Default – Above Header Ads

Lisk, Matawang Kripto Pertama Menggunakan Sidechain

Lisk memudahkan pemaju-pemaju aplikasi menggunakan Blockchain

Lisk merupakan sebuah platform Blockchain yang ingin membolehkan pemaju-pemaju untuk membina aplikasi desentralisasi (seperti Ethereum atau NEO) yang berpandukan Blockchain dengan menggunakan Javascript. Dengan menggunakan platform Lisk, pemaju-pemaju boleh mencipta aplikasi desentralisasi yang mengguna pakai sidechain mereka yang tersendiri yang boleh disambungkan bersama platform Lisk.

Sejarah tercetusnya projek Lisk bermula pada tahun 2016 apabila Max Kordek dan Oliver Beddows mengetengahkan idea mereka untuk mencipta satu platform matawang kripto yang membolehkan pemaju-pemaju untuk membina dan menyebarkan aplikasi mereka dengan mudah. Hal ini boleh dilihat seperti yang berlaku pada blockchain Ethereum, dimana ianya membolehkan pemaju-pemaju untuk mencipta aplikasi desentralisasi dan kontrak pintar tetapi dengan menggunakan Solidity.

Penggunaan Solidity amatlah terhad kepada blockchain Ethereum, manakala Lisk bertujuan untuk membolehkan pemaju-pemaju menggunakan Javascript yang mana berpandukan github, dimana ianya merupakan bahasa programming nombor 1 dari segi populariti dan diguna ramai sejak 2012. Lisk dilihat sebagai lebih mesra pengguna kepada pemaju-pemaju aplikasi dan lebih komited untuk memberi kesedaran tentang penggunaan Blockchain kepada umum.

Produk Utiliti Lisk: Sidechain

Sejak kebelakangan ini, boleh dilihat banyak platform-platform Blockchain yang mempunyai masalah dari segi keselamatan dan skalabiliti. Dengan bilangan penggunaan yang meningkat setiap hari, rangkaian Blockchain mempunyai masalah dari segi bilangan transaksi yang boleh dilakukan setiap saat.

Antara solusi yang diberikan untuk masalah ini adalah dengan penggunaan sidechain, dimana transaksi boleh dilakukan berasingan daripada rangkaian utama, atau mainchain, namun boleh berinteraksi dengan mainchain apabila diperlukan. Sidechain memberikan pembangun tahap tertinggi untuk mengubah suai algoritma konsensus, skalabiliti rangkaian, penjejakan aset malah pelancaran beta kripto (testnet) dan penjejakan aset.

Antara projek yang menggunakan platform Lisk termasuk:

MadanaPlatform untuk analisa data yang menggunakan teknologi Lisk untuk membolehkan pengguna masuk ke dalam pasaran maklumat dengan maklumat mereka sendiri dan pada masa mengekalkan privasi mereka;

Rencoin: Matawang kripto yang diperoleh daripada penyertaan aktif kanak-kanak dalam aktiviti berdasarkan pendidikan. Dibina atas Lisk, nilai dunia sebenar usaha kana-kanak teragih semakin banyak yang mereka pelajari;

Sapiens Project: Protokol berdasarkan Blockchain yang dibina atas Lisk untuk sistem akademik dan pensijilan desentralisasi dengan integrasi pasaran kursus;

Brikbit: Ekosistem blockchain pertama yang membangunkan dan menguruskan keseluruhan operasi dalam industri hartanah;

Moosecoin: Pendaftaran mudah hak pemilikan untuk pemuzik; dan

Moracle: Perkhidmatan oracle yang desentralisasi dan menjimatkan kos.

Lisk vs Ethereum

Platform terkenal Ethereum ada mengusulkan projek ‘sharding’ dimana ianya merupakan salah satu cara untuk membahagi Blockchain kepada beberapa kepingan yang lebih kecil dan berfungsi seperti sidechain.

Namun begitu, keberhasilan sharding sebagai solusi jangka masa panjang untuk masalah skalabiliti dan transaksi masih menjadi tanda tanya. Berbeza dengan Lisk yang sudah sememangnya direka untuk mempunya sidechain daripada awal lagi. Setiap aplikasi desentralisasi boleh menggunakan blockchainnya yang tersendiri tanpa hilang hubungan kepada rangkaian utama.

Lisk juga menggunakan teknik delegated proof of stake (DPoS) sebagai sistem konsensus mereka. Teknik DPoS diubah suai daripada teknik PoS asal supaya ianya lebih fokus kepada kepercayaan yang bergantung kepada pelaburan berbanding dengan halangan harga. Kuasa verifikasi menggunakan DPoS bergantung kepada perkadaran matawang Lisk yang dipegang oleh peserta.

Kemudahan integrasi kepada platform Lisk yang disediakan

Lisk Academy merupakan sebuah platform pendidikan komprehensif dan tidak berat sebelah pada mana-mana teknologi Blockchain kepada umum. Kesuluruhan akademi adalah percuma dan terbuka kepada semua. Kebaikan dan manfaat akademi ini boleh dirasai oleh semua pengguna baik dari tahap yang tidak mempunyai pengetahuan blockchain dan masih baru kepada pemaju dan usahawan yang ingin membangunkan aplikasi blockchain dengan Lisk untuk tujuan pengalaman sendiri mahupun untuk bisnes.

Selari dengan hasrat Lisk untuk memudahkan pemaju-pemaju untuk berinteraksi dan menggunakan platform Blockchain mereka, kumpulan Lisk telah mencipta dokumentasi yang padat dengan maklumat untuk pemaju-pemaju aplikasi desentralisasi. Lisk mencipta kit pembangunan sidechain (SDK) yang terdiri daripada Lisk Core, Lisk Elements, Lisk Commander, Lisk Hub dan Lisk Explorer untuk digunapakai oleh pemaju-pemaju. Selain itu, terdapat juga perancangan untuk membina beberapa lagi aplikasi dan program-program kecil lain untuk membolehkan pembinaan perisian dan aplikasi dengan lebih lancar di masa hadapan.

Kumpulan Lisk dan keutamaan mereka kepada kualiti produk

Kumpulan projek Lisk juga bertambah secara ketara dari semasa ke semasa kepada 48 individu. Ini sedikit sebanyak memberikan bukti kepada pelabur-pelabur matawang kripto dan pengguna-pengguna blockchain bahawa projek Lisk sedang berkembang dan matlamat projek tersebut diambil serius oleh CEO dan pengasas mereka. Lebih 50 peratus daripada pekerja Lisk juga adalah pemaju-pemaju, jelas menunjukkan komitmen dan fokus mereka lebih tertumpu untuk mencipta produk yang hebat kepada pengguna berbanding dengan hanya memasarkan sesuatu yang tidak berkualiti.

Kedudukan dan harga pasaran Lisk

Kedudukan Lisk dari segi ranking mengikut coinmarketcap adalah pada golongan matawang teratas 50. Sepanjang penjualannya dari bulan April 2016 sehingga kini, harga tertinggi yang pernah dicapai oleh Lisk adalah USD 38.40 pada 7 Januari 2018 manakala harga terendah Lisk adalah USD 0.10 2 Mac 2017. Melihat kepada graf volum jual-beli, boleh dilihat bahawa minat pelabur-pelabur dan pembeli-pembeli matawang kripto meningkat secara drastik pada bulan Jun 2017. Peralihan ketara boleh dilihat antara volum jual-beli tahun 2016 dan 2017. Dengan adanya perkembangan pada projek-projek dan pertambahan kepada kumpulan Lisk, memberikan potensi besar untuk Lisk meningkatkan rankingnya dari segi pasaran di masa hadapan dan meningkatkan harga matawangnya.

 

 

Maklumat tentang Lisk

Nama token : Lisk
Penanda token : LSK
Umur : 2 tahun
Konsep : Platform Sidechain dan Dapp
Pencipta : Max Kordek dan Oliver Beddows
Jumlah bekalan : 100 juta + ganjaran forging tahunan (kini 4 LSK per blok)
Dalam edaran : 114,913,904 LSK
Pre-mine : Ya
Kelajuan transaksi : ~10 saat setiap blok
Protokol konsensus : DPoS
Mining : Tiada
Laman web : Lisk
Dokumentasi : Lisk Documentation

Nilai pada 26 Februari 2019
Modal pasaran (USD) : $327,888,052
Harga (USD) : $1.21

Nilai (BTC) : 0.00031304 BTC

Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/lisk/
Rank (coinmarketcap) : 37

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads