Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kyber Network: Penukaran Token Serta-merta

Kyber Network merupakan satu rangkaian pencairan (liquidity) yang desentralisasi untuk penggunaan penukaran token. Kyber Network dibina atas 3 prinsip reka bentuk utama iaitu platform agnostik, membolehkan penukaran serta-merta dan tiada ketidakpastian penukaran, dan kemudahan integrasi.

Bilangan token dan protokol didalam dunia matawang kripto bertambah setiap hari dengan kadar yang tinggi dan kebanyakan token-token tersebut hanya boleh diguna pakai dalam ekosistem mereka atau ditukar di dalam platform pertukaran matawang. Ini menimbulkan limitasi terhadap penggunaan dan kebolehterimaan token tersebut. Matlamat utama Kyber adalah untuk mengatasi masalah ini dan membolehkan token-token yang digunapakai dalam Kyber Network lebih berguna dalam kesuluruhan ekosistem matawang kripto, lebih mudah dicairkan dan boleh digunapakai secara lebih meluas.

 

Kebaikan umum Kyber Network terhadap peringkat-peringkat dunia kripto

Terdapat beberapa kebaikan umum bagi implementasi rangkaian pencairan yang desentralisasi oleh Kyber pada setiap peringkat. Pada peringkat wallet ianya membolehkan penukaran antara token secara serta-merta, di peringkat penjual ianya membolehkan penerimaan pelbagai token, di peringkat kewangan DApps ianya memperbaikkan tahap kecairan portfolio dan pada peringkat developer team token ianya membolehkan penggunaan lebih menyeluruh untuk token-token mereka.

KyberSwap

Menurut investinblockchain.com, Kyber Network merupakan salah satu daripada 10 token Ethereum di senarai Top 100 coinmarket yang mempunyai produk yang boleh diguna pakai. KyberSwap merupakan platform pencairan desentralisasi yang membolehkan pengguna-pengguna untuk membuat penukaran antara token-token dengan serta merta. Para pengguna boleh mengakses KyberSwap dengan menggunakan maklumat akaun peribadi Ethereum di MyEtherWallet (MEW), Metamask, Trezor dan Ledger.

Platform KyberSwap memberikan penukaran token dengan serta-merta dengan hanya diperingkat wallet tanpa perlu memasukkan dan melakukan transaksi-transaksi penukaran di exchange. Implementasi platform ini hanya di tahap permulaan. Menurut CEO Kyber Network, Loi Luu, di masa hadapan penggunaan Kyber Network akan lebih efektif.

Antara beberapa senario di beri contoh ialah penyimpan-penyimpan token boleh menggunakan token mereka untuk pembelian dan penukaran secara lebih lancar dan fleksibel. Wallet-wallet token akan mempunyai proses penukaran token yang telah dibina bersama. Vendors pula boleh menerima pembayaran dalam pelbagai token di platform mereka kemudian ditukar serta-merta secara automatik dengan token yang dikehendaki mereka dan pemegang matawang kripto boleh melabur dalam pelbagai token secara lebih mudah.

Ketika ini, penukaran KyberSwap mempunyai had maksimum sebanyak USD$3,000 bagi setiap transaksi dan maksimum USD$15,000 setiap hari. Pengguna boleh meningkatkan had asal dengan mendaftar untuk akaun Kyber Network.

Pelan tindakan dan target Kyber Network di masa hadapan.

Sehingga kini team developer Kyber Network berada seiring di atas landasan dengan pelan tindakan mereka. 3 keutamaan kumpulan Kyber merangkumi aspek kepelbagaian, kebolehoperasian dan kebolehan berskala. Untuk aspek kepelbagaian, kumpulan Kyber bekerjasama dengan pelbagai pihak dan membuka rizab-rizab untuk meningkatkan bilangan token untuk proses penukaran.

Kyber juga berhasrat untuk memberi sokongan kepada sistem cross-chain untuk memastikan kebolehoperasiandi masa hadapan. Bagi meningkatkan kebolehan berskala, Kyber akan mengimplementasikan ‘Gomos’ iaitu satu penyelesaian berskala yang akan merendahkan yuran transaksi penukaran dan meningkatkan kelajuan penukaran token di masa hadapan.

Kyber juga merancang untuk melaksanakan KyberGO di masa hadapan. KyberGO merupakan standard baru yang akan digunapakai dan diimplimentasi untuk penjualan token dimana ianya lebih desentralisasi dari segi pemilikan dan inklusif dan telus pada umum.

Harga dan platform pembelian token Kyber (KNC)

Ketika ini, harga jual beli KNC di pasaran adalah pada USD$0.35. Mengikut maklumat yang dipaparkan di  coinmarketcap.com, harga tertinggi yang pernah dicapai KNC adalah pada USD$5.84 pada 10 Januari 2018. KNC boleh didapati di pelbagai pasaran penukaran matawang kripto, namun sejumlah besar peratusan penukaran dan pembelian adalah di Bithumb dengan penukaran pasangan antara KNC dan Korean Won iaitu sebanyak 32.5% daripada total penukaran dan pembelian.

 

Maklumat tentang Kyber Network

Nama token : Kyber Network
Penanda token : KNC
Umur : 4 tahun
Konsep : Rangkaian Pencairan  Token yang Desentralisasi
Jumlah bekalan : 226,000,000 KNC
Untuk awam : 139,216,000 KNC
Pre-mine : Ya
Dalam edaran : 134,132,697 KNC
Pencipta : Loi Luu dan Yaron Velner
Kelajuan transaksi : ~24 transaksi setiap saat (bergantung kepada kesibukan rangkaian Ethereum)
Yuran transaksi : bergantung kepada rangkaian Ethereum
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ya
Laman web : Kyber Network

Nilai pada 18 September 2018
Modal pasaran (USD) : $48,139,587
Harga (USD) : $0.358895 

Nilai (BTC) : 0.00005729 BTC 

Nilai (ETH): 0.00181364 ETH 
Rank (coinmarketcap) : 102

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads