Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kepentingan Maker Token untuk Stablecoin Dai

Maker – Contoh Coin Terbaik untuk Industri Kripto

Apa sebenarnya Maker?

Maker DAO adalah organisasi autonomi yang terdesentralisasi dalam blockchain Ethereum. Maker berfungsi untuk meminimumkan ketidaktentuan DAI (stable coin) berbanding dengan dolar. Maker juga dikenali sebagai coin ERC20 yang paling berharga dalam keseluruhan matawang kripto dalam 50 yang teratas.

Seperti yang dikatakan, DAI adalah satu stablecoin seperti Tether, TrueUSD, USDVault, Bitshares dan lain-lain. Ini membawa maksud bahawa matawang kripto ini mempunyai harga yang stabil berbanding US dolar. Maker hanya akan menggunakan DAI sebagai satu medium perantaraan kepada masyarakat untuk mempunyai kuasa atau hak dalam memegang wang yang mampu mengekalkan kuasa pembelian kerana ianya lebih stabil berbanding US dolar.

Dengan Maker, sesiapa sahaja boleh memanfaatkan aset Ethereum mereka untuk mendapatkan DAI. Anda juga  boleh menggunakan DAI sama seperti anda menggunakan coin-coin lain. Sebagai contoh, pengguna boleh menghantar dan menerima atau menyimpannya untuk penjimatan jangka panjang.

Tidak seperti DAI, MKR mempunyai harga yang tidak menentu kerana peranannya yang penting dalam platform Maker dan bekalannya. MKR adalah penting untuk berfungsi dengan baik dalam platform Maker kerana ia merupakan utility coin dan digunakan untuk pengurusan platform.

MKR digunakan untuk membayar yuran pada Collateralized Debt Positions (CDPs) yang digunakan untuk menjana DAI. Sebaik sahaja yuran tersebut dibayar, MKR tersebut akan dibakar dan dilupuskan. Pemegang MKR juga mempunyai kuasa untuk mengundi mengenai logik perniagaan / masa hadapan perniagaan dan pengurusan risiko untuk sistem Maker.

Bagaimana coin DAI ini dapat dikaitkan dengan Maker?

Bagi memahami Maker, pengguna perlulah memahami bagaimana DAI ini berfungsi sebenarnya. Ianya bukanlah hanya matawang kripto yang biasa. DAI merupakan stablecoin. Dalam bahasa yang lebih mudah, tidak kira apa yang berlaku, harga 1 DAI tetap bersamaan dengan 1 US dolar. Perkara ini pasti membuatkan pembaca teringat Tether kerana 1 Tether juga bersamaan dengan 1 US dolar.

Akan tetapi anda harus tahu bahawa Tether tidak pernah membuktikan bahawa mereka betul-betul mempunyai 1 US dolar tersebut. Bagi menyelesaikan masalah syak wasangka ini, DAI telah mewujudkan satu sistem yang efektif dimana jika pengguna ingin menggunakan DAI, pengguna perlulah membuat deposit melalui matawang kripto yang lain atau aset digital yang lain sebagai cagaran.

Selepas pengguna membuat cagaran tersebut, pengguna akan mendapat maklumat tentang berapa jumlah DAI yang mereka akan dapat dan cagaran tersebut akan disimpan dan dikunci melalui kontrak pintar Maker. Memandangkan pedagang membiayai pinjaman sendiri, ia menampakkan ketelusan proses mendapat coin DAI.

Jadi mengapa pengguna akan melakukan perkara ini? Ianya sudah pasti tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kerana harganya yang tidak naik seperti kebanyakan matawang kripto lain.

Sebenarnya matawang yang stabil adalah sangat penting dalam sesuatu perdagangan. Katakanlah anda mahu membeli Bitcoin hanya jika harganya mencapai $6000. Jadi anda hanya akan berharap dan menunggu sehingga harganya akan jatuh. Tetapi jika harga Bitcoin menurun sudah pasti harga coin-coin lain pasti akan turut menurun.

Pengguna yang menyimpan untuk membeli Bitcoin akan kehilangan nilai seperti Bitcoin. Ini bermaksud bahawa ia bukanlah satu praktis yang baik untuk menunggu dan menyimpan. Dalam masa yang sama, harga stablecoin akan tetap sama iaitu 1 US dollar tidak kira apa yang berlaku dalam pasaran kripto. Jadi apabila harga coin tersebut jatuh, belilah ia menggunakan stable coin. Ini akan membantu anda mendapatkan keuntungan dengan mudah.

Anda pasti terfikir apa akan terjadi kepada harga DAI jika coin yang digunakan sebagai cagaran tersebut akan hilang harga serta merta? Adakah ia akan merugikan sistem ini?

Coin Maker penyelamat DAI

Jika harga matawang yang dicagarkan jatuh, coin Maker baru akan dikeluarkan dan ini dijual untuk membuat perbezaan. Dalam hal ini harga coin Maker turun, kerana terdapat lebih banyak coin Maker (MKR) dalam edaran. Walau bagaimanapun, jika harga matawang cagaran tetap sama atau naik, coin Maker tidak diperlukan dalam jumlah yang banyak. Coin MKR kemudian akan dimusnahkan dan akan menaikkan harga MKR.

Terdapat hanya sekitar 600,000 MKR dalam edaran pada ketika ini. Jumlah ini dikatakan sedikit bagi satu matawang kripto. Bitcoin mempunyai bekalan sebanyak 17 juta dan masih dikatakan agak sedikit bagi masyarakat. Coin Maker mewakili hanya kira-kira 3.5% daripada nilai itu! Hari demi hari Maker semakin digunakan oleh masyarakat. Hal ini telah mendorong harga setiap coin MKR menaik tanpa berhenti. MKR hanya kehilangan nilai baru-baru ini kerana pasaran kripto terhempas, namun mereka masih mahal pada $ 700 dan keatas.

Sistem Maker secara keseluruhannya adalah berdasarkan jangkaan bahawa dunia matawang kripto akan berkembang maju pada masa akan datang. Jika perkara ini betul-betul berlaku, Maker tidak perlu menyelamatkan cagaran DAI. Sebaliknya, pemilik MKR akan menjadi kaya dan menikmati hak untuk menggunakan pegangan MKR yang mereka miliki untuk mengundi dalam masyarakat Maker.

Maker contoh terbaik bagi matawang kripto

Maker Coin adalah salah satu konsep terbaik dalam dunia cryptocurrency dan ia telah menguatkan lagi pasaran untuk stablecoin seperti DAI wujud. Dengan adanya produk yang begitu kuat, masa depan coin Maker mungkin akan lebih cerah. Mereka yang melabur mungkin akan mendapat ganjaran besar apabila Maker akan lebih banyak digunakan dan industri kripto berkembang secara keseluruhan.

 

 

Maklumat tentang Maker

Nama token : Maker
Penanda token : MKR
Konsep : Realisasi potensi Blockchain
Pencipta : Rune Christensen
Jumlah bekalan : 1,000,000 MKR
Dalam edaran : 728,228 MKR
Pre-mine : Tidak
Kelajuan transaksi : ~24 transaksi setiap saat (14.07 saat setiap blok)
Yuran transaksi : bergantung kepada rangkaian Ethereum
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ada
Laman web : Maker

Nilai pada 26 Oktober 2018
Modal pasaran (USD) : $476,823,769
Harga (USD) : $654.77 

Nilai (BTC) : 0.10139887 BTC

Nilai (ETH) : 3.19608251 ETH
Rank (coinmarketcap) : 21

Coinmarketcap profile : https://coinmarketcap.com/currencies/ethereum-classic/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads