICX boleh dijual-beli di beberapa pasaran utama matawang kripto seperti Binance, DragonEx dan OOOBTC dimana lebih 85% daripada total volum penjualan berlaku pada 3 pasaran utama tersebut.

 

Maklumat tentang ICON

Nama token : ICON
Penanda token : ICX
Umur : 2 tahun 9 bulan
Konsep : Menghubungkan satu dunia
Pencipta : Dayli Financial Group
Jumlah bekalan : 800,460,000 ICX
Dalam edaran : 387,431,340 ICX
Pre-mine : Ya
Masa Blok : Satu blok 14.2 saat
Ganjaran Blok : https://bitinfocharts.com/ethereum/
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ya
Laman web : Icon Foundation
Whitepaper: ICON WP

Nilai pada 29 Oktober 2018
Modal pasaran (USD) : $7,061,642
Harga (USD) : $0.645387

Nilai (BTC) : 0.00009991 BTC

Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/icon/
Rank (coinmarketcap) : 36

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.