Default – Below Header Ads

Kenapa Binance Coin Hebat?

Binance: Gergasi Asia Yang Menggegar Dunia

Sesiapa sahaja yang terlibat secara aktif di dalam industri matawang kripto pasti tidak asing lagi dengan platform pertukaran Binance. Platform yang diasaskan oleh Changpeng Zao (CZ) pada asalnya berpengkalan di Hong Kong namun kemudiannya berpindah ke Malta yang dilihat lebih mesra kepada komuniti dan ekosistem aset digital.

Meskipun Binance adalah sebuat platform yang agak baru – ia dilancarkan pada tahun 2018 – namun ia pantas meraih populariti disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, jumlah penyenaraian ICO yang mengagumkan, sikap yang profesional. CEO yang mesra dan fi perdagangan yang rendah.

Binance sendiri dilancarkan menerusi ICO, di mana ia berjaya mengumpul dana sebanyak US$15 juta untuk membina dan melancarkan platform pertukaran tersebut. Pelabur yang melabur di dalam ICO tersebut menerima token Binance Coin (BNB) yang boleh digunakan untuk ditukar dengan token yang lain atau membayar caj perkhidmatan di Binance. BNB yang asalnya dijual pada harga US$0.10 sewaktu ICO kini sudah bernilai beratus kali ganda lebih mahal, memberi isyarat kepada keutuhan Binance sebagai sebuah platform pertukaran.

Di dalam artikel ini, kita akan membuat sedikit review ke atas beberapa aspek yang terdapat pada Binance.

Perkhidmatan Binance

Binance ialah sebuah platform pertukaran kripto-kepada-kripto; bermaksud ia tidak menerima matawang fiat. Hal ini membolehkan Binance bergerak dengan lebih bebas tanpa sebarang gangguan birokrasi atau peraturan buat masa ini. Pengguna boleh memilih interface ‘basic’ atau ‘advanced’.

Interface ‘basic’ membolehkan pengguna melihat pasaran dan pasangan dagangan dengan pantas, membolehkan pasangan dagangan ditukar dengan mudah. Interface ‘advanced’ memberi pengguna akses kepada alat pencartaan yang canggih.

Di Binance, pengguna boleh menukar pelbagai jenis matawang kripto dengan pasangan dagangan Bitcoin, Ether, BNB, XRP dan Tether. Di samping itu, baru-baru ini Binance telah membuat usahasama dengan Simplex untuk membekalkan perkhidmatan broker. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna membeli 6 matawang kripto yang berbeza menggunakan kad kredit.

Matawang dan Kaedah Pembayaran

Platform Binance hanya menerima deposit kripto sahaja. Semua jenis ‘coin’ yang disokong Binance boleh disimpan dan dikeluarkan daripada platform. Namun begitu, perkhidmatan broker di Binance membolehkan pengguna membeli matawang kripto yang berikut menggunakan kad kredit:

Hampir 100 jenis ‘coin’ boleh didagangkan, disimpan dan dikeluarkan daripada Binance. Semua ‘altcoin’ utama termasuklah Litecoin, Ripple dan Bitcoin Cash juga disenaraikan di Binance.

Binance Coin

Binance Coin adalah antara matawang kripto terbaru dalam pasaran matawang kripto, namun begitu, populariti yang diraih matawang kripto ini sudah setanding matawang kripto lain yang sudah lama wujud.

Kenapa ia hebat? Adakah disebabkan platform Binance sahaja?

Jawapannya ya dan tidak. Fungsi utama Binance Coin adalah sebagai “token utiliti”, di mana ia digunakan untuk membayar perkhidmatan dan yuran apabila berdagang dengan matawang kripto atau aset digital lain di platform Binance. Pengguna yang menggunakan Binance Coin selalunya mendapat diskaun di atas penggunaannya.

Apa yang mengagumkan adalah CZ telah berjaya untuk membekal dan mengekalkan iterasi yang berterusan kepada platform Binance yang menggunakan Binance Coin, di mana permintaan terhadapnya meningkat, bukan sahaja untuk digunakan, tetapi juga sebagai alat spekulasi dan instrumen pelaburan.

Pada tahun 2018, Binance Coin dibuka pada harga $5.92. Menjelang penghujung Januari 2019, ia naik 5% kepada $6.17. Ia tidak menghairankan, kerana Binance Coin baru sahaja diperkenalkan dan kenaikan ini dianggap organik untuk matawang kripto. Namun begitu, dalam masa satu bulan sahaja, Binance Coin telah naik lebih 50% dan berdagang pada harga $10.34.

Menjelang suku pertama tahun 2019, Binance Coin telah menikmati kenaikan lebih 200 peratus dalam masa tiga bulan sahaja. Dan pada waktu penulisan, Binance Coin didagangkan pada harga $30.77, angka yang berlipat kali ganda daripada harga pengenalannya tahun lalu. Dan menurut laporan The Block, Binance telah menikmati bulan yang terbaik pada bulan Jun, dengan jumlah perdagangan mencecah $60 bilion walaupun dengan kes godam yang berlaku, dan keuntungan Binance dijangka melepasi $100 juta dalam suku tahun kedua.

Caj Binance

Struktur caj di Binance sangat terkehadapan dan berpatutan berbanding platform pertukaran yang lain. Binance mengenakan caj pada kadar rata 0.1%; satu caj yang sangat menarik terutamanya kepada pengguna yang tidak mahu mencairkan aset mereka kepada fiat dengan segera.

Dibandingkan dengan platform pertukaran besar yang lain yang mengenakan caj sehingga 0.2%, Binance mempunyai kelebihan kompetitif, apatalah lagi apabila berurusan dengan pesanan yang besar.

Sekiranya pengguna menggunakan BNB yakni token Binance sendiri ketika berurusniaga, mereka akan memperoleh diskaun tambahan sebabyak 25%. Tiada caj dikenakan untuk deposit selain daripada caj blockchain yang mana caj ini dibayar oleh penghantar.

Caj pengeluaran dikenakan dan ia terhubungkait dengan caj transaksi blockchain. Caj pengeluaran ini seringkali dikemaskini bagi memastikan harga yang ditawarkan berpatutan.

Had Binance

Struktur had Binance adalah sangat mudah. Hanya had pengeluaran sahaja yang wujud di platform itu. Akaun yang tidak disahkan boleh mengeluarkan sehingga 2 BTC untuk setiap 24 jam. Manakala akaun yang sudah disahkan boleh mengeluarkan 100 BTC setiap 24 jam.

Proses pengesahan akaun memerlukan pengguna melengkapkan boring KYC and memberikan bukti pengenalan diri selain beberapa dokumen lain.

Kesimpulan

Binance adalah platform pertukaran yang semakin berpengaruh dan sering menjadi pilihan ramai pedagang kripto di luar sana kerana ciri-cirinya yang sukar ditandingi oleh platform lain. Meskipun masih terdapat beberapa kelemahan pada Binance (seperti matawang fiat yang tidak boleh digunakan), namun kelebihan yang terdapat padanya menjadikan ia dianggap sebagai platform pertukaran yang paling dipercayai di dunia.

Meskipun Binance tidak dikawalselia secara ketat oleh mana-mana pihak, oleh sebab sikap pihak pengurusan Binance yang profesional dan cekap dan rekodnya yang baik dalam mengendalikan -serangan-serangan penggodam, Binance telah berjaya membina reputasi yang sukar ditandingi oleh para pesaingnya. Binance benar-benar gergasi yang berjaya menggegarkan dunia kripto!